Malaysia legislation

Section 50

of AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN WARGA EMAS SWASTA 2018

Seksyen 50

(2)

Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata hendaklah, apabila disabitkan, boleh—

(a)

dalam hal seorang individu—

(i)

didenda tidak melebihi lima ribu ringgit; dan

(ii)

bagi kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan; dan

(b)

dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—

(i)

didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit; dan

(ii)

bagi kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan

Section 50 — PRIVATE AGED HEALTHCARE FACILITIES AND SERVICES ACT 2018