Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen
(1)
, undang-undang kecil boleh dibuat—
(a)
untuk mengadakan kawalan oleh pihak berkuasa pelabuhan berkenaan dengan mana-mana projek bagi kemajuan dan pembangunan kemudahan dan perkhidmatan di pelabuhan;
(b)
untuk mengawal selia penggunaan selamat limbungan, dermaga, pengkalan, pelantar, gudang, bangsal dan premis yang diletak hak kepada atau di bawah kawalan mana-mana orang yang menjalankan mana-mana operasi pelabuhan atau yang mengadakan apa-apa kemudahan dan perkhidmatan pelabuhan;
(c)
untuk menjaga kebersihan lembangan, kerja dan premis di dalam had kawasan pelabuhan dan untuk mencegah pencemaran air di dalamnya;
Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 19
(d)
untuk keselamatan orang yang bekerja di pelabuhan dan atas kapal atau vesel yang menggunakan pelabuhan;
(e)
untuk mencegah kacau ganggu dan penyalahgunaan premis di dalam kawasan pelabuhan;
(f)
untuk pengkelasan dan mengawal selia pengangkutan memuat dan memunggah barang-barang bahaya oleh mana-mana pengendali berlesen;
(g)
secara am untuk memberi kesan kepada peruntukan Akta ini.
Penalti am