/akn/my/act/act/1976/167
AKTA KUARANTIN TUMBUHAN 1976
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
- Type
- Act
- Status
- In force
- Enacted
- 1976
- Sections
- 25
- Languages
- MS · EN
Quick answer
About this act
AKTA KUARANTIN TUMBUHAN 1976 is Malaysia Act, cited as Act 167 1976, currently marked in force and first recorded in 1976.
Opening note
Preamble
- Suatu Akta untuk meminda dan menyatukan undang-undang yang berhubungan dengan pengawalan, pencegahan dan penghapusan makhluk perosak pertanian, tumbuh-tumbuhan berbahaya dan penyakit tumbuhan dan bagi meluaskan kerjasama dalam mengawal pergerakan makhluk perosak dalam perdagangan antarabangsa dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [12 Mac 1976] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut: Tajuk ringkas dan pemakaian
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“berpenyakit” ertinya mengandungi apa-apa makhluk perosak;
“import” dengan variasi gramatis dan ungkapan seasalnya ertinya membawa atau menyebabkan dibawa ke dalam mana-mana kawasan komponen dari sesuatu tempat di luar kawasan itu, melalui darat, laut atau udara;
“kawasan komponen” ertinya kawasan yang terdiri daripada
Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan Labuan, Negeri Sabah atau Negeri Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi maksud pelaksanaan Akta ini;
6
Undang-Undang Malaysia
“makhluk perosak” ertinya apa-apa haiwan vertebrat atau haiwan invertebrat (termasuk telur haiwan itu), kulat, kuman, virus, viroid, organisma seakan-akan mikoplasma rumpai, atau apa-apa organism lain yang mendatangkan atau boleh mendatangkan bencana pada tumbuh-tumbuhan dan termasuklah apa-apa makhluk perosak berbahaya;
“makhluk perosak berbahaya” ertinya apa-apa makhluk perosak yang diisytiharkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta sebagai suatu makhluk perosak berbahaya bagi maksud Akta ini bagi seluruh atau mana-mana bahagian Malaysia:
Dengan syarat bahawa jika perisytiharan mengenai sesuatu makhluk perosak menyentuh Negeri Sabah atau Sarawak atau kedua-dua
Negeri itu, Menteri hendaklah berunding dengan Menteri Negeri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertanian bagi
Sabah atau Sarawak atau kedua-dua Menteri Negeri itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebelum membuat sesuatu perisytiharan itu;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi penghapusan makhluk perosak pertanian dan tumbuh-tumbuhan berbahaya dan bagi pencegahan penyakit tumbuhan;
“organisma berfaedah” ertinya apa-apa haiwan invertebrat
(termasuk telur haiwan itu), kulat, bakterium, virus atau apa-apa organisma lain yang berfaedah pada pertanian dan yang tidak berupaya merosakkan tumbuh-tumbuhan;
“Pegawai Pemeriksa” ertinya seseorang Pegawai Pemeriksa yang dilantik di bawah subseksyen 3(3);
“pemencilan” ertinya pemencilan mana-mana tanah bagi maksud dan mengikut cara yang diperuntukkan di bawah seksyen 10;
“pemunya” berhubungan dengan mana-mana tanah ertinya seseorang yang pada masa itu didaftarkan sebagai tuan punya mana-mana tanah di bawah undang-undang berhubungan dengan tanah yang terpakai dalam masing-masing kawasan komponen dan hendaklah termasuk, dalam hal Sarawak, pemegang mana-mana tanah menurut hak dari segi adat;
“penduduk” termasuklah seseorang penerima pajak atau penyewa atau penggembur atau orang yang sebenarnya memiliki, menguruskan atau mengawal mana-mana tanah;
Kuarantin Tumbuhan 7
“Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Pertanian bagi Semenanjung
Malaysia, yang tanggungjawabnya diperluaskan ke Wilayah
Persekutuan Labuan, Pengarah Pertanian bagi Sabah atau Pengarah
Pertanian bagi Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“tanah” termasuklah—
(c)
segala tumbuh-tumbuhan dan keluaran semula jadi lain sama ada atau tidak memerlukan penggunaan berkala tenaga buruh bagi mengeluarkannya dan sama ada di atas atau di bawah permukaan itu;
(d)
segala benda yang melekat pada bumi, atau yang terpasang secara kekal pada apa-apa benda yang melekat pada bumi, sama ada di atas atau di bawah permukaan itu; dan
(e)
tanah yang diliputi oleh air,
“tanih” ertinya apa-apa tanah, bumi atau bahan organik dan galian yang terdapat secara semula jadi yang dalamnya tumbuh-tumbuhan boleh ditanam;
“tumbuhan” ertinya apa-apa jenis tumbuhan atau apa-apa bahagian daripadanya sama ada hidup atau mati dan termasuklah batang, dahan, ubi, bebawang, umbisi, pokok penanti, kayu mata-tunas, keratan, tut, keratan tunas, pelekap, akar, daun, bunga, buah, biji atau apa-apa jua bahagian atau keluaran lain dari sesuatu tumbuhan itu sama ada terputus atau tercantum tetapi tidak termasuk apa-apa keluaran tumbuhan yang telah melalui suatu proses perawatan haba dan perawatan pengering;
“tumbuhan berbahaya” ertinya apa-apa tumbuhan yang diisytiharkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta sebagai suatu tumbuhan berbahaya bagi maksud Akta ini bagi seluruh atau mana-mana bahagian Malaysia dan termasuklah biji dan tiap-tiap bahagian tumbuhan itu:
Dengan syarat bahawa jika perisytiharan mengenai tumbuhan berbahaya itu menyentuh Negeri Sabah atau Sarawak atau kedua-dua Negeri itu, Menteri hendaklah berunding dengan Menteri Negeri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertanian bagi
Sabah atau Sarawak atau kedua-dua Menteri Negeri itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebelum membuat perisytiharan itu.
8
Undang-Undang Malaysia
Kuasa Pengarah dan pelantikan Pegawai Pemeriksa
Seksyen 3
(2)
Pengarah hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diberi kepada mereka oleh Akta ini mempunyai semua kuasa yang diberi kepada Pegawai Pemeriksa di bawah Akta ini berkenaan dengan kawasan komponen mereka masing-masing.
(3)
Pengarah boleh melantik mana-mana pegawai Jabatan
Pertanian dalam kawasan komponen mereka masing-masing menjadi
Pegawai Pemeriksa bagi maksud menjalankan atau melaksanakan peruntukan Akta ini berkenaan dengan kawasan komponen yang baginya pelantikan itu dibuat dan kuasa yang diberi kepada Pegawai
Pemeriksa di bawah Akta ini hendaklah ditafsirkan mengikut peruntukan subseksyen ini:
Dengan syarat bahawa kuasa yang diberi kepada Pegawai
Pemeriksa di bawah seksyen 19 tidak boleh ditafsirkan seolah-olah penjalanan kuasa itu oleh mana-mana Pegawai Pemeriksa itu terbatas di dalam kawasan komponen Pegawai Pemeriksa itu sahaja.
Kanun Keseksaan
Seksyen 4
Tiap-tiap Pengarah dan Pegawai Pemeriksa apabila bertindak dalam ruang lingkup kuasa dan kewajipan di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian
Kanun Keseksaan [Akta 574] yang terpakai dalam kawasan kompenen masing-masing.
Kuasa Pegawai Pemeriksa untuk memasuki dan memeriksa tanah, dsb.
Seksyen 5
(a)
untuk memeriksa dan meneliti tanah dan apa-apa tumbuhan di atasnya bagi memastikan sama ada sesuatu tumbuhan berbahaya atau makhluk perosak ada di atas tanah itu atau
Kuarantin Tumbuhan 9
sama ada tanah itu atau apa-apa tumbuhan di atasnya ada dalam keadaan yang membolehkan bermulanya atau merebaknya apa-apa tumbuhan berbahaya atau makhluk perosak; dan
(b)
untuk mengambil dengan apa-apa cara mana-mana bahagian daripada tumbuhan itu yang difikirkannya perlu bagi maksud pemeriksaan atas penyiasatan.
(2)
Pemunya atau penduduk tanah itu hendaklah membenarkan tiap-tiap Pegawai Pemeriksa mempunyai akses kepada tanah itu bagi maksud yang dinyatakan dalam subseksyen (1) dan hendaklah memberi kepada Pegawai Pemeriksa itu segala maklumat yang diminta olehnya, dan hendaklah memberi kepada Pegawai Pemeriksa itu apa-apa bantuan yang semunasabahnya perlu bagi maksud itu.
Kuasa untuk mengarahkan pemusnahan atau perawatan tumbuh-tumbuhan dan makhluk perosak perawatan tanah
Seksyen 6
(2)
Jika, pada masa atau sebagai hasil daripada sesuatu pemeriksaan atau penelitian tanah atau tumbuh-tumbuhan oleh seseorang Pegawai
Pemeriksa, dia berpendapat bahawa mana-mana tanah atau tumbuhan dalam keadaan yang membolehkan bermulanya atau merebaknya sesuatu makhluk perosak, dia boleh melalui notis secara bertulis yang ditandatanganinya yang disampaikan kepada pemunya atau penduduk tanah di mana terdapat keadaan sedemikian, mengarahkan pemunya atau penduduk itu menjalankan, dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa langkah yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Pegawai Pemeriksa itu bagi menghapus atau mencegah merebaknya
10
Undang-Undang Malaysia makhluk perosak itu sama ada dengan memusnahkan, membuang atau merawat mengikut cara yang akan dinyatakan dalam notis tersebut mana-mana tumbuhan itu atau mana-mana tumbuhan lain, atau apa-apa makhluk perosak atau alat atau perkakas atau struktur yang digunakan bagi maksud pertanian di atas tanah itu dengan tujuan supaya keadaan yang demikian tidak membolehkan bermulanya atau merebaknya apa-apa mahkluk perosak.
(3)
Kos bagi langkah-langkah itu dan bagi menjalankannya sebagaimana disebutkan dalam subseksyen (1) dan (2) hendaklah dibayar oleh pemunya atau penduduk tanah itu.
(4)
Sesuatu notis di bawah subseksyen (1) atau (2) hendaklah menyatakan suatu masa yang tidak kurang daripada tujuh hari dari tarikh notis itu yang dalam masa itu pemunya atau penduduk tanah itu boleh membuat representasi secara bertulis—
(a)
kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi Negeri dalam Semenanjung
Malaysia di mana tanah yang dinyatakan dalam notis itu terletak;
(b)
kepada Menteri Negeri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertanian bagi Sabah jika tanah yang dinyatakan dalam notis itu terletak dalam Negeri Sabah;
atau
(c)
kepada Menteri Negeri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertanian bagi Sarawak jika tanah yang dinyatakan dalam notis itu terletak dalam Negeri
Sarawak, berkenaan dengan mana-mana atau semua arahan yang dinyatakan dalam notis itu.
(5)
Menteri Besar atau Ketua Menteri mana-mana Negeri dalam
Semenanjung Malaysia atau Menteri Negeri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertanian bagi Sabah atau Sarawak yang kepadanya dibuat representasi di bawah subseksyen (4) boleh mengesahkan, atau menggantung penjalanan kuat kuasa notis itu atau membatalkan notis itu atau membuat apa-apa perintah lain sebagaimana yang difikirkannya patut.
Penguatkuasaan sesuatu tindakan yang dikehendaki di bawah mana-mana notis di bawah seksyen 6 atau sesuatu perintah di bawah subseksyen 12(1)
Seksyen 7
(2)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menyentuh apa-apa tanggungan seseorang untuk didakwa dan dihukum di bawah seksyen 8 atau 13.
Penalti bagi keingkaran
Seksyen 8
(2)
Jika mana-mana Menteri Besar atau Ketua Menteri dalam
Semenanjung Malaysia atau Menteri Negeri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertanian bagi Sabah atau Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah membuat di bawah subseksyen 6(5) suatu perintah mengubah syarat sesuatu notis itu, notis sebagaimana telah diubah itu hendaklah, bagi maksud seksyen ini dan seksyen 7 disifatkan sebagai suatu notis di bawah seksyen 6.
Kuasa mahkamah untuk memerintah langkah-langkah
Seksyen 9
(2)
Jika seseorang tidak mematuhi sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), dia bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan sebagai tambahan kepada penalti yang dikenakan di bawah seksyen 8, 11 atau 13 masing-masing.
Pemencilan tanah
Seksyen 10
(2)
Tidak seorang pun boleh, tanpa alasan yang munasabah, memasuki atau meninggalkan mana-mana tanah yang dimaksudkan oleh perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan tiada apa-apa jua boleh dipindahkan dari tanah itu kecuali mengikut apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh seorang Pegawai Pemeriksa.
(3)
Seseorang pemunya atau penduduk bagi tanah yang dipencilkan menurut perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh memohon kepada seorang Pegawai Pemeriksa untuk memeriksa tanah yang dipencilkan itu dengan tujuan untuk mendapatkan dipindaan atau pembatalan perintah itu dan Pegawai Pemeriksa itu hendaklah dalam tempoh tujuh hari selepas menerima permohonan tersebut melawat dan memeriksa tanah yang tersebut itu dan mengemukakan pendapat dan syornya kepada Pengarah dan Pengarah hendaklah kemudiannya menasihati Menteri Besar, Ketua Menteri atau Menteri Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(4)
Seseorang yang dengan disedarinya atau tanpa alasan yang munasabah melanggar subseksyen (2) bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit.
Kuarantin Tumbuhan 13
Kewajipan apabila munculnya makhluk perosak berbahaya
Seksyen 11
(a)
dengan seberapa segera yang dia menyedari bahawa makhluk perosak itu telah dijumpai atau telah muncul di atasnya, dengan segera memberi notis mengenainya secara bertulis atau selainnya kepada Pengarah atau kepada seseorang Pegawai Pemeriksa berserta apa-apa butir yang ditetapkan;
(b)
menjalankan semua arahan yang diberi kepadanya oleh seseorang Pegawai Pemeriksa bagi memusnahkan makhluk perosak berbahaya atau tumbuhan yang berpenyakit disebabkan oleh sesuatu makhluk perosak berbahaya di atas tanah itu; dan
(c)
memberi segala bantuan menurut kuasa yang ada padanya terhadap penjalanan apa-apa tindakan yang diambil oleh seseorang Pegawai Pemeriksa bagi maksud memusnahkan makhluk perosak berbahaya atau tumbuhan yang berpenyakit disebabkan oleh sesuatu makhluk perosak berbahaya di atas tanah itu.
(2)
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
(3)
Seseorang Pegawai Pemeriksa yang menerima sesuatu notis mengikut perenggan (1)(a) hendaklah memberitahu Pengarah mengenai notis itu.
Kuasa untuk mengambil tindakan terhadap makhluk perosak berbahaya
Seksyen 12
(2)
Jika Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri dalam
Semenanjung Malaysia atau Menteri Negeri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertanian bagi Sabah atau Sarawak atau seseorang Pengarah, mengikut mana-mana yang berkenaan, berpendapat bahawa keselamatan tumbuh-tumbuhan yang lain tidak dapat dijamin dengan sepatutnya dengan tindakan yang diarah diambil di bawah subseksyen (1), Menteri Besar, Ketua Menteri,
Menteri Negeri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertanian atau Pengarah boleh dengan segera mengarahkan seorang
Pegawai Pemeriksa atau mana-mana orang memasuki mana-mana tanah yang tertentu bersama dengan orang lain atau dengan apa-apa perkakas atau barang yang perlu dan mengambil atau menyebabkan diambil apa-apa tindakan yang tertentu bagi menghapuskan, memusnahkan, atau mengawal makhluk perosak berbahaya itu, atau bagi perawatan mana-mana tumbuhan atau membersihkan tanah itu daripada apa-apa tumbuhan sama ada makhluk perosak berbahaya itu ada di atas tanah itu atau tidak.
(3)
Kos dan semua perbelanjaan yang dilakukan bagi penghapusan, pemusnahan, pengawalan, perawatan atau pembersihan sebagaimana yang disebutkan dalam subseksyen (1) dan (2) hendaklah dibayar oleh pemunya atau penduduk tanah di mana penghapusan, pemusnahan, pengawalan, perawatan atau pembersihan itu dijalankan dan jika kos dan perbelanjaan itu telah dilakukan oleh seseorang lain selain pemunya atau penduduk itu orang itu boleh menuntut kos dan perbelanjaan itu daripada pemunya atau penduduk itu.
Kuarantin Tumbuhan 15
Peruntukan mengenai pampasan
Seksyen 13
(2)
Pengarah boleh, menurut budi bicaranya, memerintahkan supaya apa-apa pampasan yang difikirkannya patut dibayar kepada pemunya atau penduduk mana-mana tanah yang dikehendaki supaya memusnahkan, sebagai suatu langkah berjaga-jaga, apa-apa tumbuhan di atas tanah itu yang tidak berpenyakit.
(3)
Tiada sesuatu permohonan untuk mendapat pampasan boleh dilayani melainkan jika permohonan itu dibuat secara bertulis dan diterima di pejabat Pengarah dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh notis yang menghendaki tumbuhan itu dimusnahkan, dan walau bagaimanapun pampasan tidak boleh dibayar lebih daripada nilai yang sebenar bagi tumbuhan yang dimusnahkan itu pada tarikh notis itu.
(4)
Jika timbul sesuatu persoalan tentang nilai sesuatu tumbuhan, persoalan itu hendaklah dirujukkan kepada dan diputuskan oleh pegawai yang bertanggungjawab bagi memungut hasil tanah menurut mana-mana undang-undang bertulis mengenai tanah yang pada masa itu berkuat kuasa dalam kawasan komponen di mana tumbuhan itu terdapat dan keputusan pegawai itu terakhir dan muktamad.
(5)
Jika pada menjalankan dengan sempurna fungsinya mentadbirkan peruntukan Akta ini kerugian atau kerosakan berlaku pada tumbuh-tumbuhan, barang-barang, tanih atau organisma lain, kerajaan dan setiap orang yang diberi kuasa di bawah Akta ini hendaklah dikecualikan daripada segala tuntutan bagi pampasan bagi kerugian atau kerosakan itu.
Larangan pengimportan atau pemilikan tumbuh-tumbuhan berbahaya dan makhluk perosak
Seksyen 14
Tiada seorangpun, kecuali Pengarah, boleh—
(b)
memiliki atau menyimpan sesuatu tumbuhan berbahaya atau membenarkan tumbuhan berbahaya tumbuh pada atau di atas mana-mana tanah yang dia ialah pemunya atau penduduknya tanah itu; atau 16
Undang-Undang Malaysia
(c)
mengimport atau menyimpan sesuatu makhluk perosak:
Dengan syarat bahawa Pengarah boleh secara bertulis mengecualikan seseorang daripada mana-mana atau semua peruntukan seksyen ini tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan olehnya dalam pengecualian itu.
Kewajipan untuk memusnahkan tumbuh-tumbuhan berbahaya
Seksyen 15
Jika sesuatu tumbuhan berbahaya hidup pada atau di atas mana-mana tanah berlangaran dengan seksyen 14, pemunya dan penduduk tanah itu hendaklah dengan seberapa segera yang boleh menyebabkan supaya tumbuhan berbahaya itu dimusnahkan sama sekali dan sepenuhnya dengan membakarnya atau dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang diarahkan oleh Pegawai Pemeriksa atau Pengarah.
Seksyen 16
Tindakan jika tumbuhan berbahaya tidak dimusnahkan dengan sewajarnya
Jika seseorang tidak memusnahkan sama sekali atau sepenuhnya sesuatu tumbuhan berbahaya yang dia dikehendaki memusnahkan sedemikian oleh seksyen 15, seseorang Pegawai pemeriksa bersama dengan orang dan juga perkakas dan barang-barang yang perlu boleh memasuki tanah di mana tumbuhan berbahaya itu tumbuh, bagi maksud memusnahkan dan boleh memusnahkan tumbuhan berbahaya itu dan boleh menuntut kos dan semua perbelanjaan yang dilakukan bagi berbuat demikian daripada pemunya atau penduduk tanah tersebut.
Seksyen 17
Kuasa untuk menyita, menahan dan menghapuskan tumbuh-tumbuhan berbahaya
(a)
dalam hal seorang Pegawai Pemeriksa, menyita dan memusnahkan dengan berkesan tumbuhan itu; dan
(b)
jika pegawai itu adalah seorang pegawai kastam, menyita dan menahan tumbuhan itu sehingga ia diletakkan dalam jagaan seorang Pegawai Pemeriksa yang akan memusnahkannya dengan berkesan.
(2)
Dalam seksyen ini, “pegawai kastam” hendaklah mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam Akta Kastam 1967 [Akta 235].
Kuarantin Tumbuhan 17
Penalti
Seksyen 18
Seseorang yang melanggar mana-mana daripada peruntukan seksyen 14 atau 15 adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, walaupun seseorang Pegawai Pemeriksa boleh mengambil, atau mungkin telah mengambil tindakan di bawah seksyen 16 atau 17.
Seksyen 19
Pemindahan makhluk perosak berbahaya atau tumbuhan berbahaya
Seseorang yang dengan disedarinya dan tanpa sesuatu sebab yang sah di sisi undang-undang memindahkan atau membawa atau menyebab dipindahkan atau dibawa dalam Malaysia sesuatu makhluk perosak berbahaya atau tumbuhan berbahaya bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh dipakai bagi seseorang Pengarah atau Pegawai Pemeriksa sesuatu kawasan komponen yang boleh memindah atau membawa dalam
Malaysia sesuatu makhluk perosak berbahaya atau tumbuhan berbahaya bagi maksud untuk memusnahkan makhluk perosak atau tumbuhan berbahaya itu atau bagi sesuatu maksud lain berhubungan dengan sesuatu penyelidikan atau kajian untuk menyingkirkan makhluk perosak atau tumbuhan itu.
Seksyen 19A
Penalti am
Sesiapa yang melakukan atau cuba melakukan, atau menyebabkan atau membenar dilakukan, atau bersubahat dalam, sesuatu perbuatan yang berlawanan dengan, atau tidak mematuhi, peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan jika tiada penalti diperuntukkan dengan nyatanya, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Seksyen 20
Penyampaian notis
(i)
kepada pekhidmatnya atau kepada seorang ahli keluarganya yang dewasa di tempat tinggal atau tempat perniagaan orang itu yang biasa atau yang akhir diketahui; atau
(i)
di tempat tinggal atau tempat perniagaannya yang biasa atau yang akhir diketahui; atau
Seksyen 21
Akta ini—
Jika Pegawai Pemeriksa berpuas hati bahawa orang yang kepadanya notis itu hendak disampaikan tidak dapat, dengan menjalankan usaha yang sewajarnya, dijumpai dan penyampaian tidak dapat dilaksanakan sebagaimana dinyatakan dalam seksyen 20, penyampaian itu bolehlah dilaksanakan—
(a)
dengan menampalkan suatu salinan notis itu di suatu tempat yang mudah dilihat—
(i)
di atas tanah itu; dan
(ii)
di mahkamah, masjid atau pejabat atau balai penghulu atau di suatu pasar atau di suatu tempat awam yang lain, dalam kawasan di mana tanah itu terletak; dan
(b)
dengan menyiarkan suatu salinan notis itu dalam Warta dan, jika difikirkannya patut, dalam satu suratkhabar atau lebih yang beredar dalam kawasan komponen itu.
Pendakwaan hendaklah mendapat keizinan Pendakwa Raya
Seksyen 22
Tiada apa-apa prosiding boleh dimulakan dalam sesuatu
Mahkamah terhadap seseorang kerana melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya kecuali dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.
Kuarantin Tumbuhan 19
Seksyen 23
Peraturan-peraturan
(b)
cara mengambil milik tanah dan bagi notis, jika ada, yang hendak diberi sebelum memasuki tanah itu;
(c)
menjalankan penelitian dan pemeriksaan akan tumbuhan dan prosiding lain yang dibenarkan oleh Akta ini;
(d)
pemberitahuan oleh pemunya dan penduduk sesuatu tanah mengenai apa-apa tumbuhan yang didapati berpenyakit sesuatu makhluk perosak berbahaya;
(e)
borang bagi notis dan perintah yang hendak dibuat oleh
Pengarah atau seseorang Pegawai Pemeriksa di bawah
Akta ini;
(f)
mengawal, dan syarat berkenaan dengan pengimportan atau pengeksportan mahkluk perosak, organisma berfaedah, tumbuhan dan tanih bagi maksud mengawal dan mencegah makhluk perosak tumbuhan;
(g)
mengawal sesuatu makhluk atau tumbuhan yang ada dalam
Malaysia bagi maksud mencegah penyakit tumbuhan;
(h)
mendapatkan dari semua pertubuhan atau pasukan sivil, tentera, tentera laut, tentera udara, polis atau pertubuhan atau pasukan lain yang ada pada masa ini atau yang ditubuhkan di Malaysia, bantuan yang diarahkan untuk mencegah bermulanya sesuatu makhluk perosak berbahaya atau tumbuhan berbahaya atau menghapuskan atau mengawal mahkluk perosak berbahaya atau tumbuhan berbahaya itu jika ada di Malaysia;
(j)
mengenakan penalti denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(2)
Jika peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini melibatkan
Sabah atau Sarawak, Menteri Negeri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertanian, Sabah atau Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dirundingi sebelum peraturan-peraturan itu dibuat.
20
Undang-Undang Malaysia
Pemansuhan dan kecualian
Seksyen 24
Ordinan Makhluk Perosak Pertanian dan Tumbuhan Berbahaya 1953 [F.M.S. 59 tahun 1953], Ordinan Makhluk Perosak Pertanian
Sabah [Bab 4] dan Ordinan Makhluk Perosak Pertanian Sarawak
[Bab 124] adalah dengan ini dimansuhkan:
Dengan syarat bahawa—
(a)
apa-apa pelantikan yang dibuat di bawah Ordinan yang dimansuhkan itu hendaklah, setakat mana perlantikan itu tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini, disifatkan sebagai telah dibuat di bawah Akta ini; dan
(b)
sesuatu notis, arahan, perintah, peraturan atau kaedah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Ordinan yang dimansuhkan itu hendaklah, setakat yang notis, arahan peruntukan, peraturan atau kaedah itu tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini, terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan seolah-olah ia telah dikeluarkan atau dibuat di bawah Akta ini.
Kuarantin Tumbuhan 21
Akta 167
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa meminda dari
Akta A599
Akta Makhluk Perosak 07-09-1984
Pertanian dan Tumbuh-Tumbuhan Berbahaya
(Pindaan) 1984
22
Undang-Undang Malaysia
Akta 167
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
Tajuk Panjang
Akta A599 07-09-1984 1
Akta A599 07-09-1984 2
Akta A599 07-09-1984 7
Akta A599 07-09-1984 8
Akta A599 07-09-1984 13
Akta A599 07-09-1984 19A
Akta A599 07-09-1984 23
Akta A599 07-09-1984
Common questions
- What is PLANT QUARANTINE ACT 1976?
- AKTA KUARANTIN TUMBUHAN 1976 is Malaysia Act, cited as Act 167 1976, currently marked in force and first recorded in 1976.
- Is PLANT QUARANTINE ACT 1976 still in force?
- Yes — PLANT QUARANTINE ACT 1976 is currently in force.
- When did PLANT QUARANTINE ACT 1976 take effect?
- PLANT QUARANTINE ACT 1976 was first recorded in 1976.
- How many sections does PLANT QUARANTINE ACT 1976 have?
- PLANT QUARANTINE ACT 1976 contains 25 sections.
- Where can I read the official version of PLANT QUARANTINE ACT 1976?
- The official text of PLANT QUARANTINE ACT 1976 is published at lom.agc.gov.my.