Malaysia legislation
Section 11
of AKTA PENDAFTARAN PENJENAYAH DAN ORANG YANG TIDAK DIINGINI 1969
Seksyen 11
(2)
Bagi maksud seksyen ini “pegawai yang berkuasa” ertinya seseorang atau pihak berkuasa yang dibenarkan oleh kerajaan negara itu atau kerajaan mana-mana bahagian sesuatu negara untuk menyimpan dan menyenggarakan cap jari dan butir-butir lain yang disifatkan sebagai butir-butir boleh daftar menurut seksyen 4.
(3)
Apa-apa perakuan yang dikeluarkan oleh pegawai yang berkuasa hendaklah, melainkan jika akasnya dibuktikan, menjadi keterangan mengenai semua perkara yang diperihalkan dalamnya termasuk tandatangan dan kuasa pegawai yang berkuasa itu.
Ketua Polis Negara boleh mengecualikan perkara yang tertentu daripada peruntukan Akta ini