Malaysia legislation

Section 13

of *AKTA PELABUHAN-PELABUHAN (PENSWASTAAN) 1990

Seksyen 13

(a)

dalam tempoh tiga bulan selepas tamat setiap tahun kewangan atau suatu tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang dibenarkan oleh pihak berkuasa pelabuhan menyerahkan kepada pihak berkuasa pelabuhan tersebut—

(i)

satu laporan mengenai operasinya bagi tahun kewangan tersebut mengandungi maklumat yang perlu untuk membolehkan pihak berkuasa pelabuhan membuat penilaian bermaklum mengenai operasi tersebut; dan

(ii)

kunci kira-kira tahunannya yang telah diaudit, akaun untung rugi, bersama dengan apa-apa nota mengenainya dan laporan juruaudit dan pengarahnya;

dan

(b)

mengemukakan kepada pihak berkuasa pelabuhan—

(i)

maklumat statistik yang berhubungan dengan operasinya sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak berkuasa pelabuhan dari semasa ke semasa;

(ii)

ramalan kargonya bagi sesuatu tempoh dan dalam bentuk sebagaimana yang diputuskan oleh pihak berkuasa pelabuhan dari semasa ke semasa; dan

Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 17

(iii)

rancangan pembangunan masa depan yang berhubungan dengan apa-apa perkhidmatan dan kemudahan yang mesti diadakan olehnya di bawah syarat lesen.

(2)

Pihak berkuasa pelabuhan boleh menghendaki pengendali berlesen mengemukakan apa-apa maklumat lanjut atau tambahan sebagaimana yang difikirkannya perlu sama ada dengan cara penjelasan, penghuraian, atau sebaliknya mengenai apa-apa laporan atau maklumat yang dikemukakan oleh pengendali tersebut di bawah subseksyen (1) dan maklumat tersebut hendaklah dikemukakan dalam tempoh dan cara sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak berkuasa pelabuhan.

Pengendali berlesen hendaklah memberitahu pihak berkuasa pelabuhan mengenai perkara tertentu