Malaysia legislation

Section 22

of AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN WARGA EMAS SWASTA 2018

Seksyen 22

Pemegang lesen hendaklah memastikan yang berikut berhubung dengan pelan dan tatacara mekanisme ketidakpuasan hati bagi kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta itu:

(a)

bahawa orang yang menerima jagaan, saudaranya, mana-mana orang yang bertindak bagi pihak orang yang menerima jagaan, mana-mana orang yang mempunyai hubungan langsung dengan orang yang menerima jagaan, dan mana-mana pekerja pemegang lesen menyedari bahawa pelan dan tatacara mekanisme ketidakpuasan hati itu tersedia ada;

(b)

bahawa pelan dan tatacara mekanisme ketidakpuasan hati itu digunakan untuk menangani apa-apa aduan daripada orang yang menerima jagaan, saudaranya, mana-mana orang yang bertindak bagi pihak orang yang menerima jagaan atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan langsung dengan orang yang menerima jagaan; dan

(c)

bahawa pelan dan tatacara mekanisme ketidakpuasan hati itu memperuntukkan kehendak untuk mendokumenkan apa-apa aduan.

Orang yang bertanggungjawab

Section 22 — PRIVATE AGED HEALTHCARE FACILITIES AND SERVICES ACT 2018