/akn/my/act/pub/2025/319

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
P.U. (B)
Status
In force
Enacted
2025
Sections
3

Quick answer

About this p.u. (b)

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 319 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. MENURUT subseksyen 34(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Mufti, setelah berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 37(5) Akta, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual. ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW (FEDERAL TERRITORIES) ACT 1993 FATWA UNDER SECTION 34

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. PURSUANT to subsection 34(1) of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 505], the Mufti, after having discussed with the Islamic Legal Consultative Committee pursuant to subsection 37(5) of the Act, makes the fatwa as set out in the Schedule. JADUAL/SCHEDULE FATWA BERKENAAN DENGAN FAHAMAN, AJARAN, PEGANGAN ATAU AMALAN YANG DIBAWA OLEH PEMIMPIN, PENGIKUT ATAU PEKERJA GISB HOLDINGS SDN. BHD. Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-147 yang bersidang pada 15 November 2024 telah membincangkan perkara berkenaan dengan fahaman, ajaran, pegangan atau amalan yang dibawa oleh pemimpin, pengikut atau pekerja GISB Holdings Sdn. Bhd.. Fatwanya adalah seperti yang berikut:

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

Fahaman, ajaran, pegangan atau amalan yang dibawa oleh pemimpin, pengikut atau pekerja GISB Holdings Sdn. Bhd. dan rangkaian syarikat gabungannya adalah sesat

P.U. (B) 319 3

dan menyeleweng daripada ajaran

Islam yang berlandaskan pegangan

(a)

mengamalkan

Aurad Muhammadiah atau zikir agung pimpinan

Haji Ashaari bin Muhammad yang telah difatwakan mengandungi ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan akidah dan syariah Islamiah serta mengelirukan masyarakat Islam sebagaimana dalam pemberitahuan

Fatwa di bawah Seksyen 41 [P.U. (B) 640/1988] yang disiarkan dalam

Warta pada 1 Disember 1988 dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebagaimana dalam pemberitahuan Fatwa di bawah Seksyen 34

[P.U. (B) 212/2007] yang disiarkan dalam Warta pada 31 Mei 2007;

Suggest a correction

(b)

mendakwa bahawa Syeikh Muhammad al-Suhaimi sebagai Imam Mahdi;

Suggest a correction

(c)

mendakwa bahawa Haji Ashaari bin Muhammad akan muncul bersama

Syeikh Muhammad al-Suhaimi sebagai pembantunya di akhir zaman;

Suggest a correction

(d)

mendakwa bahawa Haji Ashaari bin Muhammad boleh memberi syafaat kepada pengikutnya;

Suggest a correction

(e)

mendakwa bahawa air basuhan anggota badan pemimpin dan air rendaman seperti rambut dan janggut pemimpin mempunyai berkat; dan

Suggest a correction

(f)

mengeksploitasi ekonomi ma'ash (saraan atau keperluan hidup) dengan menerapkan unsur perhambaan golongan bawahan, kanak-kanak dan wanita.

Suggest a correction

Seksyen 2

Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ciri-ciri penyelewengannya termasuklah—

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang dilarang berpegang pada, mempercayai, menyebarkan atau mengamalkan fahaman, ajaran, pegangan atau amalan yang dibawa oleh pemimpin, pengikut atau pekerja GISB Holdings Sdn. Bhd. sebagaimana yang dinyatakan dalam butiran 1. Mana-mana orang yang melakukan perkara sedemikan hendaklah bertaubat.

P.U. (B) 319 4 3.

Tiada seorang pun boleh memiliki, menyebarkan, mengedarkan, memuat naik, memuat turun, menggantungkan atau menerbitkan apa-apa poster, buku, majalah, risalah atau apa-apa bacaan lain sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dalam apa-apa bentuk keluaran atau ulangannya, termasuklah filem, audio visual, rakaman laman sesawang, media cetak atau media elektronik yang mengandungi ciri-ciri ajaran sebagaimana yang dinyatakan dalam butiran 1.

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

Tiada seorang pun boleh bersubahat dalam melakukan mana-mana perkara yang dilarang dalam butiran 2 dan 3.

Bertarikh 16 Julai 2025

Dated 16 July 2025

[PMWP/100/20 Klt. 6; PN(PU2)530/JLD.18]

AHMAD FAUWAZ BIN ALI @ FADZIL

Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/

Mufti for the Federal Territories

Common questions

What is FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34?
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 319 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.
Is FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 still in force?
Yes — FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 is currently in force.
When did FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 take effect?
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 was first recorded in 2025.
How many sections does FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 have?
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 contains 3 sections.
Where can I read the official version of FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34?
The official text of FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 is published at lom.agc.gov.my.
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 34 (2025, No. 319) | mylaw.my