Malaysia legislation

Section 17

of *AKTA PELABUHAN-PELABUHAN (PENSWASTAAN) 1990

Seksyen 17

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

Jika kesalahan di bawah Akta ini, Akta ibu atau di bawah mana-mana peraturan-peraturan atau undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya dilakukan oleh pertubuhan perbadanan (sama ada pertubuhan perbadanan itu telah didakwa atau tidak), tiap-tiap pengarah, setiausaha atau pengurus pertubuhan perbadanan itu hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuannya atau pembiarkannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha wajar untuk menghalang kesalahan itu dilakukan sebagaimana dia patut menjalankannya setelah mengambil kira keadaan tugasnya dalam kedudukan tersebut dan segala hal keadaan itu.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 422