JADUAL
(Perenggan 2)
PROTOKOL KETIGA KEPADA PERJANJIAN ANTARA KERAJAAN MALAYSIA
DENGAN KERAJAAN NEW ZEALAND BAGI PENGELAKAN PENCUKAIAN DUA KALI
DAN PENCEGAHAN PELARIAN FISKAL BERKENAAN DENGAN
CUKAI ATAS PENDAPATAN
KERAJAAN MALAYSIA
DAN
KERAJAAN NEW ZEALAND
Setelah mengambil perhatian kepada Perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan
New Zealand bagi Mengelakkan Cukai Dua Kali dan Mencegah Pelarian Fiskal berkenaan dengan Cukai-Cukai atas Pendapatan yang dibuat di Kuala Lumpur pada 19 Mac 1976, sebagaimana yang dipinda melalui Protokol Kedua kepada Perjanjian itu yang dibuat di
Kuala Lumpur pada 14 Julai 1994 (selepas ini dirujuk sebagai "Perjanjian"),
Telah bersetuju bahawa peruntukan yang berikut hendaklah menjadi suatu bahagian penting Perjanjian:
Perkara 1
Perkara 22 Perjanjian hendaklah dipotong dan digantikan dengan Perkara yang berikut:
“Perkara 22
PERTUKARAN MAKLUMAT
(1)
Pihak berkuasa kompeten Negara Pejanji hendaklah bertukar-tukar apa-apa maklumat sebagaimana yang dijangkakan berkaitan bagi pelaksanaan peruntukan
Perjanjian ini atau berkaitan dengan pentadbiran atau penguatkuasaan undang-undang domestik berkenaan dengan tiap-tiap jenis dan perihalan cukai yang dikenakan bagi
4
pihak Negara Pejanji, atau subbahagian politik atau pihak berkuasa tempatannya, setakat yang pencukaian di bawahnya tidak bertentangan dengan Perjanjian.
Pertukaran maklumat ini tidak disekat oleh Perkara 1 dan 2.
(2)
Apa-apa maklumat yang diterima di bawah perenggan 1 oleh suatu Negara
Pejanji hendaklah dikira sebagai rahsia mengikut cara yang sama sebagaimana maklumat yang didapati di bawah undang-undang domestik Negara itu dan hendaklah dizahirkan hanya kepada orang atau pihak berkuasa (termasuk mahkamah dan badan pentadbiran) yang terlibat dengan penaksiran atau pemungutan, penguatkuasaan atau pendakwaan berkenaan dengan, pemutusan rayuan berhubung dengan cukai yang disebut dalam perenggan 1, atau pengawasan tentang perkara di atas. Orang atau pihak berkuasa itu hendaklah menggunakan maklumat itu hanya bagi maksud sedemikian.
Mereka boleh mendedahkan maklumat itu dalam prosiding mahkamah awam atau dalam keputusan kehakiman.
(3)
Peruntukan dalam perenggan 1 dan 2 tidak sekali-kali dalam apa-apa jua hal boleh ditafsirkan sebagai mengenakan obligasi terhadap suatu Negara Pejanji:
(a)
untuk melaksanakan langkah pentadbiran yang bercanggah dengan undang-undang dan amalan pentadbiran Negara Pejanji itu atau Negara
Pejanji yang satu lagi;
(b)
untuk membekalkan maklumat yang tidak boleh didapati di bawah undang-undang atau mengikut penjalanan biasa pentadbiran Negara
Pejanji itu atau Negara Pejanji yang satu lagi;
(c)
untuk membekalkan maklumat yang akan menzahirkan apa-apa rahsia perdagangan, perniagaan, perindustrian, komersial atau profesional atau proses perdagangan, atau maklumat yang penzahirannya akan bertentangan dengan polisi awam (ordre public).
5
(4)
Jika maklumat diminta oleh suatu Negara Pejanji mengikut Perkara ini, Negara
Pejanji yang satu lagi hendaklah menggunakan langkah pengumpulan maklumatnya untuk mendapatkan maklumat yang diminta, walaupun Negara yang satu lagi itu tidak memerlukan maklumat itu bagi maksud pencukaiannya sendiri. Obligasi yang terkandung dalam ayat yang terdahulu adalah tertakluk kepada pengehadan dalam perenggan 3 tetapi pengehadan itu tidak sekali-kali dalam apa-apa jua hal boleh ditafsirkan sebagai membenarkan suatu Negara Pejanji untuk enggan membekalkan maklumat semata-mata kerana ia tiada kepentingan domestik mengenai maklumat itu.
(5)
Peruntukan perenggan 3 tidak sekali-kali dalam apa-apa jua hal boleh ditafsirkan sebagai membenarkan suatu Negara Pejanji untuk enggan membekalkan maklumat hanya kerana maklumat itu dipegang oleh bank, institusi kewangan lain, penama atau seseorang yang bertindak atas sifat agensi atau fidusiari atau kerana ia berkaitan dengan kepentingan pemunyaan seseorang.”.
Perkara 2
(1)
Negara-Negara Pejanji hendaklah memaklumkan satu sama lain melalui saluran diplomatik bahawa kehendak perlembagaan bagi penguatkuasaan Protokol Ketiga ini telah dipatuhi.
(2)
Protokol Ketiga hendaklah berkuat kuasa pada tarikh yang terkemudian daripada pemberitahuan yang disebut dalam perenggan 1 Perkara ini, dan peruntukannya hendaklah berkuat kuasa bagi permintaan yang dibuat pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa Protokol ini berkenaan dengan tahun cukai bermula pada atau selepas 1 Januari berikutan permulaan kuat kuasa.
6
Dibuat di Wellington dalam dua salinan pada 6 haribulan November 2012 dalam
Bahasa Inggeris.
Bagi Kerajaan Malaysia
Bagi Kerajaan New Zealand
Dibuat 25 Ogos 2015
[Perb: 0.6869/18 VOL. 3 SEM (SK. 3); PN(PU2)80A/XX]
DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di hadapan
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 132(6)
Akta
Cukai
Pendapatan 1967
dan subseksyen 65A(5)
Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967]
7
INCOME TAX ACT 1967
AND
PETROLEUM (INCOME TAX) ACT 1967
DOUBLE TAXATION RELIEF (NEW ZEALAND) (AMENDMENT) ORDER 2015
IN exercise of the powers conferred by subsection 132(1)
of the
Income
Tax
Act 1967
[Act 53]
and subsection 65A(1)
of the Petroleum (Income Tax) Act 1967 [Act 543], the Minister makes the following order:
Citation 1.
This order may be cited as the Double Taxation Relief (New Zealand)
(Amendment) Order 2015.
Amendment to the Double Taxation Relief (New Zealand) Order 1976 2.
The Double Taxation Relief (New Zealand) Order 1976 [P.U. (A) 276/1976]
is amended pursuant to the Third Protocol to the Agreement between the Government of Malaysia and the Government of New Zealand for the Avoidance of Double Taxation and the Prevention of Fiscal Evasion with respect to Taxes on Income as specified in the
Schedule.
Double taxation relief 3.
It is declared that the arrangements specified in the Schedule have been made by the Government of Malaysia with the Government of New Zealand with a view of amending the previous arrangements affording relief from double taxation in relation to
Malaysian tax and New Zealand tax (as defined in each case in the arrangements) and that it is expedient that those arrangements shall have effect.
8