Seksyen 1
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan seksyen 2
/akn/my/act/amendment_act/2017/A1554
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA AGENSI PEKERJAAN SWASTA (PINDAAN) 2017 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1554 2017, currently marked in force and first recorded in 2017.
Opening note
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan seksyen 2
Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 [Akta 246], yang disebut
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Akta ini tidak terpakai bagi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.”.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta A1554
AKTA AGENSI PEKERJAAN SWASTA
(PINDAAN) 2017
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1554
Pindaan seksyen 3
“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—
dengan menggantikan takrif “agensi pekerjaan swasta”
dengan takrif yang berikut:
‘ “agensi pekerjaan swasta” ertinya suatu pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di bawah Akta
Syarikat 2016 [Akta 777] dan diberikan lesen di bawah
Akta ini untuk menjalankan aktiviti merekrut;’;
dalam takrif “ditetapkan”, dengan memasukkan selepas perkataan “Menteri” perkataan “melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini”;
dengan menggantikan takrif “fi” dengan takrif yang berikut:
‘ “fi” ertinya fi yang dinyatakan dalam Jadual
Pertama;’;
dalam takrif “iklan”, dengan menggantikan perkataan
“atau sesuatu dokumen dan sesuatu pengumuman yang dibuat secara lisan atau apa jua cara yang mengeluarkan atau memancarkan cahaya atau bunyi” dengan perkataan
“, pelawaan atau maklumat yang telah disebarkan, disiarkan atau dipamerkan berhubung dengan aktiviti merekrut dengan apa-apa cara atau bentuk termasuk komunikasi lisan atau bertulis dengan cara media cetak, elektronik atau apa-apa media lain”;
dengan menggantikan takrif “Ketua Pengarah” dengan takrif yang berikut:
‘ “Ketua Pengarah” ertinya—
berkenaan dengan Semenanjung Malaysia, Ketua
Pengarah Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Akta Kerja 1955 [Akta 265];
Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan)
berkenaan dengan Sabah, Pengarah Tenaga
Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1)
Ordinan Buruh [Sabah Bab 67]; atau
berkenaan dengan Sarawak, Pengarah Tenaga
Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1)
Ordinan Buruh [Sarawak Bab 76];’;
dengan menggantikan takrif “lesen” dengan takrif yang berikut:
‘ “lesen” ertinya suatu lesen yang diberikan di bawah seksyen 9a;’;
dengan menggantikan takrif “majikan” dengan takrif yang berikut:
‘ “majikan” ertinya mana-mana orang yang mendapatkan perkhidmatan agensi pekerjaan swasta bagi maksud untuk merekrut seseorang pekerja bagi dirinya;’;
dalam takrif “Menteri”, dengan menggantikan perkataan
“buruh dan tenaga rakyat” dengan perkataan “sumber manusia”;
dengan memasukkan selepas takrif “Menteri” takrif yang berikut:
‘ “merekrut” ertinya aktiviti yang dijalankan oleh mana-mana orang, termasuk aktiviti pengiklanan, sebagai pengantara antara majikan dan pencari kerja untuk—
menawarkan untuk mencari pekerjaan, menawarkan suatu pekerjaan atau mendapatkan pekerjaan, bagi seseorang pencari kerja; atau
menawarkan untuk mencari pekerja, menawarkan pekerja atau mendapatkan pekerja, bagi seseorang majikan;’;
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1554
dengan memasukkan sebelum takrif “pekerja” takrif yang berikut:
‘ “pegawai tenaga kerja” ertinya pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 3(2) Akta Kerja 1955, subseksyen 3(1a) Ordinan Buruh, [Sabah Bab 67] atau subseksyen 3(1a) Ordinan Buruh, [Sarawak Bab 76], mengikut mana-mana yang berkenaan;
dengan memasukkan sebelum takrif “sebaran am” takrif yang berikut:
‘ “pencari kerja” ertinya seseorang yang berdaftar dengan suatu agensi pekerjaan swasta bagi maksud mencari pekerjaan atau ditawarkan suatu pekerjaan atau menerima tawaran suatu pekerjaan, tetapi tidak termasuk bukan warganegara;’;
dengan memasukkan selepas takrif “pencari kerja” takrif yang berikut:
‘ “wang jaminan” ertinya suatu jaminan dalam bentuk wang tunai atau jaminan kewangan yang dikeluarkan oleh suatu bank berlesen di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013 [Akta 758] atau bank Islam berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
[Akta 759] tetapi tidak termasuk bank Islam antarabangsa berlesen, yang didepositkan menurut seksyen 14c.’.
Penggantian seksyen 4
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 4 dengan seksyen yang berikut:
“Fungsi dan kuasa Ketua Pengarah
untuk mentadbir dan mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan pelesenan bagi agensi pekerjaan swasta;
Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan)
untuk mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan aktiviti merekrut yang dijalankan oleh agensi pekerjaan swasta termasuk mengeluarkan arahan bertulis;
untuk mengutip, menerima, mengguna atau merampas wang jaminan yang didepositkan oleh agensi pekerjaan swasta;
untuk mengarahkan agensi pekerjaan swasta untuk mengemukakan apa-apa maklumat dan dokumen yang berhubungan dengan agensi pekerjaan swasta dan aktivitinya;
untuk menghendaki agensi pekerjaan swasta mengemukakan apa-apa maklumat untuk membantu
Ketua Pengarah bagi pelaksanaan fungsinya; dan
untuk melakukan apa-apa perkara bersampingan dengan apa-apa fungsinya di bawah Akta ini.
Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang perlu atau suai manfaat bagi atau yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah
Akta ini.”.
Seksyen baharu 4a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 4
seksyen yang berikut:
“Pewakilan fungsi dan kuasa Ketua Pengarah 4a. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan apa-apa had sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, pegawai tenaga kerja boleh menjalankan semua fungsi dan kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah di bawah Akta ini dan tiap-tiap fungsi dan kuasa yang dijalankan hendaklah disifatkan telah dijalankan bagi maksud Akta ini.
Pegawai tenaga kerja tidak boleh menjalankan apa-apa fungsi dan kuasa Ketua Pengarah di bawah Akta ini melainkan jika dia memegang kad kuasa yang ditandatangani oleh Ketua
Pengarah untuk memberinya kuasa untuk menjalankan fungsi dan kuasa itu.”.
Undang-Undang Malaysia 8
Akta A1554
Pemotongan seksyen 5
Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 5.
Penggantian seksyen 6
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 6 dengan seksyen yang berikut:
Quoted provision
Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau apa-apa prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap Kerajaan,
Menteri, Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai tenaga kerja berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati, atas sifat sedemikian.”.
Penggantian seksyen 7
“Perlindungan terhadap tindakan guaman dan prosiding undang-undang
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 7 dengan seksyen yang berikut:
Quoted provision
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”.
Pindaan seksyen 8
“Kehendak bagi lesen
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 8 dengan seksyen yang berikut:
“(1) Pemohon bagi lesen di bawah Akta ini hendaklah mengemukakan permohonan yang dibuat mengikut kategori
Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan)
9
lesen sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada
Ketua Pengarah dalam apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Permohonan itu hendaklah berserta dengan fi proses sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
Apabila menerima permohonan di bawah subseksyen (1),
Ketua Pengarah boleh menghendaki pemohon untuk memberikan butir-butir, maklumat atau dokumen lanjut yang difikirkannya perlu.
Jika apa-apa butir-butir, maklumat atau dokumen yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) tidak diberikan oleh pemohon dalam tempoh yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik tanpa menjejaskan suatu permohonan baharu yang dibuat oleh pemohon.
Jika permohonan di bawah subseksyen (1) ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permohonan diluluskan atau ditolak, fi proses yang dibayar di bawah subseksyen (2) tidak boleh dikembalikan.”.
Penggantian seksyen 9
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 9 dengan seksyen yang berikut:
Quoted provision
pemohon ialah sebuah badan korporat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016—
dengan modal berbayar minimum sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua; dan
sekurang-kurangnya lima puluh satu peratus daripada jumlah keseluruhan syer syarikat itu dipegang oleh warganegara Malaysia;
Undang-Undang Malaysia 10
Akta A1554
pengarah syarikat, yang dinamakan dalam borang permohonan yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agensi pekerjaan swasta—
ialah seorang warganegara Malaysia;
tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubung dengan antipemerdagangan orang dan buruh paksa;
pemohon mempunyai premis yang sesuai untuk menjalankan aktiviti merekrut sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah; dan
pemohon hendaklah mempunyai nama syarikat yang didahului dengan perkataan “Agensi Pekerjaan”.
Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh mengenakan apa-apa syarat lain sebagaimana yang difikirkannya perlu.”.
Seksyen baharu 9a dan 9b
“Pematuhan syarat yang dikenakan bagi permohonan lesen
seksyen yang berikut:
“Pemberian atau penolakan pemberian lesen 9a. (1) Apabila menerima dan setelah mempertimbangkan permohonan bagi lesen di bawah seksyen 8, Ketua Pengarah boleh memberikan lesen atau menolak pemberian lesen.
Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan notis bertulis kepada pemohon mengenai keputusannya sama ada untuk memberikan lesen atau menolak pemberian lesen di bawah subseksyen (1).
Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan)
Jika permohonan di bawah subseksyen (1) diluluskan, pemohon hendaklah, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis di bawah subseksyen (2), membayar fi lesen yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan mendepositkan wang jaminan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua bagi maksud pemberian lesen itu.
Jika pemohon tidak membayar fi lesen dan wang jaminan dalam tempoh tiga puluh hari sebagaimana yang dinyatakan di bawah subseksyen (3), Ketua Pengarah boleh menolak pemberian lesen tanpa menjejaskan permohonan baharu yang dibuat oleh pemohon.
Kuasa untuk mengenakan syarat 9b. Tertakluk kepada Akta ini, Ketua Pengarah boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya perlu apabila suatu lesen diberikan di bawah seksyen 9a dan boleh meminda syarat-syarat yang dikenakan.”.
Penggantian seksyen 10
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 10 dengan seksyen yang berikut:
Quoted provision
Tiap-tiap lesen yang diberikan di bawah seksyen 9a atau diperbaharui di bawah perenggan 11(2)(a), melainkan jika lesen itu digantung atau dibatalkan, hendaklah sah bagi tempoh dua puluh empat bulan dari tarikh—
pembaharuan lesen itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.”.
Pindaan seksyen 11
“Tempoh lesen
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 11 dengan seksyen yang berikut:
“(1) Permohonan untuk membaharui lesen hendaklah dikemukakan oleh pemohon kepada Ketua Pengarah berserta dengan fi proses sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual
Undang-Undang Malaysia 12
Akta A1554
Pertama sekurang-kurangnya enam puluh hari sebelum habis tempoh lesen dan hendaklah mengikut bentuk dan cara berserta dengan apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Ketua Pengarah boleh, selepas memberi pertimbangan kepada permohonan bagi pembaharuan lesen di bawah subseksyen (1)—
Jika Ketua Pengarah membaharui lesen itu, dia hendaklah memberitahu keputusannya itu kepada pemohon melalui notis bertulis dan pemohon hendaklah, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis, membayar fi lesen sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan mendepositkan wang jaminan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
Ketua Pengarah hendaklah menolak permohonan membaharui lesen jika—
pemohon tidak memulihkan pelanggaran atau mengambil tindakan pembetulan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah menurut subseksyen 11a(6); atau
pemohon gagal mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Jika pembaharuan lesen ditolak di bawah perenggan (2)(b),
Ketua Pengarah hendaklah memberitahu pemohon mengenai keputusannya melalui notis bertulis.
Permohonan di bawah subseksyen (1) boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permohonan diluluskan atau ditolak tetapi fi yang dibayar di bawah subseksyen (1) tidak boleh dikembalikan.
Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan)
Ketua Pengarah boleh mempertimbangkan apa-apa permohonan untuk membaharui lesen yang diterima selepas tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (1) tetapi sebelum habis tempoh lesen itu.
Jika Ketua Pengarah membaharui lesen itu di bawah subseksyen (7), fi proses sebagaimana yang dinyatakan dalam
Jadual Pertama boleh dikenakan dua kali ganda bagi maksud pembaharuan lesen itu.”.
Seksyen baharu 11a
14. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 11
seksyen yang berikut:
“Penggantungan atau pembatalan lesen 11a. (1) Ketua Pengarah boleh, melalui notis bertulis kepada agensi pekerjaan swasta dan tanpa apa-apa pampasan, menggantung atau membatalkan suatu lesen yang diberikan di bawah Akta ini jika dia berpuas hati bahawa agensi pekerjaan swasta itu—
telah melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan oleh Ketua Pengarah;
telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau pengarah agensi pekerjaan swasta itu telah ditahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubung dengan antipemerdagangan orang dan buruh paksa;
telah digulungkan atau selainnya dibubarkan;
tidak mematuhi apa-apa arahan bertulis yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah di bawah Akta ini;
telah mendorong pengeluaran lesen dengan representasi palsu tentang fakta;
Undang-Undang Malaysia 14
Akta A1554
telah menggunakan lesen yang diberikan di bawah
Akta ini bagi maksud yang menyalahi undang-undang; atau
telah terhenti menjalankan aktiviti merekrut.
Ketua Pengarah tidak boleh menggantung atau membatalkan suatu lesen melainkan jika dia berpuas hati, selepas memberikan agensi pekerjaan swasta suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi secara bertulis tentang kenapa lesen itu tidak boleh digantung atau dibatalkan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu, lesen itu hendaklah digantung atau dibatalkan.
Selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu dan selepas mempertimbangkan representasi yang dibuat di bawah subseksyen (2), Ketua Pengarah hendaklah memutuskan sama ada atau tidak untuk menggantungkan atau membatalkan lesen itu.
Ketua Pengarah hendaklah memberitahu agensi pekerjaan swasta mengenai keputusan di bawah subseksyen (3) melalui notis bertulis.
Agensi pekerjaan swasta hendaklah selepas menerima notis bertulis mengenai penggantungan atau pembatalan di bawah subseksyen (4)—
mengiklankan notis pemberhentian operasi itu sekurang-kurangnya dalam satu surat khabar bahasa kebangsaan yang mempunyai edaran seluruh negara;
mempamerkan notis pemberhentian operasi itu di ruang yang mudah dilihat di premis agensi pekerjaan swasta berkenaan; dan
menyiarkan dalam laman sesawang agensi pekerjaan swasta berkenaan secara berterusan tentang pemberhentian operasi, jika ada.
Jika lesen telah digantung di bawah subseksyen (3),
Ketua Pengarah boleh menghendaki agensi pekerjaan swasta untuk memulihkan pelanggaran atau mengambil tindakan pembetulan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan oleh
Ketua Pengarah.
Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan)
15
Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa agensi pekerjaan swasta telah gagal memulihkan pelanggaran atau mengambil tindakan pembetulan sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (6), Ketua Pengarah hendaklah membatalkan lesen agensi pekerjaan swasta itu.
Agensi pekerjaan swasta boleh, dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh penerimaan notis pembatalan daripada
Ketua Pengarah, merayu kepada Menteri.
Jika suatu lesen—
telah dibatalkan, lesen itu tidak mempunyai kuat kuasa dari tarikh pembatalan lesen dan agensi pekerjaan swasta hendaklah dalam tempoh empat belas hari dari tarikh pembatalan lesen itu, menyerahkan lesen itu kepada Ketua Pengarah; atau
telah digantung, lesen itu tidak mempunyai kuat kuasa semasa tempoh penggantungan.”.
Pindaan seksyen 13
15. Seksyen 13 Akta ibu dipinda—
dengan menomborkan semula seksyen yang sedia ada sebagai subseksyen (1);
dalam subseksyen (1) yang dinomborkan semula, dengan menggantikan perkataan “di mana urusan dijalankan”
dengan perkataan “sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:
“(2) Mana-mana agensi pekerjaan swasta yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.”
Undang-Undang Malaysia 16
Akta A1554
Seksyen baharu 13a, 13b, 13c, 13d, 13e, 13f dan 13g
16. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 13
seksyen yang berikut:
“Penggantian lesen 13a. (1) Jika lesen bagi suatu agensi pekerjaan swasta hilang, musnah atau rosak, agensi pekerjaan swasta hendaklah memohon salinan lesen daripada Ketua Pengarah dalam bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan fi proses bagi penggantian lesen sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
Mana-mana agensi pekerjaan swasta yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Penyerahhakan atau pemindahan lesen 13b. (1) Suatu agensi pekerjaan swasta tidak boleh menyerah hak atau memindah lesen yang diberikan di bawah Akta ini kepada mana-mana orang melainkan dengan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah.
Mana-mana agensi pekerjaan swasta yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Sewaan atau pajakan lesen 13c. (1) Suatu agensi pekerjaan swasta tidak boleh menyewakan atau memajakkan lesen yang diberikan di bawah Akta ini kepada mana-mana orang.
Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan)
17
Mana-mana agensi pekerjaan swasta yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Dokumen pengenalan diri 13d. (1) Suatu agensi pekerjaan swasta yang telah diberikan lesen di bawah seksyen 9a hendaklah memohon kepada
Ketua Pengarah, dalam apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, bagi dokumen pengenalan diri untuk pekerjanya yang menjalankan aktiviti merekrut.
Agensi pekerjaan swasta hendaklah memberikan dokumen pengenalan diri itu kepada pekerjanya yang menjalankan aktiviti merekrut.
Ketua Pengarah boleh mengenakan apa-apa syarat bagi maksud pemberian dokumen pengenalan diri kepada agensi pekerjaan swasta.
Mana-mana agensi pekerjaan swasta yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Mana-mana pekerja agensi pekerjaan swasta yang tidak mengemukakan dokumen pengenalan diri apabila dikehendaki semasa menjalankan aktiviti merekrut melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit.
Jika suatu dokumen pengenalan diri hilang, musnah atau rosak, agensi pekerjaan swasta hendaklah memohon satu salinan gantian dokumen pengenalan diri kepada Ketua
Pengarah dan permohonan itu hendaklah disertakan dengan fi proses sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
Mana-mana agensi pekerjaan swasta yang melanggar subseksyen (6), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Undang-Undang Malaysia 18
Akta A1554
Penubuhan cawangan 13e. (1) Suatu agensi pekerjaan swasta yang bercadang menubuhkan suatu cawangan hendaklah membuat permohonan kepada Ketua Pengarah untuk mendapatkan lesen untuk menjalankan aktiviti merekrut dalam cawangan itu.
Syarat yang dinyatakan di bawah seksyen 9 hendaklah terpakai bagi permohonan lesen di bawah seksyen ini.
Setiap permohonan lesen bagi penubuhan cawangan hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah dalam apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan hendaklah disertakan dengan fi proses sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu notis bertulis kepada pemohon berkenaan dengan keputusannya sama ada untuk memberikan atau menolak untuk memberikan suatu lesen di bawah subseksyen (1).
Jika permohonan di bawah subseksyen (1) diluluskan, pemohon hendaklah, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis di bawah subseksyen (4), membayar fi lesen sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan mendepositkan wang jaminan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual
Kedua.
Jika pemohon tidak membayar lesen fi dan wang jaminan dalam masa tiga puluh hari sebagaimana yang dinyatakan di bawah subseksyen (5), Ketua Pengarah boleh menolak untuk memberikan lesen tanpa menjejaskan permohonan baharu yang dibuat oleh pemohon.
Mana-mana agensi pekerjaan swasta yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan)
19
Permohonan bagi pertukaran kategori lesen 13f. (1) Suatu agensi pekerjaan swasta boleh memohon kepada Ketua Pengarah untuk menukar kategori lesennya mengikut kategori lesen sebagaimana yang dinyatakan dalam
Jadual Kedua dalam apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan permohonan itu hendaklah disertakan dengan fi proses sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
Ketua Pengarah boleh, selepas mempertimbangkan permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1), meluluskan atau menolak permohonan itu.
Jika Ketua Pengarah meluluskan permohonan di bawah subseksyen (2), Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu notis bertulis kepada pemohon, dan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis bertulis, pemohon hendaklah membayar fi lesen sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual
Pertama dan mendepositkan wang jaminan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
Jika pemohon tidak membayar fi lesen dan wang jaminan dalam masa tiga puluh hari sebagaimana yang dinyatakan di bawah subseksyen (3), Ketua Pengarah boleh menolak untuk memberikan lesen tanpa menjejaskan permohonan baharu yang dibuat oleh pemohon.
Jika Ketua Pengarah menolak permohonan di bawah subseksyen (2), Ketua Pengarah hendaklah memberitahu pemohon dengan notis bertulis berkenaan dengan keputusannya.
Notis pemberhentian operasi 13g. (1) Suatu agensi pekerjaan swasta yang bercadang memberhentikan operasinya pada bila-bila masa sebelum tarikh habis tempoh lesen atau tidak berniat untuk memperbaharui lesennya hendaklah, dalam tempoh masa sekurang-kurangnya enam puluh hari dari tarikh pemberhentian operasi—
mengemukakan notis bertulis kepada Ketua Pengarah;
mengiklankan notis pemberhentian operasi sekurang-kurangnya sekali dalam satu akhbar harian berbahasa kebangsaan yang mempunyai edaran seluruh negara;
Undang-Undang Malaysia 20
Akta A1554
menampal notis pemberhentian operasi di premis agensi pekerjaan swasta itu di tempat yang sesuai dan mudah dilihat sehingga tarikh akhir operasi; dan
menyiarkan notis pemberhentian operasi dalam laman sesawangnya secara berterusan sehingga tarikh pemberhentian operasi, jika ada.
Mana-mana agensi pekerjaan swasta yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”.
Pindaan seksyen 14
17. Seksyen 14 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (1)—
dengan memasukkan selepas perkataan “sesuatu perkhidmatan yang diberi fi” perkataan “kepada pencari kerja dan pekerja bukan warganegara”; dan
dengan menggantikan perkataan “yang ditetapkan dalam Jadual” dengan perkataan “sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama”; dan
dengan memotong subseksyen (2).
Seksyen baharu 14a, 14b, 14c, 14d, 14e dan 14f
18. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 14
seksyen yang berikut:
“Fi pendaftaran 14a. Suatu agensi pekerjaan swasta boleh mengenakan fi pendaftaran sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual
Pertama kepada mana-mana pencari kerja bagi semua kategori pekerjaan di dalam atau di luar Malaysia selepas pendaftaran pencari kerja dengan agensi pekerjaan swasta.
Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan)
21
Fi penempatan 14b. (1) Suatu agensi pekerjaan swasta boleh mengenakan fi penempatan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual
Pertama kepada mana-mana pencari kerja atau pekerja bukan warganegara setelah penerimaan tawaran pekerjaan oleh mereka.
Fi penempatan yang dikenakan di bawah subseksyen (1)
boleh dibayar oleh majikan pencari kerja atau pekerja bukan warganegara.
Jika fi penempatan dibayar mengikut subseksyen (2), fi penempatan tidak boleh dituntut oleh agensi pekerjaan swasta daripada pencari kerja atau pekerja bukan warganegara itu.
Wang jaminan 14c. Apabila lesen diberikan oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 9a, agensi pekerjaan swasta hendaklah mendepositkan wang jaminan kepada Ketua Pengarah mengikut kategori lesen sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
Penggunaan wang jaminan oleh Ketua Pengarah 14d. (1) Ketua Pengarah boleh, apabila memberi notis terdahulu kepada agensi pekerjaan swasta, menggunakan wang jaminan yang didepositkan di bawah Akta ini bagi maksud untuk memastikan tanggungjawab agensi pekerjaan swasta kepada pencari kerja, pekerja bukan warganegara atau majikan telah dipenuhi.
Jika Ketua Pengarah menggunakan wang jaminan di bawah subseksyen (1), agensi pekerjaan swasta hendaklah mengeluarkan deposit tambahan dalam bentuk wang jaminan supaya jumlah wang jaminan kekal pada sepanjang masa sebagaimana nilai yang dinyatakan dalam Jadual Kedua selepas menerima notis bagi deposit tambahan daripada
Ketua Pengarah.
Undang-Undang Malaysia 22
Akta A1554
Jika agensi pekerjaan swasta tidak mendepositkan wang jaminan tambahan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis yang disebut dalam subseksyen (2) yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah, Ketua Pengarah boleh mengeluarkan notis untuk menggantung lesen agensi pekerjaan itu.
Jika agensi pekerjaan swasta tidak mendepositkan wang jaminan tambahan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis penggantungan, Ketua Pengarah hendaklah membatalkan lesen agensi pekerjaan swasta itu.
Pemulangan wang jaminan 14e. (1) Ketua Pengarah boleh memulangkan wang jaminan kepada suatu agensi pekerjaan swasta, tertakluk kepada apa-apa potongan, apabila menerima suatu permohonan bertulis daripada agensi pekerjaan swasta jika—
agensi pekerjaan swasta telah terhenti beroperasi;
lesen agensi pekerjaan swasta telah dibatalkan; atau
lesen agensi pekerjaan swasta telah habis tempoh dan tiada permohonan untuk membaharui lesen dibuat oleh agensi pekerjaan swasta.
Ketua Pengarah boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat kepada agensi pekerjaan swasta apabila menerima permohonan di bawah subseksyen (1) bagi maksud kelulusan.
Apabila permohonan di bawah subseksyen (2)
diluluskan, wang jaminan hendaklah dipulangkan dalam tempoh sembilan puluh hari kepada agensi pekerjaan swasta dari tarikh kelulusan.
Walau apa pun subseksyen (2), Ketua Pengarah boleh, memulangkan wang jaminan kepada agensi pekerjaan swasta secepat mungkin jika terdapat perubahan dalam kategori lesen bagi agensi pekerjaan swasta itu.
Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan)
23
Pelucuthakan wang jaminan 14f. (1) Jika suatu agensi pekerjaan swasta telah terhenti beroperasi atau lesennya telah dibatalkan atau habis tempoh, agensi pekerjaan swasta itu hendaklah menuntut wang jaminannya dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh pemberhentian operasi atau habis tempoh lesen.
Jika agensi pekerjaan swasta itu tidak menuntut wang jaminannya dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1),
Ketua Pengarah hendaklah, melalui pemberitahuan dalam
Warta, memberitahu agensi pekerjaan swasta yang berkaitan yang wang jaminan mereka akan dilucuthakkan selepas habis tempoh tiga bulan dari tarikh Warta.
Wang jaminan yang telah dilucuthakkan di bawah subseksyen (2) hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang
Disatukan Persekutuan.”.
Pemotongan seksyen 15, 16 dan 17
19. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 15, 16 dan 17.
Pindaan seksyen 18
20. Seksyen 18 Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (1)(b), dengan menggantikan perkataan
“kekosongan, kelayakan dan had dan syarat pekerjaan”
dengan perkataan “iklan itu”; dan
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“melanggar subseksyen (1) bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini” dengan perkataan “melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya”.
Undang-Undang Malaysia 24
Akta A1554
Penggantian seksyen 19
21. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 19 dengan seksyen yang berikut:
“Penyediaan, penyenggaraan dan penyimpanan rekod
19. (1) Tiap-tiap agensi pekerjaan swasta hendaklah menyedia, menyenggara dan menyimpan rekod sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah seperti yang berikut:
rekod pendaftaran pencari kerja;
rekod pendaftaran majikan;
rekod mengenai kekosongan pekerjaan;
rekod penempatan pencari kerja dan pekerja bukan warganegara;
rekod fi yang dipungut; dan
apa-apa rekod lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.
Agensi pekerjaan swasta hendaklah menyimpan rekod bagi tempoh tidak kurang dari enam tahun dari tarikh perekodan.
Agensi pekerjaan swasta hendaklah mengemukakan semua rekod di bawah subseksyen (1) jika Ketua Pengarah, melalui arahan bertulis, menghendaki agensi pekerjaan swasta supaya mengemukakan rekod itu.
Agensi pekerjaan swasta yang melanggar subseksyen (1),
atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit.”.
Seksyen baharu 19a
22. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 19
seksyen yang berikut:
“Pemberitahuan perubahan maklumat yang diberikan 19a. Agensi pekerjaan swasta hendaklah memberitahu
Ketua Pengarah secara bertulis apabila berlakunya apa-apa
Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan)
25
perubahan material dalam apa-apa maklumat yang diberikan kepada Ketua Pengarah berhubung dengan—
maklumat yang berhubungan dengan semua rekod di bawah seksyen 19;
pengarah yang dinamakan dalam borang permohonan yang bertanggungjawab bagi hal ehwal agensi pekerjaan swasta; dan
apa-apa maklumat lain atau penjelasan bertulis sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah, berkenaan dengan apa-apa maklumat yang diberikan oleh agensi pekerja swasta.”.
Pemotongan seksyen 20
23. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 20.
Penggantian seksyen 21
24. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 21 dengan seksyen yang berikut:
“Kuasa penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan
21. Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai tenaga kerja di bawah seksyen 4a hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis tidak kira apa jua pangkatnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara
Jenayah [Akta 593], berhubung dengan penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan dan kuasa itu hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan bukan pengurangan kuasa itu.”.
Pemotongan seksyen 22
25. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 22.
Undang-Undang Malaysia 26
Akta A1554
Pemotongan seksyen 24 dan 25
26. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 24 dan 25.
Pindaan seksyen 26
27. Seksyen 26 Akta ibu dipinda—
dengan menomborkan semula seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1);
dalam subseksyen (1) yang dinomborkan semula, dengan memotong perkataan “yang mana keputusannya muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah undang-undang”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:
“(2) Menteri boleh, selepas mempertimbangkan rayuan di bawah subseksyen (1), mengesahkan, mengakas atau mengubah keputusan Ketua Pengarah.
Bagi mengelakkan keraguan, rayuan yang dibuat di bawah subseksyen (1), tidaklah menggantung keputusan yang dirayu.”.
Penggantian seksyen 27
28. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 27 dengan seksyen yang berikut:
“Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
27. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.
Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan)
27
Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
menetapkan apa-apa perkara yang dikehendaki di bawah Akta ini supaya ditetapkan; atau
menetapkan denda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit bagi pelanggaran atau ketidakpatuhan dengan mana-mana peruntukan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.”.
Seksyen baharu 27a
29. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 27
seksyen yang berikut:
“Kuasa untuk meminda Jadual 27a. Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta, meminda mana-mana Jadual.”.
Penggantian seksyen 28
30. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 28 dengan seksyen yang berikut:
“Kesalahan dan penalti
28. Mana-mana orang yang—
mengenakan atau menerima sendiri atau melalui seseorang lain, bagi perkhidmatannya, apa-apa jumlah yang lebih besar daripada fi yang dinyatakan dalam
Jadual Pertama;
dengan diketahuinya memperdaya mana-mana pencari kerja, majikan atau pekerja bukan warganegara dengan memberikan maklumat palsu; atau
Undang-Undang Malaysia 28
Akta A1554
melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.”.
Pemotongan seksyen 29
31. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 29.
Penggantian seksyen 30
32. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 30 dengan seksyen yang berikut:
“Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
30. Mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu merupakan pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpama bagi pertubuhan perbadanan itu melakukan kesalahan di bawah Akta ini, boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan dan jika pertubuhan perbadanan itu didapati telah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya, persetujuannya atau pembiarannya; dan
bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.”.
Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan)
29
Pindaan seksyen 31
33. Seksyen 31 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan
“oleh atau bagi pihak Pendakwa Raya atau oleh seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor” dengan perkataan “dengan keizinan secara bertulis daripada Pendakwa
Raya”.
Penggantian seksyen 32
34. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 32 dengan seksyen yang berikut:
“Kuasa untuk mengkompaun kesalahan
32. (1) Menteri boleh, dengan keizinan Pendakwa Raya, membuat peraturan-peraturan untuk menetapkan—
mana-mana kesalahan di bawah Akta ini dan apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang boleh dikompaun;
kriteria bagi mengkompaun kesalahan itu; dan
kaedah dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan itu.
Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa
Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan, kecuali kesalahan di bawah subseksyen 7(2), 13b(2), 13c(2), 13e(7), 13g(2),
18(2) dan seksyen 28 yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan ditetapkan sebagai kesalahan boleh kompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada
Ketua Pengarah suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam apa-apa masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulisnya.
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.
Undang-Undang Malaysia 30
Akta A1554
Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Ketua
Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan mana-mana dokumen atau benda lain yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Ketua Pengarah, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.
Semua jumlah wang yang diterima oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.”.
Penggantian Jadual
35. Akta ibu dipinda dengan menggantikan Jadual dengan Jadual yang berikut:
“Jadual Pertama
[Seksyen 8, 9a, 11, 13a, 13d, 13e, 13f, 14, 14a, 14b, 28]
Jenis Fi
(1)
Jumlah Fi
(2)
Bagi penubuhan agensi pekerjaan swasta
Fi Lesen
RM500
Fi Proses
Permohonan lesen
Pembaharuan lesen
Permohonan lesen cawangan
RM300
Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan)
31
Jenis Fi
(1)
Jumlah Fi
(2)
Penggantian lesen
Permohonan menukar kategori lesen
Dokumen pengenalan diri
Penggantian dokumen pengenalan diri
RM 50
RM 50
Fi yang dikenakan ke atas pencari kerja atau pekerja bukan warganegara
Fi Pendaftaran
Fi yang dikenakan untuk pendaftaran bagi semua kategori pekerjaan dalam
Malaysia kepada pencari kerja, pendaftaran itu adalah sah bagi semua kategori pekerjaan bagi tempoh selama dua belas bulan
Fi yang boleh dikenakan untuk pendaftaran semua kategori pekerjaan di luar
Malaysia kepada pencari kerja, pendaftaran itu adalah sah bagi semua kategori pekerjaan bagi tempoh selama enam bulan.
RM30 dan ke bawah
RM50 dan ke bawah
Fi Penempatan
Pencari kerja yang bekerja di dalam Malaysia
Pencari kerja yang bekerja di luar Malaysia
Pekerja bukan warganegara yang bekerja di dalam
Malaysia
Tidak lebih daripada 25% gaji pokok bulanan pertama pekerja
Tidak lebih daripada 25% gaji pokok bulanan pertama pekerja
Tidak lebih daripada satu bulan gaji pokok bulan pertama pekerja
Undang-Undang Malaysia 32
Akta A1554
Jadual Kedua
[Seksyen 8, 9, 9a, 11, 13e, 13f, 14c, 14d]
Kategori lesen
(1)
Modal berbayar
(2)
Wang jaminan
(3)
Wang jaminan untuk menubuhkan cawangan baru
(4)
Lesen A –
U n t u k p e n e m p a t a n pekerjaan bagi pencari kerja di dalam Malaysia
RM50,000
RM5,000
RM5,000
Lesen B –
U n t u k p e n e m p a t a n pekerjaan bagi pencari kerja di dalam dan di luar
Malaysia, dan pekhidmat domestik asing di dalam
Malaysia
RM30,000
Lesen C –
U n t u k p e n e m p a t a n pekerjaan bagi pencari kerja di dalam dan di luar
Malaysia, dan pekerja bukan warganegara di dalam Malaysia
RM250,000
RM250,000
”.
Kecualian dan peralihan
36. (1) Apa-apa lesen yang dikeluarkan, atau kelulusan atau kebenaran yang diberikan di bawah Akta ibu sebelum Akta ini mula berkuat kuasa hendaklah terus berkuat kuasa sepenuhnya sehingga lesen itu habis tempoh, dipinda, digantung atau dibatalkan, atau kelulusan atau kebenaran itu habis tempoh atau dibatalkan di bawah Akta ibu, yang hanya bagi maksud itu Akta ibu itu hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya.
Semua kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan, borang, arahan dan surat pemberian kuasa yang dibuat, dikeluarkan atau diberikan di bawah Akta ibu hendaklah, setakat yang kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan, borang, arahan dan surat pemberian kuasa itu selaras dengan Akta ini, terus berkuat kuasa sehingga kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan, borang, arahan dan surat pemberian kuasa itu dibatalkan atau dipinda.
Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan)
33
Apa-apa siasatan, perbicaraan atau prosiding yang dilakukan, diambil atau dimulakan di bawah Akta ibu sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh
Akta ini.
Mana-mana agensi pekerjaan swasta yang, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, sedang mengusahakan suatu aktiviti yang Akta ini terpakai baginya hendaklah, dalam tempoh enam bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, memohon bagi suatu lesen di bawah Akta ini.