Malaysia legislation

Section 5

of AKTA POLITEKNIK UNGKU OMAR 1974

Seksyen 5

Penubuhan Lembaga Pengelola

(2)

Lembaga hendaklah terdiri daripada seorang Pengerusi dan tidak lebih daripada lima belas orang ahli lain yang dilantik oleh

Menteri dan hendaklah termasuk wakil daripada kedua-dua sektor awam dan swasta.

(3)

Pengerusi dan ahli lain yang dilantik mengikut nama hendaklah, melainkan jika diarahkan selainnya oleh Menteri, memegang jawatan selama tempoh tiga tahun dan layak dilantik semula:

Dengan syarat bahawa Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan itu.

(4)

Seseorang ahli Lembaga boleh meletakkan jawatan daripada

Lembaga melalui notis bertulis yang bermaksud sedemikian yang dialamatkan kepada Pengerusi, dan dari tarikh notis itu diterima oleh Pengerusi ahli itu terhenti daripada menjadi ahli.

Politeknik Ungku Omar 7

(5)

Jika Pengerusi tidak hadir dalam mana-mana mesyuarat

Lembaga, ahli yang hadir hendaklah melantik di antara mereka seorang Pengerusi bagi maksud mesyuarat itu.

(6)

Lembaga boleh memberikan kebenaran untuk tidak hadir kepada mana-mana ahli Lembaga.

(7)

Seseorang ahli yang tidak menghadiri mesyuarat Lembaga empat kali berturut-turut tanpa mendapat kebenaran untuk tidak hadir daripada Lembaga hendaklah dianggap telah meletakkan jawatan daripada Lembaga.

(8)

Jika sesuatu kekosongan berlaku disebabkan oleh kematian, peletakan jawatan, pembatalan pelantikan atau selainnya, kekosongan itu hendaklah diisi oleh seseorang yang dilantik oleh Menteri dan orang itu hendaklah memegang jawatan selama baki tempoh jawatan ahli yang dia dilantik bagi menggantikannya itu.

Fungsi Lembaga

Section 5 — POLITEKNIK UNGKU OMAR ACT 1974 | mylaw.my