Malaysia legislation

Section 52

of AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN WARGA EMAS SWASTA 2018

Seksyen 52

(a)

mana-mana kesalahan di bawah Akta ini dan apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta yang boleh dikompaun;

(b)

kriteria bagi mengkompaun kesalahan; dan

(c)

kaedah dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan.

(2)

Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan secara bertulis

Pendakwa Raya, mengkompaun mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan ditetapkan sebagai suatu kesalahan boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua Pengarah suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulisnya.

(3)

Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.

(4)

Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam tempoh yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa masa lanjutan yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(5)

Sekiranya suatu kesalahan telah dikompaun di bawah seksyen ini, tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan mana-mana dokumen atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh

Ketua Pengarah, tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.

Undang-Undang Malaysia 34

Akta 802

Kecualian dan peralihan

Section 52 — PRIVATE AGED HEALTHCARE FACILITIES AND SERVICES ACT 2018