Malaysia legislation

Section 3

of AKTA PENDAFTARAN PENJENAYAH DAN ORANG YANG TIDAK DIINGINI 1969

Seksyen 3

Yang di-Pertuan Agong boleh melantik melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta bagi maksud Akta ini—

(a)

seorang Pendaftar Penjenayah bagi Persekutuan;

(b)

Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Penjenayah bagi Persekutuan atau bagi mana-mana bahagian

Persekutuan; dan

(c)

mana-mana pegawai lain bagi Persekutuan atau bagi mana-mana bahagian Persekutuan untuk menjalankan mana-mana atau semua fungsi Pendaftar.

Menteri boleh menyifatkan atau mengisytiharkan butir-butir lain sebagai butir-butir boleh daftar 4.

(1)

Menteri boleh dari semasa ke semasa dengan perintah yang disiarkan dalam Warta—

(a)

menyifatkan bagi maksud Akta ini butir-butir (yang dikemukakan kepada Pendaftar) mengenai orang yang disabitkan atas apa-apa kesalahan (sama ada suatu kesalahan boleh daftar di bawah Akta ini atau selainnya) di dalam mana-mana negara atau butir-butir mengenai orang yang dibuang negeri, dinyahkan atau diusir dari mana-mana negara atau dari mana-mana bahagian sesuatu negara di luar Persekutuan sebagai butir-butir boleh daftar; atau 7B.FM Page 8 Monday, March 27, 2006 12:23 PM

Pendaftaran Penjenayah dan Orang

Yang Tidak Diingini 9

(b)

mengisytiharkan bagi maksud Akta ini mana-mana butir (selain butir-butir boleh daftar yang diperihalkan dalam perenggan (a) hingga (d) dalam takrif “butir-butir boleh daftar”) sebagai butir-butir boleh daftar.

(2)

Perintah yang dibuat di bawah perenggan (1)(a) mungkin secara am berkenaan dengan apa-apa butir atau kesalahan atau mungkin secara khas berkenaan dengan mana-mana negara atau mana-mana bahagian sesuatu negara atau berkenaan dengan orang perseorangan, suatu golongan orang perseorangan yang tertentu atau berkenaan dengan apa-apa kesalahan.

Fungsi pegawai merekod

Section 3 — REGISTRATION OF CRIMINALS AND UNDESIRABLE PERSONS ACT 1969