Malaysia legislation

Section 11

of *AKTA PELABUHAN-PELABUHAN (PENSWASTAAN) 1990

Seksyen 11

(2)

Jika selepas tamat tempoh yang ditetapkan di dalam notis tersebut pengendali berlesen gagal menjalankan kewajipan yang disebutkan di dalamnya, pihak berkuasa pelabuhan boleh mengguna khidmat mana-mana orang lain untuk melaksanakan kewajipan tersebut dan kesemua kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh pihak berkuasa pelabuhan berkenaan dengannya apabila dituntut hendaklah dibayar balik dengan serta-merta oleh pengendali berlesen.

(3)

Seseorang yang diguna khidmat oleh pihak berkuasa pelabuhan di bawah subseksyen (2) boleh memasuki mana-mana premis pengendali berlesen itu dan membawa ke dalam premis itu apa-apa kelengkapan atau jentera sebagaimana yang perlu atau wajar bagi maksud menjalankan kewajipan tersebut.

Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 15

(4)

Di dalam setiap lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 9, hendaklah, jika tidak ada apa-apa peruntukan nyata di dalamnya yang berlawanan, terdapat syarat tersirat bahawa mana-mana orang yang diguna khidmat oleh pihak berkuasa pelabuhan di bawah subseksyen (2) boleh—

(a)

mengambil milikan sementara dan mengendalikan mana-mana kelengkapan atau jentera kepunyaan atau yang digunakan oleh pengendali berlesen; dan

(b)

mengambil kerja mana-mana pekhidmat atau pekerja pengendali berlesen.

(5)

Jika mana-mana kelengkapan atau jentera kepunyaan pengendali berlesen diambil alih dan dikendalikan di bawah subseksyen (4), pampasan mencukupi hendaklah dibayar kepada pengendali berlesen oleh orang yang mengambil alih dan mengendalikan kelengkapan atau jentera tersebut.

(6)

Orang yang diguna khidmat oleh pihak berkuasa pelabuhan di bawah subseksyen (2) hendaklah terus melaksanakan kewajipan yang baginya diguna khidmat walau apa pun pertikaian mengenai pampasan mencukupi yang dirujukkan di subseksyen (5) di atas.

(7)

Pihak berkuasa pelabuhan hendaklah tidak bertanggungan terhadap apa-apa kerosakan atau kecederaan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan, peninggalan atau keingkaran orang yang diguna khidmat oleh pihak berkuasa pelabuhan di bawah subseksyen (2).

Section 11 — PORTS (PRIVATISATION) ACT 1990 | mylaw.my