Malaysia legislation
Section 8
of AKTA PENDAFTARAN PENJENAYAH DAN ORANG YANG TIDAK DIINGINI 1969
Seksyen 8
(1)
Tiap-tiap orang yang butir-butir boleh daftar mengenainya diambil menurut seksyen 5 dan 6 hendaklah menandatangani borang cap jari atau jika orang itu tidak boleh menandatangani dia hendaklah menurunkan cap ibu jarinya dalam borang itu, dan borang itu hendaklah ditandatangani balas oleh pegawai merekod atau pegawai pengesahan mengikut kehendak keadaan itu.
(2)
Tiap-tiap orang yang enggan supaya apa-apa butir boleh daftar mengenainya diambil atau enggan menandatangani borang cap jari atau menurunkan cap ibu jarinya dalam borang itu apabila 7B.FM Page 11 Monday, March 27, 2006 12:23 PM
12
Undang-Undang Malaysia dikehendaki supaya berbuat demikian dengan sahnya oleh seorang pegawai merekod atau pegawai pengesahan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh yang tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
(3)
Seorang pegawai merekod atau pegawai pengesahan boleh menurut seksyen 5 dan 6 menggunakan kekerasan yang perlu atau munasabah.
Pemulangan borang cap jari atas pembebasan, dsb.