Malaysia legislation

Section 7B

of AKTA PENDAFTARAN PENJENAYAH DAN ORANG YANG TIDAK DIINGINI 1969

Seksyen 7B

FM Page 5 Monday, March 27, 2006 12:23 PM

6

(c)

pegawai polis yang bertanggungjawab bagi menyampaikan perintah pengenyahan kepada orang dinyah dan bagi mengesahkan pengenyahan itu;

(d)

pegawai imigresen atau pegawai polis yang bertanggungjawab bagi langkah akhir pengusiran orang diusir dari Persekutuan atau dari mana-mana Negeri dalam Persekutuan dan bagi mengesahkan pengusiran itu; atau

(e)

berhubung dengan seseorang yang telah dijatuhi hukuman pemenjaraan bagi sesuatu tempoh kerana suatu kesalahan boleh daftar, mana-mana pegawai penjara (mengikut pengertian mana-mana undang-undang bertulis dalam Persekutuan berhubung dengan penjara) yang bertanggungjawab bagi mengesahkan pemenjaraan itu;

“mengesahkan” ertinya melaksana fungsi seorang pegawai pengesahan sebagaimana yang ditetapkan oleh Akta ini;

“orang dibuang negeri” ertinya sesiapa jua yang diperintahkan supaya dibuang negeri dari Persekutuan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dalam Persekutuan yang berhubungan dengan pembuangan negeri;

“orang diusir” ertinya sesiapa jua yang diperintahkan supaya diusirkan dari Persekutuan atau dari mana-mana Negeri dalam

Persekutuan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dalam

Persekutuan yang berhubungan dengan imigresen;

“orang dinyah negeri” ertinya sesiapa jua yang diperintahkan supaya dinyahkan dari Persekutuan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dalam Persekutuan yang berhubungan dengan pembuangan negeri;

“cap jari” termasuklah cap ibu jari tangan, cap tangan dan cap ibu jari kaki;

“borang cap jari” ertinya apa jua borang yang ditetapkan oleh

Ketua Polis Negara menurut seksyen 15 bagi maksud merekodkan atau mengesahkan cap jari dan butir-butir boleh daftar yang lain;

“pegawai merekod” ertinya—

(a)

seorang pegawai polis;

(b)

seorang pegawai kastam atau eksais yang hak

(mengikut pengertian mana-mana undang-undang 7B.FM Page 6 Monday, March 27, 2006 12:23 PM

Pendaftaran Penjenayah dan Orang

Yang Tidak Diingini 7

bertulis dalam Persekutuan yang berhubungan dengan kastam dan eksais) yang fungsinya adalah untuk mencegah atau mendakwa apa-apa kesalahan boleh daftar di bawah undang-undang itu;

(c)

seorang pegawai penjara (mengikut pengertian mana-mana undang-undang bertulis dalam Persekutuan yang berhubungan dengan penjara) selain seorang pegawai penjara yang juga seorang pegawai pengesahan;

atau

(d)

seorang pegawai imigresen yang fungsinya adalah untuk mencegah atau mendakwa apa-apa kesalahan boleh daftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis dalam Persekutuan yang berhubungan dengan imigresen;

“daftar” ertinya daftar yang disimpan dan disenggarakan di bawah seksyen 7;

“Pendaftar” ertinya—

(a)

Pendaftar Penjenayah; dan

(b)

mana-mana orang atau pegawai lain yang dilantik di bawah seksyen 3;

“kesalahan boleh daftar” ertinya apa-apa kesalahan yang boleh didaftarkan di bawah Akta ini sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan Kedua;

“butir-butir boleh daftar” ertinya—

(a)

butir-butir mengenai apa-apa sabitan atau hukuman berkenaan dengan sesuatu kesalahan boleh daftar;

(b)

butir-butir mengenai apa-apa perintah yang berhubungan dengan orang dibuang negeri, orang dinyah negeri, orang diusir atau orang terhad;

(c)

nama, perihalan, gambar foto dan cap jari atau pengelasan cap jari bagi mana-mana orang yang disabitkan atas sesuatu kesalahan boleh daftar, atau bagi mana-mana orang dibuang negeri, orang dinyah negeri, orang diusir atau orang terhad;

(d)

butir-butir yang disifatkan oleh Menteri sebagai butir-butir boleh daftar di bawah perenggan 4(1)(a);

Section 7B — REGISTRATION OF CRIMINALS AND UNDESIRABLE PERSONS ACT 1969