Malaysia legislation

Section 22

of *AKTA PELABUHAN-PELABUHAN (PENSWASTAAN) 1990

Seksyen 22

Kuasa khas pada masa darurat

(1)

Perdana Menteri boleh, apabila berlaku apa-apa kekacauan perindustrian, mogok atau apa-apa sekat masuk yang menimbulkan keadaan darurat, atau atas kepentingan keselamatan awam, memberi kuasa kepada pihak berkuasa pelabuhan untuk—

(a)

menggantung lesen, mengambil milikan sementara dan mengendali mana-mana pengusahaan pengendali berlesen dengan cara sebagaimana yang disifatkannya patut; atau

(b)

menarik balik sama ada sebahagian atau keseluruhan penggunaan apa-apa perkhidmatan atau kemudahan pelabuhan daripada mana-mana orang atau kelas orang atau daripada mana-mana orang awam.

(2)

Jika apa-apa keraguan berbangkit mengenai wujudnya darurat atau apa-apa perbuatan yang dilakukan di bawah subseksyen (1) adalah atas kepentingan keselamatan awam, satu sijil yang ditandatangani oleh Perdana Menteri dan dipamerkan di mana-mana tempat yang

Menteri sifatkan sesuai hendaklah menjadi bukti muktamad mengenainya.

(3)

Jika Kerajaan mengambil milikan mana-mana pengusahaan pelabuhan di bawah perenggan (1)(a) pampasan mencukupi hendaklah dibayar.