Malaysia legislation
Section 9
of AKTA PENDAFTARAN PENJENAYAH DAN ORANG YANG TIDAK DIINGINI 1969
Seksyen 9
(1)
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam subseksyen (2) dan (3), Pendaftar atau pegawai polis, mengikut kehendak keadaan itu hendaklah—
(a)
jika seseorang dibebaskan dan dilepaskan daripada suatu kesalahan boleh daftar, dengan serta-merta menyerahkan borang cap jari, gambar fotonya dan negatif gambar foto itu kepada orang itu atas permohonannya; atau
(b)
jika seseorang itu didapati melakukan suatu kesalahan boleh daftar, tanpa direkodkan sabitannya, menyerahkan borang cap jari, gambar fotonya dan negatif gambar foto itu kepada orang itu atas permohonannya, apabila habis tempoh percubaan atau tempoh ikat jamin supaya berkelakuan baik atau apa-apa tempoh lain di bawah mana-mana perintah seumpama itu yang lain yang dibuat oleh mahkamah yang mendapati tertuduh itu melakukan suatu kesalahan boleh daftar (tetapi mengecualikannya daripada suatu perintah sabitan)
melainkan jika tertuduh itu sekali lagi didapati melakukan suatu kesalahan boleh daftar dalam tempoh itu.
(2)
Jika tiada apa-apa permohonan di bawah subseksyen (1)
dibuat dalam tempoh tiga bulan dari tarikh pembebasan dan pelepasan atau habisnya tempoh yang disebut dalam subseksyen (1) Pendaftar hendaklah memusnahkan borang cap jari, gambar foto dan negatif gambar foto itu.
(3)
Jika di bawah perenggan (1)(b) orang itu sekali lagi didapati melakukan suatu kesalahan boleh daftar dalam tempoh yang disebut dalam perenggan itu, maka Pendaftar hendaklah 7B.FM Page 12 Monday, March 27, 2006 12:23 PM
Pendaftaran Penjenayah dan Orang
Yang Tidak Diingini 13
bagi maksud Akta ini menyimpan borang cap jari itu dan merekodkan butir-butir boleh daftar mengenai orang itu
(termasuklah butir-butir kedua-dua kesalahan itu) dalam daftar seolah-olah dia telah disabitkan bagi kedua-dua kesalahan itu walaupun Mahkamah mengecualikan perintah sabitan berkenaan dengan kesalahan yang kemudiannya itu.
(4)
Tertakluk kepada seksyen 13, subseksyen (1) dan (2)
tidaklah dipakai kepada mana-mana orang dibuang negeri, orang dinyah atau orang diusir.
Bukti mengenai cap jari dan sabitan yang dahulu