Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
“Akta ibu”, berhubung dengan pihak berkuasa pelabuhan, ertinya
Akta yang telah menubuhkan pihak berkuasa pelabuhan itu;
“lesen” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah subseksyen 9(3)
Akta ini;
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 422
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelabuhan;
“pengendali berlesen” ertinya mana-mana orang atau kumpulan orang yang dilesenkan di bawah Bahagian III Akta ini;
“pengusahaan pelabuhan”, berhubung dengan mana-mana pihak berkuasa pelabuhan, ertinya pengusahaan pihak berkuasa pelabuhan yang berhubungan dengan mengadakan apa-apa kemudahan atau perkhidmatan walau bagaimana perihalnya oleh pihak berkuasa pelabuhan itu yang berkaitan dengan penjalanan dan pelaksanaan kuasa dan kewajipannya di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan termasuk apa-apa harta alih dan tak alih dan hak pihak berkuasa pelabuhan yang berhubungan dengan kemudahan dan perkhidmatan tersebut;
“pihak berkuasa pelabuhan” ertinya pihak berkuasa pelabuhan atau suruhanjaya pelabuhan yang dinyatakan dalam Jadual kepada Akta ini;
“rancangan penswastaan pelabuhan” ertinya rancangan yang diluluskan oleh Menteri di bawah seksyen 5 Akta ini.