Malaysia legislation
Section 5
of AKTA PENDAFTARAN PENJENAYAH DAN ORANG YANG TIDAK DIINGINI 1969
Seksyen 5
Pegawai merekod yang menjaga sesuatu kes hendaklah mengambil atau menyebabkan supaya diambil dan direkodkan cap jari, gambar foto dan butir-butir boleh daftar yang lain dalam borang cap jari mengenai mana-mana orang (selain butir-butir mengenai apa-apa sabitan, hukuman atau perintah lain mahkamah berkenaan dengan sesuatu kesalahan boleh daftar manakala tamatnya kes itu)—
(a)
apabila seseorang itu ditangkap kerana sesuatu kesalahan boleh daftar; atau
(b)
(i)
apabila seseorang itu disabitkan atas suatu kesalahan boleh daftar melainkan jika butir-butir boleh daftarnya itu telahpun diambil di bawah perenggan (a); dan
(ii)
apabila seseorang itu, selain disabitkan atas suatu kesalahan boleh daftar, dihukum dengan pemenjaraan selama sesuatu tempoh;
(c)
apabila seseorang itu tidak ditangkap tetapi disaman supaya hadir dalam mahkamah atas pertuduhan mengenai suatu kesalahan boleh daftar dan apabila dia kemudiannya disabitkan, atau didapati bersalah tanpa direkodkan sabitan itu di bawah mana-mana perintah mahkamah dengan menghendaki tertuduh mengikat jamin supaya berkelakuan baik, dengan meletakkan tertuduh di bawah percubaan atau meletakkan tertuduh di bawah mana-mana perintah seumpama itu yang lain yang dibuat oleh Mahkamah yang mendapati tertuduh itu melakukan suatu 7B.FM Page 9 Monday, March 27, 2006 12:23 PM
10
Undang-Undang Malaysia kesalahan boleh daftar (tetapi mengecualikannya daripada suatu perintah sabitan) kecuali jika seseorang itu cuma ditegur atau diberi amaran atau dilepaskan; atau
(d)
apabila seseorang orang dibuang negeri, dinyah negeri, diusir atau orang terhad dibuang negeri, dinyahkan atau diusir atau diletakkan di bawah suatu perintah kediaman terhad mengikut kehendak keadaan, dan hendaklah mengemukakan borang cap jari itu kepada Pendaftar dan Pendaftar itu hendaklah (tertakluk kepada Akta ini)
menyimpan borang itu.
Fungsi pegawai pengesahan