Malaysia legislation

Section 53

of AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN WARGA EMAS SWASTA 2018

Seksyen 53

(2)

Pengendali pusat jagaan di bawah subseksyen (1) hendaklah memohon kelulusan dan lesen di bawah Akta ini dalam tempoh lima tahun, atau tempoh selanjutnya yang dibenarkan oleh Ketua

Pengarah mengikut subseksyen (1).

(3)

Sementara keputusan untuk memberikan kelulusan dan lesen kepada pusat jagaan di bawah subseksyen (2) dibuat, pusat jagaan itu hendaklah terus disifatkan telah dilesenkan di bawah Akta ini.

(4)

Apa-apa keputusan, perintah, rayuan, arahan, siasatan, perbicaraan dan prosiding yang telah dibuat, diambil atau dimulakan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 yang berhubungan dengan pusat jagaan di bawah subseksyen (1) sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah diteruskan atau dimuktamadkan di bawah dan mengikut peruntukan Akta Pusat Jagaan 1993.

Section 53 — PRIVATE AGED HEALTHCARE FACILITIES AND SERVICES ACT 2018