/akn/my/act/pub/2024/415

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
P.U. (B)
Status
In force
Enacted
2024
Sections
4

Quick answer

About this p.u. (b)

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 415 2024, currently marked in force and first recorded in 2024.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. MENURUT subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual. ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993 FATWA UNDER SECTION 34

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. PURSUANT to subsection 34(1) of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee pursuant to subsection 37(5) of the Act, makes the fatwa as set out in the Schedule. JADUAL/SCHEDULE FATWA BERKENAAN DENGAN PENYELEWENGAN AJARAN DAN FAHAMAN ASMAUL HUSNA YANG DIBAWA OLEH DR. WAN MASERI BINTI WAN MOHD Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan Kali Ke-144 yang bersidang pada 11 Mac 2024 telah membincangkan perkara berkenaan dengan ajaran dan fahaman Asmaul Husna yang dibawa oleh Dr. Wan Maseri binti Wan Mohd. Fatwanya adalah seperti berikut:

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

Ajaran Asmaul Husna yang dibawa oleh Dr. Wan Maseri binti Wan Mohd ialah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang berlandaskan pegangan

Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ciri-ciri penyelewengannya termasuklah─

(a)

mendakwa bahawa orang Islam dalam kekafiran selepas Nabi Muhammad

SAW wafat;

Suggest a correction

(b)

mendakwa bahawa individu yang mempunyai latar belakang pengajian

Islam tidak boleh dijadikan rujukan dalam masyarakat seperti ulama, ustaz dan pelajar tahfiz kerana masih dalam kesyirikan;

Suggest a correction

(c)

mendakwa bahawa orang Islam yang lain ialah syirik sama seperti orang

Kristian, Yahudi, Buddha dan Hindu;

Suggest a correction

(d)

mendakwa bahawa lafaz dua kalimah syahadah bukanlah syarat sah keislaman dan hanya diterima selepas menghayati Asmaul Husna;

Suggest a correction

(e)

mendakwa bahawa Allah SWT berbicara melalui dirinya;

Suggest a correction

(f)

mendakwa bahawa Allah SWT melarang untuk berusaha, sebaliknya hanya menyerahkan kepada-Nya semata-mata dan perbuatan meminta ketika berdoa adalah menolak kesempurnaan Allah SWT;

Suggest a correction

(g)

mendakwa bahawa Nabi Muhammad SAW bukanlah sebagai utusan atau pesuruh Allah SWT;

Suggest a correction

(h)

mendakwa bahawa Nabi Muhammad SAW dan para anbia merupakan penzahiran daripada sifat Allah SWT;

Suggest a correction

(i)

mendakwa bahawa manusia berhubung dengan Allah SWT melalui

Nur Muhammad;

Suggest a correction

(j)

mendakwa bahawa mencintai dan memuliakan Nabi Muhammad SAW sebagai syirik;

Suggest a correction

(k)

mendakwa bahawa tidak boleh berselawat kepada Nabi Muhammad SAW dan tiada syafaat Nabi Muhammad SAW;

P.U. (B) 415 4

Suggest a correction

(l)

mendakwa bahawa Dajal, Yakjuj Makjuj dan Imam Mahdi tidak akan muncul pada akhir zaman; dan

Suggest a correction

(m)

mendakwa Allah SWT melarang untuk berdoa di Raudhah dan Baitullah.

Suggest a correction

Seksyen 2

P.U. (B) 415 3

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang dilarang berpegang pada, mempercayai, menyebarkan atau mengamalkan ajaran dan fahaman yang di bawa oleh Dr. Wan Maseri binti Wan Mohd sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1. Mana-mana orang yang melakukan perkara sedemikian hendaklah bertaubat.

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

Tiada seorang pun boleh memiliki, menyebarkan, mengedarkan, memuat naik, memuat turun, menggantung atau menerbitkan apa-apa poster, buku, majalah, risalah atau apa-apa bacaan lain sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dalam apa-apa bentuk keluaran atau ulangannya, termasuklah filem, audio visual, rakaman laman sesawang, media cetak atau media elektronik yang mengandungi ciri-ciri ajaran sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1.

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

Tiada seorang pun boleh bersubahat dalam melakukan mana-mana perkara yang dilarang dalam perenggan 2 dan 3.

Bertarikh 24 September 2024

Dated 24 September 2024

[PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/JLD.17]

PROF. MADYA DATUK DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH

Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/

Mufti for the Federal Territories

Common questions

What is FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34?
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 415 2024, currently marked in force and first recorded in 2024.
Is FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 still in force?
Yes — FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 is currently in force.
When did FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 take effect?
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 was first recorded in 2024.
How many sections does FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 have?
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 contains 4 sections.
Where can I read the official version of FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34?
The official text of FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 is published at lom.agc.gov.my.
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 (2024, No. 415) | mylaw.my