PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/1990/422
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA PELABUHAN-PELABUHAN (PENSWASTAAN) 1990 is Malaysia Act, cited as Act 422 1990, currently marked in force and first recorded in 1990.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pelabuhan-Pelabuhan
(Penswastaan) 1990 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Tafsiran
“Akta ibu”, berhubung dengan pihak berkuasa pelabuhan, ertinya
Akta yang telah menubuhkan pihak berkuasa pelabuhan itu;
“lesen” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah subseksyen 9(3)
Akta ini;
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 422
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelabuhan;
“pengendali berlesen” ertinya mana-mana orang atau kumpulan orang yang dilesenkan di bawah Bahagian III Akta ini;
“pengusahaan pelabuhan”, berhubung dengan mana-mana pihak berkuasa pelabuhan, ertinya pengusahaan pihak berkuasa pelabuhan yang berhubungan dengan mengadakan apa-apa kemudahan atau perkhidmatan walau bagaimana perihalnya oleh pihak berkuasa pelabuhan itu yang berkaitan dengan penjalanan dan pelaksanaan kuasa dan kewajipannya di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan termasuk apa-apa harta alih dan tak alih dan hak pihak berkuasa pelabuhan yang berhubungan dengan kemudahan dan perkhidmatan tersebut;
“pihak berkuasa pelabuhan” ertinya pihak berkuasa pelabuhan atau suruhanjaya pelabuhan yang dinyatakan dalam Jadual kepada Akta ini;
“rancangan penswastaan pelabuhan” ertinya rancangan yang diluluskan oleh Menteri di bawah seksyen 5 Akta ini.
Pindaan Jadual
Menteri boleh, dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menambah atau meminda mana-mana peruntukan dalam Jadual.
Bahagian II
PENSWASTAAN PELABUHAN
Pemakaian
Tiada pengusahaan pelabuhan pihak berkuasa pelabuhan boleh dipindahkan atau dilupuskan kepada mana-mana orang melainkan selaras dengan dan menurut peruntukan Akta ini.
Pemindahan pengusahaan pelabuhan
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan pihak berkuasa pelabuhan hendaklah, tertakluk kepada seksyen 5, mempunyai kuasa untuk memindahkan atau melupuskan kesemua atau mana-mana bahagian pengusahaan pelabuhannya kepada mana-mana pengendali yang dilesenkan di bawah Akta ini.
Rancangan penswastaan pelabuhan
Rancangan penswastaan pelabuhan yang dikehendaki oleh subseksyen (1) hendaklah—
menyatakan cara pengusahaan dan liabiliti tersebut hendak dipindahkan atau dilupuskan;
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 422
menyatakan perkiraan yang berhubungan dengan pemindahan pegawai dan pekhidmat yang relevan daripada pihak berkuasa pelabuhan kepada bakal pengendali;
menyatakan apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh pihak berkuasa pelabuhan.
Jika apa-apa perkara tidak dimasukkan ke dalam rancangan penswastaan pelabuhan dan Menteri fikirkan bahawa ia hendaklah dimasukkan, Menteri boleh mengarah pihak berkuasa pelabuhan untuk menimbangkan perkara itu dan melaporkan kepada Menteri mengenai kemasukannya ke dalam rancangan penswastaan pelabuhan itu.
Tiada rancangan penswastaan pelabuhan boleh dilaksanakan sehingga ia telah diluluskan oleh Menteri.
Tiap-tiap rancangan penswastaan pelabuhan hendaklah dilaksanakan di dalam bentuk yang telah diluluskan oleh Menteri.
Menteri boleh memberi kelulusan untuk sebahagian daripada rancangan penswastaan pelabuhan jika Menteri fikirkan sesuai dan
Akta ini hendaklah terpakai bagi bahagian itu sepertimana ia adalah suatu rancangan penswastaan pelabuhan.
Menteri boleh, selepas berunding dengan pihak berkuasa pelabuhan sebagaimana yang difikirkannya sesuai atau atas permohonan pihak berkuasa pelabuhan, meminda mana-mana rancangan penswastaan pelabuhan yang telah diluluskan.
Pengusahaan pelabuhan untuk dipindahkan kepada pengendali berlesen
Pengusahaan pelabuhan pihak berkuasa pelabuhan yang hendak dipindahkan kepada seseorang pengendali mengikut rancangan penswastaan pelabuhan hendaklah dipindahkan dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas—
rancangan penswastaan pelabuhan itu diluluskan oleh
Menteri di bawah seksyen 5;
perlaksanaan apa-apa perjanjian yang perlu di antara pihak berkuasa pelabuhan dengan pengendali; dan
pengeluaran lesen kepada pengendali di bawah subseksyen 9(3).
Liabiliti berkenaan dengan pengusahaan pelabuhan
Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 11
Liabiliti yang telah dikenal pasti itu hendaklah kekal sebagai liabiliti pihak berkuasa pelabuhan melainkan kepada takat mana-mana perjanjian bertulis yang berlawanan di antara—
mana-mana penjamin liabiliti itu.
Kuasa, fungsi dan kewajipan pihak berkuasa pelabuhan
Pihak berkuasa pelabuhan hendaklah, sebagai tambahan kepada kuasa yang diberikan, dan fungsi dan kewajipan yang dikenakan ke atasnya oleh mana-mana undang-undang bertulis, menjalankan fungsi kawal selia berkenaan dengan penjalanan aktiviti pelabuhan dan pengendalian kemudahan dan perkhidmatan di pelabuhan oleh pengendali berlesen termasuk penetapan standard prestasi mereka dan
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 422
standard kemudahan dan perkhidmatan yang diadakan oleh mereka dan penguatkuasaannya.
Bahagian III
Pelesenan pengendali pelabuhan
Apa-apa permohonan bagi pemberian lesen di bawah Bahagian ini hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah mengandungi, atau disertai dengan, maklumat dan dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa pelabuhan bagi maksud memutuskan permohonan itu dan kesesuaian pemohon untuk lesen itu.
Apabila menerima permohonan yang dibuat mengikut subseksyen (2), pihak berkuasa pelabuhan boleh—
dan pembayaran apa-apa fi yang pihak berkuasa pelabuhan fikirkan patut, mengeluarkan lesen kepada pemohon; atau
Setiap lesen yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3)
hendaklah menyatakan tempoh lesen itu dan hendaklah selanjutnya menetapkan—
fi lesen tahunan yang kena dibayar oleh pemegang lesen;
Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 13
kewajipan tertentu pemegang lesen berkenaan dengan perkhidmatan atau kemudahan yang diadakan olehnya; dan
perkara atau syarat lain sebagaimana yang pihak berkuasa pelabuhan fikirkan patut.
Pengeluaran lesen kepada pengendali pelabuhan oleh pihak berkuasa pelabuhan di bawah subseksyen (3) hendaklah tidak mengenakan apa-apa liabiliti ke atas pihak berkuasa pelabuhan terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan, peninggalan atau keingkaran pengendali tersebut.
Penggantungan dan pembatalan lesen
Pengendali berlesen boleh merayu kepada Menteri terhadap penggantungan atau pembatalan lesennya oleh pihak berkuasa pelabuhan di bawah subseksyen (1).
Setiap rayuan tersebut hendaklah dibuat secara bertulis dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keputusan pihak berkuasa pelabuhan disampaikan kepada pengendali berlesen.
Keputusan pihak berkuasa pelabuhan di bawah subseksyen (1)
hendaklah berkuat kuasa dengan serta-merta walau apa pun apa-apa rayuan dibuat di bawah subseksyen (2).
Jika sesuatu lesen digantung atau dibatalkan di bawah subseksyen (1), pihak berkuasa pelabuhan boleh, jika ia fikirkan bahawa penggantungan atau pembatalan tersebut akan menjejaskan
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 422
secara material pergerakan kargo atau penumpang di pelabuhan dan dengan keizinan Menteri—
mengguna khidmat mana-mana pekhidmat atau pekerja, pengendali tersebut.
Penggunaan perkhidmatan mana-mana orang oleh pihak berkuasa pelabuhan bagi tujuan menjalankan mana-mana kewajipan pengendali berlesen
Jika selepas tamat tempoh yang ditetapkan di dalam notis tersebut pengendali berlesen gagal menjalankan kewajipan yang disebutkan di dalamnya, pihak berkuasa pelabuhan boleh mengguna khidmat mana-mana orang lain untuk melaksanakan kewajipan tersebut dan kesemua kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh pihak berkuasa pelabuhan berkenaan dengannya apabila dituntut hendaklah dibayar balik dengan serta-merta oleh pengendali berlesen.
Seseorang yang diguna khidmat oleh pihak berkuasa pelabuhan di bawah subseksyen (2) boleh memasuki mana-mana premis pengendali berlesen itu dan membawa ke dalam premis itu apa-apa kelengkapan atau jentera sebagaimana yang perlu atau wajar bagi maksud menjalankan kewajipan tersebut.
Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 15
Di dalam setiap lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 9, hendaklah, jika tidak ada apa-apa peruntukan nyata di dalamnya yang berlawanan, terdapat syarat tersirat bahawa mana-mana orang yang diguna khidmat oleh pihak berkuasa pelabuhan di bawah subseksyen (2) boleh—
mengambil milikan sementara dan mengendalikan mana-mana kelengkapan atau jentera kepunyaan atau yang digunakan oleh pengendali berlesen; dan
Jika mana-mana kelengkapan atau jentera kepunyaan pengendali berlesen diambil alih dan dikendalikan di bawah subseksyen (4), pampasan mencukupi hendaklah dibayar kepada pengendali berlesen oleh orang yang mengambil alih dan mengendalikan kelengkapan atau jentera tersebut.
Orang yang diguna khidmat oleh pihak berkuasa pelabuhan di bawah subseksyen (2) hendaklah terus melaksanakan kewajipan yang baginya diguna khidmat walau apa pun pertikaian mengenai pampasan mencukupi yang dirujukkan di subseksyen (5) di atas.
Pihak berkuasa pelabuhan hendaklah tidak bertanggungan terhadap apa-apa kerosakan atau kecederaan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan, peninggalan atau keingkaran orang yang diguna khidmat oleh pihak berkuasa pelabuhan di bawah subseksyen (2).
Bahagian IV
Kewajipan am pengendali berlesen
Pengendali berlesen hendaklah memberi perhatian yang wajar terhadap kecekapan, ekonomi dan keselamatan pengendalian berkenaan dengan perkhidmatan dan kemudahan yang diadakan olehnya.
Pengemukaan laporan, akaun, maklumat statistik, dll.
dalam tempoh tiga bulan selepas tamat setiap tahun kewangan atau suatu tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang dibenarkan oleh pihak berkuasa pelabuhan menyerahkan kepada pihak berkuasa pelabuhan tersebut—
satu laporan mengenai operasinya bagi tahun kewangan tersebut mengandungi maklumat yang perlu untuk membolehkan pihak berkuasa pelabuhan membuat penilaian bermaklum mengenai operasi tersebut; dan
kunci kira-kira tahunannya yang telah diaudit, akaun untung rugi, bersama dengan apa-apa nota mengenainya dan laporan juruaudit dan pengarahnya;
dan
maklumat statistik yang berhubungan dengan operasinya sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak berkuasa pelabuhan dari semasa ke semasa;
ramalan kargonya bagi sesuatu tempoh dan dalam bentuk sebagaimana yang diputuskan oleh pihak berkuasa pelabuhan dari semasa ke semasa; dan
Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 17
rancangan pembangunan masa depan yang berhubungan dengan apa-apa perkhidmatan dan kemudahan yang mesti diadakan olehnya di bawah syarat lesen.
Pihak berkuasa pelabuhan boleh menghendaki pengendali berlesen mengemukakan apa-apa maklumat lanjut atau tambahan sebagaimana yang difikirkannya perlu sama ada dengan cara penjelasan, penghuraian, atau sebaliknya mengenai apa-apa laporan atau maklumat yang dikemukakan oleh pengendali tersebut di bawah subseksyen (1) dan maklumat tersebut hendaklah dikemukakan dalam tempoh dan cara sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak berkuasa pelabuhan.
Pengendali berlesen hendaklah memberitahu pihak berkuasa pelabuhan mengenai perkara tertentu
apa-apa pertikaian perindustrian di antara pengendali berlesen dengan pekerjanya;
apa-apa kemalangan atau kecelakaan perindustrian yang melibatkan mana-mana pekhidmat, pekerja atau agen pengendali berlesen;
apa-apa kecurian atau curidikit di dalam premisnya atau yang melibatkan mana-mana kargo dalam milikan atau kawalannya; dan
apa-apa prosiding atau tuntutan yang dimulakan oleh atau dibuat terhadap pengendali berlesen yang boleh
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 422
menjejaskan kemampuannya untuk melaksanakan apa-apa syarat di bawah lesen.
Bagi maksud perenggan (1)(a), ungkapan “penguasaan”
berhubung dengan seseorang pengendali berlesen bermakna kuasa untuk mengarah pengurusan dan polisi pengendali berlesen.
Bahagian V
PERTUBUHAN PERBADANAN DAN PENJALANAN PENDAKWAAN
Undang-undang kecil
, undang-undang kecil boleh dibuat—
untuk mengadakan kawalan oleh pihak berkuasa pelabuhan berkenaan dengan mana-mana projek bagi kemajuan dan pembangunan kemudahan dan perkhidmatan di pelabuhan;
untuk mengawal selia penggunaan selamat limbungan, dermaga, pengkalan, pelantar, gudang, bangsal dan premis yang diletak hak kepada atau di bawah kawalan mana-mana orang yang menjalankan mana-mana operasi pelabuhan atau yang mengadakan apa-apa kemudahan dan perkhidmatan pelabuhan;
untuk menjaga kebersihan lembangan, kerja dan premis di dalam had kawasan pelabuhan dan untuk mencegah pencemaran air di dalamnya;
Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 19
untuk keselamatan orang yang bekerja di pelabuhan dan atas kapal atau vesel yang menggunakan pelabuhan;
untuk mencegah kacau ganggu dan penyalahgunaan premis di dalam kawasan pelabuhan;
untuk pengkelasan dan mengawal selia pengangkutan memuat dan memunggah barang-barang bahaya oleh mana-mana pengendali berlesen;
Mana-mana pengendali berlesen yang melanggar atau gagal mematuhi apa-apa syarat lesen atau peruntukan Akta ini atau Akta ibu atau mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya yang tiada penalti diperuntukkan secara nyata melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
Jika kesalahan di bawah Akta ini, Akta ibu atau di bawah mana-mana peraturan-peraturan atau undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya dilakukan oleh pertubuhan perbadanan (sama ada pertubuhan perbadanan itu telah didakwa atau tidak), tiap-tiap pengarah, setiausaha atau pengurus pertubuhan perbadanan itu hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuannya atau pembiarkannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha wajar untuk menghalang kesalahan itu dilakukan sebagaimana dia patut menjalankannya setelah mengambil kira keadaan tugasnya dalam kedudukan tersebut dan segala hal keadaan itu.
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 422
Penjalanan pendakwaan
Pendakwaan mengenai kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya boleh dijalankan oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat pihak berkuasa pelabuhan yang diberi kuasa secara khusus bagi pihaknya oleh pengerusi pihak berkuasa pelabuhan.
Bahagian VI
Pengendali berlesen hendaklah mengambil kerja pegawai dan pekhidmat tertentu pihak berkuasa pelabuhan
Seksyen 13 Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan
Tempatan 1980 [Akta 239] hendaklah terpakai kepada pegawai atau pekhidmat pihak berkuasa pelabuhan yang diambil kerja oleh mana-mana pengendali berlesen menurut rancangan penswastaan yang diluluskan seolah-olah pegawai atau pekhidmat tersebut telah dilantik dengan kelulusan Kerajaan untuk berkhidmat dengan sebuah organisasi selaras dengan seksyen tersebut.
Pengenaan dan perubahan caj oleh pengendali berlesen
dalam hal kemudahan atau perkhidmatan pakej yang diadakan olehnya, melevi caj yang lebih tinggi yang tidak melebihi peratus caj yang ditetapkan sebagaimana yang diluluskan oleh pihak berkuasa pelabuhan.
Jika, berkenaan dengan apa-apa kemudahan atau perkhidmatan yang diadakan oleh pengendali berlesen, tiada caj yang ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang kecil, pengendali berlesen itu hendaklah, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, berhak melevi caj pada kadar yang diluluskan secara bertulis oleh pihak berkuasa pelabuhan.
Bagi maksud seksyen ini,
“kemudahan pakej”
atau
“perkhidmatan pakej” bermakna gabungan dua atau lebih kemudahan atau perkhidmatan yang caj mengenainya telah ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang kecil.
Kuasa pemeriksaan
Pihak berkuasa pelabuhan boleh bagi maksud Akta ini atau Akta ibu atau mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya memasuki mana-mana premis yang diduduki oleh pengendali berlesen untuk memeriksa keadaan premis tersebut atau mana-mana bangunan atau kemudahan di dalamnya.
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 422
Kuasa khas pada masa darurat
Perdana Menteri boleh, apabila berlaku apa-apa kekacauan perindustrian, mogok atau apa-apa sekat masuk yang menimbulkan keadaan darurat, atau atas kepentingan keselamatan awam, memberi kuasa kepada pihak berkuasa pelabuhan untuk—
menggantung lesen, mengambil milikan sementara dan mengendali mana-mana pengusahaan pengendali berlesen dengan cara sebagaimana yang disifatkannya patut; atau
menarik balik sama ada sebahagian atau keseluruhan penggunaan apa-apa perkhidmatan atau kemudahan pelabuhan daripada mana-mana orang atau kelas orang atau daripada mana-mana orang awam.
Jika apa-apa keraguan berbangkit mengenai wujudnya darurat atau apa-apa perbuatan yang dilakukan di bawah subseksyen (1) adalah atas kepentingan keselamatan awam, satu sijil yang ditandatangani oleh Perdana Menteri dan dipamerkan di mana-mana tempat yang
Menteri sifatkan sesuai hendaklah menjadi bukti muktamad mengenainya.
Jika Kerajaan mengambil milikan mana-mana pengusahaan pelabuhan di bawah perenggan (1)(a) pampasan mencukupi hendaklah dibayar.
Bahagian VII
Pindaan berbangkit kepada Akta ibu
Seksyen 16A Akta Pihak Berkuasa-Pihak berkuasa Pelabuhan 1963 [Akta 488] dengan ini dipinda dengan memasukkan selepas
Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 23
perkataan “this Act” dalam subseksyen (1) dan (3), perkataan “or the
Ports (Privatisation) Act 1989”.
Seksyen 33A Akta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang 1955
[Akta 140] dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “this Act”
dalam subseksyen (1) dan (3), perkataan “or the Ports (Privatisation) Act 1989”.
Seksyen 27A Akta Pihak Berkuasa Pelabuhan Bintulu 1981
[Akta 243] dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Akta ini”
dalam subseksyen (1) dan (3), perkataan “atau Akta Pelabuhan-Pelabuhan
(Penswastaan) 1989, yang bersesuaian,”.
Peruntukan peralihan
Mana-mana lesen yang telah dikeluarkan kepada mana-mana orang di bawah mana-mana Akta ibu bagi maksud membolehkan orang itu mengambil alih atau mengendali apa-apa pengusahaan sesuatu pihak berkuasa pelabuhan dan masih berkuat kuasa pada tarikh mula kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan sebagai telah dikeluarkan di bawah Akta ini dan hendaklah terus menjadi sah sehingga ia dibatalkan di bawah Akta ini dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi orang itu seolah-olah dia adalah pengendali berlesen.
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 422
JADUAL
[Seksyen 2]
(1)
Pelabuhan
(2)
Pihak Berkuasa
Pelabuhan
(3)
Akta Ibu
Pelabuhan
Pulau
Pinang
Suruhanjaya Pelabuhan
Pulau Pinang
Akta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau
Pinang 1955
Pelabuhan Kelang
Pihak
Berkuasa
Pelabuhan Kelang
Akta
Pihak-Pihak
Berkuasa
Pelabuhan 1963
Pelabuhan Kuantan
Pihak
Berkuasa
Pelabuhan Kuantan
Akta
Pihak-Pihak
Berkuasa
Pelabuhan 1963
Pelabuhan
Pasir
Gudang
Pihak
Berkuasa
Pelabuhan Johor
Akta
Pihak-Pihak
Berkuasa
Pelabuhan 1963
Pelabuhan Bintulu
Pihak
Berkuasa
Pelabuhan Bintulu
Akta Pihak Berkuasa Pelabuhan
Bintulu 1981
Pelabuhan Melaka
Pihak
Berkuasa
Pelabuhan Melaka
Akta
Pihak-Pihak
Berkuasa
Pelabuhan 1963
Pelabuhan Kemaman
Pihak
Berkuasa
Pelabuhan Kemaman
Akta
Pihak-Pihak
Berkuasa
Pelabuhan 1963
Pelabuhan
Tanjung
Pelepas
Pihak
Berkuasa
Pelabuhan
Johor
(Tanjung Pelepas)
Akta
Pihak-Pihak
Berkuasa
Pelabuhan 1963
25
Akta 422
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta A934
Akta
Pelabuhan-Pelabuhan
(Penswastaan) (Pindaan) 1995
10-11-1995
P.U. (A) 442/1999
Perintah
Pelabuhan-Pelabuhan
(Penswastaan) (Pindaan Jadual)
1990
11-11-1995
P.U. (A) 517/1996
Perintah
Pelabuhan-Pelabuhan
(Penswastaan)
(Pelabuhan
Kemaman) 1996
18-10-1996
P.U. (A) 328/1999
Perintah
Pelabuhan-Pelabuhan
(Pelabuhan Tanjung Pelepas)
1999 13-08-1999
26
Akta 422
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
2A
Akta A934
10-11-1995
Jadual
P.U. (A) 442/1999 11-11-1995
P.U. (A) 517/1996 18-10-1996
P.U. (A) 328/1999 13-08-1999