Malaysia legislation

Section 1

of FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34

Seksyen 1

Ajaran Ilmu Tajalli yang dibawa oleh Haji Ahmad Laksamana bin Omar adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang berlandaskan pegangan

Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ciri-ciri penyelewengannya termasuklah—

(a)

mendakwa bahawa diri manusia adalah terdiri daripada

Allah

+

Muhammad.

Penyataan dalam petikan buku bertajuk

‘Hakikat Insan’ pada muka surat 9 dan 90 seperti yang berikut:

“...suatu kejadian yang bernama insan yang bertubuhkan diri batin yang bernama Allah. Dan diri yang bernama الله itulah diri batin kepada diri manusia (rohani)...” dan “Adapun hakikat ketuhanan itu adalah diri batin kita (Rohani) dan hakikat kerasulan itu adalah diri zahir kita (Jasmani).”;

(b)

mendakwa bahawa jalan menjadi wali ialah dengan mengenal diri dan menjalankan latihan dan amalan di bawah bimbingan guru Mursyid.

Peringkat-peringkat perjalanan menjadi wali dinyatakan dalam buku tersebut pada muka surat 51 hingga 60. Peringkat-peringkat perjalanan menjadi wali seperti yang berikut:

i.

memperoleh “nur” melalui mimpi, “tajalli” daripada tuhan dan mata “basir” yang dapat melihat dan menembusi tujuh petala langit dan tujuh petala bumi;

ii.

menerima ilmu hakiki dan makrifat daripada guru-guru ghaib melalui cara penyampaian ilmu laduni;

iii.

penyatuan jiwa dengan Allah sehingga mengeluarkan penyataan

“Akulah Tuhan sebenar”; dan iv.

menerima lawatan oleh tetamu agong yang terdiri daripada rasul-rasul, nabi-nabi dan wali-wali secara hidup dan bukan mimpi;

(c)

mentafsirkan kalimah syahadah mengikut bilangan huruf Arab.

Kalimah syahadah (ال اله اال هللا محمد رسول هللا) dipecah dan diregu kepada kalimah-kalimah istilah dan huraian rangka secara seleweng.

Penyataan dalam petikan buku bertajuk

‘Hakikat

Insan’

pada muka surat 105 dan 106 seperti yang berikut: “…kalimah tauhid

(ال اله اال هللا محمد رسول هللا) ini juga mengandungi 24 huruf semuanya bagi

P.U. (B) 13 4

menandakan kehidupan manusia adalah 24 jam dalam sehari semalam.”.

Selain itu, kalimah (محمد) dikatakan itulah diri zahir manusia ditafsirkan

(م) – kepala, (ح) – dada, (م) – pusat, (د) – kaki pada muka surat 116;

(d)

mentafsirkan ayat al-Quran )(إنّا هلل وإنّا إليه راجعون secara menyeleweng, sebagai contoh pada muka surat 135 carta alir yang bermula daripada tuhan kepada manusia yang mempunyai tujuh martabat mulai ahadah hingga alam insan, kemudian daripada manusia kepada tuhan mempunyai tujuh martabat mulai nafsu amarah hingga nafsu kamaliah; dan

(e)

menekankan zikir yang menepati meditasi dalam mistisisme. Zikir “ah”

iaitu zikir makrifat Allah kerana diambil dari lafaz Allah yang tajalli dari ahadiah, wehdah, wahidyah, alam arwah, alam misal, alam ajsam dan alam insan. Alam insan

(benih lelaki) dan alam ajsam

(benih perempuan) kedua-duanya datang dari Allah sebab itu diambil (ا)

dan (ه) simbol kemaluan lelaki dan perempuan dinyatakan dalam gambar rajah pada muka surat 321.

Section 1 — FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 | mylaw.my