Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
(2)
Pengendali berlesen boleh merayu kepada Menteri terhadap penggantungan atau pembatalan lesennya oleh pihak berkuasa pelabuhan di bawah subseksyen (1).
(3)
Setiap rayuan tersebut hendaklah dibuat secara bertulis dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keputusan pihak berkuasa pelabuhan disampaikan kepada pengendali berlesen.
(4)
Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad dan konklusif.
(5)
Keputusan pihak berkuasa pelabuhan di bawah subseksyen (1)
hendaklah berkuat kuasa dengan serta-merta walau apa pun apa-apa rayuan dibuat di bawah subseksyen (2).
(6)
Jika sesuatu lesen digantung atau dibatalkan di bawah subseksyen (1), pihak berkuasa pelabuhan boleh, jika ia fikirkan bahawa penggantungan atau pembatalan tersebut akan menjejaskan
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 422
secara material pergerakan kargo atau penumpang di pelabuhan dan dengan keizinan Menteri—
(a)
mengambil milikan sementara mana-mana pengusahaan pelabuhan;
(b)
mengendalikan mana-mana pengusahaan pelabuhan; dan
(c)
mengguna khidmat mana-mana pekhidmat atau pekerja, pengendali tersebut.
Penggunaan perkhidmatan mana-mana orang oleh pihak berkuasa pelabuhan bagi tujuan menjalankan mana-mana kewajipan pengendali berlesen