Malaysia legislation
Section 12
of AKTA PENDAFTARAN PENJENAYAH DAN ORANG YANG TIDAK DIINGINI 1969
Seksyen 12
(a)
disabitkan atas suatu kesalahan boleh daftar yang dinyatakan dalam Jadual Kedua;
(b)
apabila disabitkan telah dikenakan hukuman denda yang tidak melebihi seratus ringgit;
(c)
apabila disabitkan tidak dikenakan hukuman pemenjaraan selama sesuatu tempoh yang bukan hukuman pemenjaraan kerana tidak membayar denda; dan
(d)
sebelum ini tidak didaftarkan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis Semenanjung
Malaysia, Sabah atau Sarawak yang memperkatakan 7B.FM Page 14 Monday, March 27, 2006 12:23 PM
Pendaftaran Penjenayah dan Orang
Yang Tidak Diingini 15
pendaftaran penjenayah sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, dikecualikan daripada peruntukan Akta ini.
(2)
Pendaftar hendaklah, apabila arahan diberikan, menyimpan butir-butir boleh daftar mengenai orang yang telah disabitkan itu selama satu tahun mulai dari tarikh sabitan itu dan hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (3), memusnahkannya dengan serta-merta.
(3)
Ketua Polis Negara boleh, menurut subseksyen (1), membatalkan arahan tersebut sebelum habis tempoh itu dan berikutan dengannya Pendaftar hendaklah merekodkan butir-butir boleh daftar mengenai orang yang disabitkan itu menurut seksyen 7 dan memaklumkan orang itu tentang pembatalan tersebut.
(4)
Seksyen ini tidak dipakai kepada subseksyen 9(3).
(5)
Sesiapa jua yang terkilan dengan pembatalan itu boleh merayu kepada Menteri dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh dimaklumkan tentang pembatalan itu.
Menteri boleh memerintahkan penghapusan butir-butir mengenai orang dibuang negeri, dsb.