Malaysia legislation

Section 2

of AKTA KUARANTIN TUMBUHAN 1976

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“berpenyakit” ertinya mengandungi apa-apa makhluk perosak;

“import” dengan variasi gramatis dan ungkapan seasalnya ertinya membawa atau menyebabkan dibawa ke dalam mana-mana kawasan komponen dari sesuatu tempat di luar kawasan itu, melalui darat, laut atau udara;

“kawasan komponen” ertinya kawasan yang terdiri daripada

Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan Labuan, Negeri Sabah atau Negeri Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi maksud pelaksanaan Akta ini;

6

Undang-Undang Malaysia

“makhluk perosak” ertinya apa-apa haiwan vertebrat atau haiwan invertebrat (termasuk telur haiwan itu), kulat, kuman, virus, viroid, organisma seakan-akan mikoplasma rumpai, atau apa-apa organism lain yang mendatangkan atau boleh mendatangkan bencana pada tumbuh-tumbuhan dan termasuklah apa-apa makhluk perosak berbahaya;

“makhluk perosak berbahaya” ertinya apa-apa makhluk perosak yang diisytiharkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta sebagai suatu makhluk perosak berbahaya bagi maksud Akta ini bagi seluruh atau mana-mana bahagian Malaysia:

Dengan syarat bahawa jika perisytiharan mengenai sesuatu makhluk perosak menyentuh Negeri Sabah atau Sarawak atau kedua-dua

Negeri itu, Menteri hendaklah berunding dengan Menteri Negeri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertanian bagi

Sabah atau Sarawak atau kedua-dua Menteri Negeri itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebelum membuat sesuatu perisytiharan itu;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi penghapusan makhluk perosak pertanian dan tumbuh-tumbuhan berbahaya dan bagi pencegahan penyakit tumbuhan;

“organisma berfaedah” ertinya apa-apa haiwan invertebrat

(termasuk telur haiwan itu), kulat, bakterium, virus atau apa-apa organisma lain yang berfaedah pada pertanian dan yang tidak berupaya merosakkan tumbuh-tumbuhan;

“Pegawai Pemeriksa” ertinya seseorang Pegawai Pemeriksa yang dilantik di bawah subseksyen 3(3);

“pemencilan” ertinya pemencilan mana-mana tanah bagi maksud dan mengikut cara yang diperuntukkan di bawah seksyen 10;

“pemunya” berhubungan dengan mana-mana tanah ertinya seseorang yang pada masa itu didaftarkan sebagai tuan punya mana-mana tanah di bawah undang-undang berhubungan dengan tanah yang terpakai dalam masing-masing kawasan komponen dan hendaklah termasuk, dalam hal Sarawak, pemegang mana-mana tanah menurut hak dari segi adat;

“penduduk” termasuklah seseorang penerima pajak atau penyewa atau penggembur atau orang yang sebenarnya memiliki, menguruskan atau mengawal mana-mana tanah;

Kuarantin Tumbuhan 7

“Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Pertanian bagi Semenanjung

Malaysia, yang tanggungjawabnya diperluaskan ke Wilayah

Persekutuan Labuan, Pengarah Pertanian bagi Sabah atau Pengarah

Pertanian bagi Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan;

“tanah” termasuklah—

(a)

permukaan bumi dan segala benda yang membentuk permukaan itu;

(b)

bumi di bawah permukaan dan segala benda di dalamnya;

(c)

segala tumbuh-tumbuhan dan keluaran semula jadi lain sama ada atau tidak memerlukan penggunaan berkala tenaga buruh bagi mengeluarkannya dan sama ada di atas atau di bawah permukaan itu;

(d)

segala benda yang melekat pada bumi, atau yang terpasang secara kekal pada apa-apa benda yang melekat pada bumi, sama ada di atas atau di bawah permukaan itu; dan

(e)

tanah yang diliputi oleh air,

“tanih” ertinya apa-apa tanah, bumi atau bahan organik dan galian yang terdapat secara semula jadi yang dalamnya tumbuh-tumbuhan boleh ditanam;

“tumbuhan” ertinya apa-apa jenis tumbuhan atau apa-apa bahagian daripadanya sama ada hidup atau mati dan termasuklah batang, dahan, ubi, bebawang, umbisi, pokok penanti, kayu mata-tunas, keratan, tut, keratan tunas, pelekap, akar, daun, bunga, buah, biji atau apa-apa jua bahagian atau keluaran lain dari sesuatu tumbuhan itu sama ada terputus atau tercantum tetapi tidak termasuk apa-apa keluaran tumbuhan yang telah melalui suatu proses perawatan haba dan perawatan pengering;

“tumbuhan berbahaya” ertinya apa-apa tumbuhan yang diisytiharkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta sebagai suatu tumbuhan berbahaya bagi maksud Akta ini bagi seluruh atau mana-mana bahagian Malaysia dan termasuklah biji dan tiap-tiap bahagian tumbuhan itu:

Dengan syarat bahawa jika perisytiharan mengenai tumbuhan berbahaya itu menyentuh Negeri Sabah atau Sarawak atau kedua-dua Negeri itu, Menteri hendaklah berunding dengan Menteri Negeri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertanian bagi

Sabah atau Sarawak atau kedua-dua Menteri Negeri itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebelum membuat perisytiharan itu.

8

Undang-Undang Malaysia

Kuasa Pengarah dan pelantikan Pegawai Pemeriksa