Malaysia legislation

Section 8

of AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN WARGA EMAS SWASTA 2018

Seksyen 8

Jika Ketua Pengarah memutuskan untuk meneruskan permohonan kelulusan, dalam memutuskan sama ada atau tidak untuk memberikan kelulusan, Ketua Pengarah hendaklah menimbangkan perkara yang berikut:

(a)

jenis premis yang di dalamnya kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas akan disediakan;

(b)

perkhidmatan jagaan kesihatan yang akan disediakan;

(c)

kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta yang telah sedia ada di dalam kawasan yang baginya permohonan kelulusan itu berkaitan dan akses kepadanya;

(d)

keperluan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta pada masa sekarang dan masa hadapan di dalam kawasan yang baginya permohonan kelulusan itu berkaitan; dan

(e)

apa-apa perkara lain yang difikirkan relevan oleh

Ketua Pengarah.

Pemberian kelulusan

Section 8 — PRIVATE AGED HEALTHCARE FACILITIES AND SERVICES ACT 2018