Malaysia legislation
Section 49
of AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN WARGA EMAS SWASTA 2018
Seksyen 49
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
(2)
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh menetapkan apa-apa tindakan atau peninggalan dalam pelanggaran peraturan-peraturan menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda—
(a)
dalam hal pemegang lesen yang merupakan seorang individu, tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan bagi kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan;
dan
(b)
dalam hal pemegang lesen yang merupakan suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dan bagi kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Penalti am