Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(2)
Jika, pada masa atau sebagai hasil daripada sesuatu pemeriksaan atau penelitian tanah atau tumbuh-tumbuhan oleh seseorang Pegawai
Pemeriksa, dia berpendapat bahawa mana-mana tanah atau tumbuhan dalam keadaan yang membolehkan bermulanya atau merebaknya sesuatu makhluk perosak, dia boleh melalui notis secara bertulis yang ditandatanganinya yang disampaikan kepada pemunya atau penduduk tanah di mana terdapat keadaan sedemikian, mengarahkan pemunya atau penduduk itu menjalankan, dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa langkah yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Pegawai Pemeriksa itu bagi menghapus atau mencegah merebaknya
10
Undang-Undang Malaysia makhluk perosak itu sama ada dengan memusnahkan, membuang atau merawat mengikut cara yang akan dinyatakan dalam notis tersebut mana-mana tumbuhan itu atau mana-mana tumbuhan lain, atau apa-apa makhluk perosak atau alat atau perkakas atau struktur yang digunakan bagi maksud pertanian di atas tanah itu dengan tujuan supaya keadaan yang demikian tidak membolehkan bermulanya atau merebaknya apa-apa mahkluk perosak.
(3)
Kos bagi langkah-langkah itu dan bagi menjalankannya sebagaimana disebutkan dalam subseksyen (1) dan (2) hendaklah dibayar oleh pemunya atau penduduk tanah itu.
(4)
Sesuatu notis di bawah subseksyen (1) atau (2) hendaklah menyatakan suatu masa yang tidak kurang daripada tujuh hari dari tarikh notis itu yang dalam masa itu pemunya atau penduduk tanah itu boleh membuat representasi secara bertulis—
(a)
kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi Negeri dalam Semenanjung
Malaysia di mana tanah yang dinyatakan dalam notis itu terletak;
(b)
kepada Menteri Negeri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertanian bagi Sabah jika tanah yang dinyatakan dalam notis itu terletak dalam Negeri Sabah;
atau
(c)
kepada Menteri Negeri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertanian bagi Sarawak jika tanah yang dinyatakan dalam notis itu terletak dalam Negeri
Sarawak, berkenaan dengan mana-mana atau semua arahan yang dinyatakan dalam notis itu.
(5)
Menteri Besar atau Ketua Menteri mana-mana Negeri dalam
Semenanjung Malaysia atau Menteri Negeri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertanian bagi Sabah atau Sarawak yang kepadanya dibuat representasi di bawah subseksyen (4) boleh mengesahkan, atau menggantung penjalanan kuat kuasa notis itu atau membatalkan notis itu atau membuat apa-apa perintah lain sebagaimana yang difikirkannya patut.
Penguatkuasaan sesuatu tindakan yang dikehendaki di bawah mana-mana notis di bawah seksyen 6 atau sesuatu perintah di bawah subseksyen 12(1)