Malaysia legislation
Section 7
of AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN WARGA EMAS SWASTA 2018
Seksyen 7
Ketua Pengarah boleh menolak untuk memproses suatu permohonan kelulusan atau boleh menghendaki supaya permohonan itu dipinda atau dilengkapkan dan dikemukakan semula atau supaya suatu permohonan baharu dikemukakan untuk menggantikannya sekiranya—
(a)
permohonan itu tidak dibuat mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah; atau
(b)
pemohon tidak menunjukkan bukti bahawa dia orang yang layak dan sesuai untuk diberikan kelulusan.
Perkara untuk dipertimbangkan bagi kelulusan