Malaysia legislation

Section 20

of *AKTA PELABUHAN-PELABUHAN (PENSWASTAAN) 1990

Seksyen 20

(a)

memberi diskaun pada kadar sebagaimana yang difikirkannya patut;

(b)

mengenakan faedah ke atas apa-apa jumlah yang tertanggung;

(c)

dalam hal kemudahan atau perkhidmatan pakej yang diadakan olehnya, melevi caj yang lebih tinggi yang tidak melebihi peratus caj yang ditetapkan sebagaimana yang diluluskan oleh pihak berkuasa pelabuhan.

(2)

Jika, berkenaan dengan apa-apa kemudahan atau perkhidmatan yang diadakan oleh pengendali berlesen, tiada caj yang ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang kecil, pengendali berlesen itu hendaklah, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, berhak melevi caj pada kadar yang diluluskan secara bertulis oleh pihak berkuasa pelabuhan.

(3)

Bagi maksud seksyen ini,

“kemudahan pakej”

atau

“perkhidmatan pakej” bermakna gabungan dua atau lebih kemudahan atau perkhidmatan yang caj mengenainya telah ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang kecil.

Kuasa pemeriksaan