Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(2)
Fungsi Lembaga hendaklah termasuk menjalankan semua aktiviti dan membuat semua perkara yang perlu atau berfaedah dan wajar bagi pengelolaan, pengawalan dan pentadbiran Politeknik dan aset Politeknik dan, khususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan yang disebut terdahulu, hendaklah termasuk yang berikut:
(a)
tertakluk kepada seksyen 11, membenarkan perbelanjaan yang sesuai dan perlu dalam takat kumpulan wang yang ada bagi Politeknik;
(b)
menyediakan laporan tahunan mengenai perjalanan
Politeknik dan pernyataan tahunan yang dikehendaki oleh
Akta ini atau oleh apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya;
(c)
melantik kakitangan akademik dan bukan akademik dan selain daripada itu melantik penasihat yang difikirkan perlu atau dikehendaki oleh Lembaga, tertakluk kepada
Undang-Undang Malaysia
AKTA 145 8
apa-apa terma dan syarat perkhidmatan yang diluluskan oleh Menteri;
(d)
mengadakan peraturan-peraturan mengenai perkara yang berhubungan dengan pengurusan akademik Politeknik dan khususnya yang berhubungan dengan kelayakan yang perlu bagi kemasukan ke Politeknik, kursus pengajaran, tempoh kursus dan mengawardkan sijil;
(e)
mengadakan peraturan mengenai perkara yang berhubungan dengan—
(i)
tatacara mengenai mesyuarat Lembaga dan Lembaga
Pengajian;
(ii)
penubuhan, keanggotaan, kuasa dan fungsi
Jawatankuasa Penasihat dan apa-apa Jawatankuasa lain yang dilantik dengan sepatutnya di bawah peruntukan Akta ini dan tatacara mengenai mesyuarat Jawatankuasa itu;
(iii)
bentuk dan cara menyimpan akaun Politeknik;
(iv)
kuasa dan fungsi pegawai Politeknik;
(v)
penubuhan badan penuntut; dan
(vi)
bayaran yang kena dibayar oleh penuntut Politeknik;
(f)
mengadakan skim pencen, persaraan atau kumpulan wang simpanan bagi faedah pekerjanya atau mana-mana bahagian daripada pekerja itu dan membuat perkiraan bagi mengadakan apa-apa skim yang diluluskan oleh Menteri;
(g)
mengadakan peraturan dan peruntukan mengenai kebajikan dan tatatertib kakitangan akademik dan bukan akademik dan penuntut;
(h)
menetapkan apa-apa bayaran yang boleh dari semasa ke semasa ditetapkan melalui peraturan.
Setiausaha Lembaga