Malaysia legislation

Section 20

of AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN WARGA EMAS SWASTA 2018

Seksyen 20

Pemegang lesen hendaklah—

(a)

memastikan bahawa profesional jagaan kesihatan yang diambil kerja atau diguna khidmat oleh pemegang lesen adalah layak di bawah mana-mana undang-undang yang mengawal selia profesionnya;

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 802

(b)

memastikan bahawa pemberi jagaan adalah terlatih dan kompeten;

(c)

memastikan bahawa penilaian orang yang menerima jagaan dijalankan oleh profesional jagaan kesihatan;

(d)

memastikan bahawa perkiraan telah dibuat untuk menjadikan tersedia profesional jagaan kesihatan di kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta;

(e)

mengemukakan laporan tahunan tentang kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta kepada

Ketua Pengarah dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah;

(f)

memastikan bahawa kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta diuruskan oleh seorang orang yang bertanggungjawab; dan

(g)

melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab lain yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Pernyataan dasar

Section 20 — PRIVATE AGED HEALTHCARE FACILITIES AND SERVICES ACT 2018