Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(2)
Apa-apa permohonan bagi pemberian lesen di bawah Bahagian ini hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah mengandungi, atau disertai dengan, maklumat dan dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa pelabuhan bagi maksud memutuskan permohonan itu dan kesesuaian pemohon untuk lesen itu.
(3)
Apabila menerima permohonan yang dibuat mengikut subseksyen (2), pihak berkuasa pelabuhan boleh—
(a)
tertakluk kepada peruntukan subseksyen
(4)
dan pembayaran apa-apa fi yang pihak berkuasa pelabuhan fikirkan patut, mengeluarkan lesen kepada pemohon; atau
(b)
enggan mengeluarkan lesen.
(4)
Setiap lesen yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3)
hendaklah menyatakan tempoh lesen itu dan hendaklah selanjutnya menetapkan—
(a)
jenis perkhidmatan atau kemudahan yang akan diadakan oleh pemegang lesen;
(b)
fi lesen tahunan yang kena dibayar oleh pemegang lesen;
Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) 13
(c)
kewajipan tertentu pemegang lesen berkenaan dengan perkhidmatan atau kemudahan yang diadakan olehnya; dan
(d)
perkara atau syarat lain sebagaimana yang pihak berkuasa pelabuhan fikirkan patut.
(5)
Pengeluaran lesen kepada pengendali pelabuhan oleh pihak berkuasa pelabuhan di bawah subseksyen (3) hendaklah tidak mengenakan apa-apa liabiliti ke atas pihak berkuasa pelabuhan terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan, peninggalan atau keingkaran pengendali tersebut.
Penggantungan dan pembatalan lesen