Seksyen 1
(1)
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Petroleum
(Cukai Pendapatan) (Potongan bagi Perbelanjaan Praperjanjian Petroleum) 2025.
(2)
Kaedah-Kaedah ini disifatkan telah berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2024.
Tafsiran
/akn/my/act/pua/2025/119
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
KAEDAH-KAEDAH PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN PRAPERJANJIAN PETROLEUM) 2025 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 119 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.
Opening note
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Petroleum
(Cukai Pendapatan) (Potongan bagi Perbelanjaan Praperjanjian Petroleum) 2025.
Kaedah-Kaedah ini disifatkan telah berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2024.
Tafsiran
Dalam Kaedah-Kaedah ini—
“perbelanjaan praperjanjian petroleum yang layak” ertinya perbelanjaan bagi pemerolehan data dan kajian seismik yang dilakukan di suatu kawasan yang ditauliahkan dan ditentusahkan oleh PETRONAS;
“PETRONAS” ertinya Petroliam Nasional Berhad.
Perbelanjaan praperjanjian petroleum yang layak
Bagi maksud Kaedah-Kaedah ini, suatu potongan bagi perbelanjaan praperjanjian petroleum yang layak boleh dibenarkan jika—
mana-mana orang dan perjanjian petroleum itu disempurnakan pada atau selepas 1 Januari 2024; atau
P.U. (A) 119 3
mana-mana orang yang merupakan pekongsi kepada suatu perkongsian dan perjanjian petroleum itu disempurnakan pada atau selepas 1 Januari 2024; dan
perbelanjaan praperjanjian petroleum yang layak itu ditentusahkan oleh PETRONAS.
Perbelanjaan praperjanjian petroleum yang layak di bawah subkaedah (1) hendaklah dilakukan dalam tempoh tiga tahun sebaik sebelum tarikh perjanjian petroleum itu disempurnakan.
Perbelanjaan praperjanjian petroleum yang layak itu hendaklah disifatkan telah dilakukan pada tarikh perjanjian petroleum itu disempurnakan.
Potongan
Bagi maksud menentukan pendapatan larasan orang yang boleh dikenakan cukai daripada operasi petroleumnya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi perbelanjaan praperjanjian petroleum yang layak yang disebut dalam kaedah 3.
Potongan yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah dibenarkan bagi suatu tempoh sepuluh tahun taksiran bermula dari tahun taksiran yang orang yang boleh dikenakan cukai itu menjual atau melupuskan petroleum yang boleh dikenakan cukai buat kali pertama dan amaun potongan bagi setiap tahun taksiran itu hendaklah ditentukan mengikut formula yang berikut:
A
B iaitu
A ialah perbelanjaan praperjanjian petroleum yang layak; dan
B ialah sepuluh tahun taksiran.
P.U. (A) 119 4
Bagi maksud subkaedah (2), jika orang yang boleh dikenakan cukai yang melakukan perbelanjaan praperjanjian petroleum yang layak menjalankan operasi petroleumnya di bawah dua atau lebih perjanjian petroleum dan kawasan di bawah setiap perjanjian petroleum itu adalah berdampingan, tempoh sepuluh tahun taksiran hendaklah bermula dari tahun taksiran yang orang yang boleh dikenakan cukai itu menjual atau melupuskan petroleum yang boleh dikenakan cukai buat kali pertama yang berhubungan dengan kawasan di bawah perjanjian petroleum yang perbelanjaan praperjanjian petroleum yang layak itu dilakukan.
Perbelanjaan praperjanjian petroleum yang layak yang belum dituntut sepenuhnya oleh orang yang boleh dikenakan cukai di bawah perjanjian petroleum itu tidak boleh dipindahkan kepada perjanjian petroleum yang lain.
Ketidakpakaian
Kaedah-Kaedah ini tidak terpakai bagi—
orang yang boleh dikenakan cukai yang menjalankan operasi petroleum di dalam Kawasan Pembangunan Bersama dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran; atau
orang yang boleh dikenakan cukai yang menjalankan operasi petroleum di suatu kawasan di bawah mana-mana perjanjian atau perkiraan yang dibuat oleh Kerajaan dengan kerajaan mana-mana wilayah di luar
Malaysia bagi eksplorasi dan eksploitasi petroleum bersama di dalam kawasan pertindihan dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran.
P.U. (A) 119 5
Dibuat 3 April 2025
[MOF.TAX(S)700-2/3/276 JLD.3; LHDN.AY.A 600-12/1/7 (29)-344; PN(PU2)474/JLD.5]
DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN
Menteri Kewangan II
[Akan dibentangkan di
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 83(2)
Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967]
P.U. (A) 119 6
PETROLEUM (INCOME TAX) ACT 1967
PETROLEUM (INCOME TAX) (DEDUCTION FOR PRE-PETROLEUM AGREEMENT
EXPENDITURE) RULES 2025
Opening note
These rules may be cited as the Petroleum (Income Tax)
(Deduction for Pre-Petroleum Agreement Expenditure) Rules 2025.
These Rules are deemed to have effect from the year of assessment 2024.
Interpretation 2.
In these Rules—
“qualifying pre-petroleum agreement expenditure” means expenses for data acquisition and seismic studies incurred in an area which is commissioned and verified by PETRONAS;
“PETRONAS” means Petroliam Nasional Berhad.
Qualifying pre-petroleum agreement expenditure 3.
For the purposes of these Rules, a deduction for a qualifying pre-petroleum agreement expenditure shall be allowed if—
any person and the petroleum agreement is executed on or after 1 January 2024; or
P.U. (A) 119 7
any person who is a partner to a partnership and the petroleum agreement is executed on or after 1 January 2024; and
The qualifying pre-petroleum agreement expenditure under subrule (1)
shall be incurred within a period of three years immediately preceding the date of execution of the petroleum agreement.
The qualifying pre-petroleum agreement expenditure shall be deemed to be incurred on the date of execution of the petroleum agreement.
Deduction 4.
For the purpose of ascertaining the adjusted income of a chargeable person from its petroleum operations in the basis period for a year of assessment, a deduction shall be allowed for the qualifying pre-petroleum agreement expenditure referred to in rule 3.
The deduction referred to in subrule (1) shall be allowed for a period of ten years of assessment commencing from the year of assessment in which the chargeable person sells or disposes of the chargeable petroleum for the first time and the amount of deduction for each year of assessment shall be determined in accordance with the following formula:
A
B where
A is the qualifying pre-petroleum agreement expenditure; and
B is ten years of assessment.
P.U. (A) 119 8
For the purposes of subrule (2), where the chargeable person who incurs a qualifying pre-petroleum agreement expenditure carries on its petroleum operations under two or more petroleum agreements and the area under each petroleum agreement is contiguous, the period of ten years of assessment shall commence from the year of assessment in which the chargeable person sells or disposes of the chargeable petroleum for the first time relating to the area under the petroleum agreement in which the qualifying pre-petroleum agreement expenditure is incurred.
The qualifying pre-petroleum agreement expenditure which is not fully claimed by the chargeable person under the petroleum agreement is not transferrable to another petroleum agreement.
Non-application 5.
These Rules shall not apply to—
a chargeable person who carries on petroleum operations in the
Joint Development Area in the basis period for a year of assessment; or
a chargeable person who carries on petroleum operations in an area under any agreement or arrangement made by the Government with the government of any territory outside Malaysia for the joint exploration and exploitation of petroleum in overlapping areas in the basis period for a year of assessment.
P.U. (A) 119 9
Made 3 April 2025
[MOF.TAX(S)700-2/3/276 JLD.3; LHDN.AY.A 600-12/1/7 (29)-344; PN(PU2)474/JLD.5]
DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN
Minister of Finance II
[To be laid before the Dewan Rakyat pursuant to subsection 83(2) of the
Petroleum (Income Tax) Act 1967]