Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
“Tempoh lesen
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 11 dengan seksyen yang berikut:
“(1) Permohonan untuk membaharui lesen hendaklah dikemukakan oleh pemohon kepada Ketua Pengarah berserta dengan fi proses sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual
Undang-Undang Malaysia 12
Akta A1554
Pertama sekurang-kurangnya enam puluh hari sebelum habis tempoh lesen dan hendaklah mengikut bentuk dan cara berserta dengan apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(2)
Ketua Pengarah boleh, selepas memberi pertimbangan kepada permohonan bagi pembaharuan lesen di bawah subseksyen (1)—
(a)
membaharui lesen itu, dengan atau tanpa syarat; atau
(b)
menolak untuk membaharui lesen itu.
(3)
Jika Ketua Pengarah membaharui lesen itu, dia hendaklah memberitahu keputusannya itu kepada pemohon melalui notis bertulis dan pemohon hendaklah, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis, membayar fi lesen sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan mendepositkan wang jaminan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
(4)
Ketua Pengarah hendaklah menolak permohonan membaharui lesen jika—
(a)
permohonan dibuat selepas habis tempoh lesen itu;
(b)
permohonan tidak dibuat mengikut subseksyen (1);
(c)
pemohon tidak memulihkan pelanggaran atau mengambil tindakan pembetulan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah menurut subseksyen 11a(6); atau
(d)
pemohon gagal mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
(5)
Jika pembaharuan lesen ditolak di bawah perenggan (2)(b),
Ketua Pengarah hendaklah memberitahu pemohon mengenai keputusannya melalui notis bertulis.
(6)
Permohonan di bawah subseksyen (1) boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permohonan diluluskan atau ditolak tetapi fi yang dibayar di bawah subseksyen (1) tidak boleh dikembalikan.
Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan)
(7)
Ketua Pengarah boleh mempertimbangkan apa-apa permohonan untuk membaharui lesen yang diterima selepas tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (1) tetapi sebelum habis tempoh lesen itu.
(8)
Jika Ketua Pengarah membaharui lesen itu di bawah subseksyen (7), fi proses sebagaimana yang dinyatakan dalam