Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(c)
seorang anggota yang dicalonkan oleh Lembaga Arkitek daripada kalangan anggota Lembaga itu yang ditubuhkan di bawah Akta Arkitek 1967; dan
(d)
seorang anggota yang dicalonkan oleh Lembaga/Juru Ukur daripada kalangan anggota Lembaga itu yang ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Juru Ukur 1967.
(2A)
Walau apa pun peruntukan subseksyen (2), Lembaga pertama hendaklah terdiri daripada anggota-anggota berikut yang dilantik oleh Menteri:
(a)
seorang Yang Dipertua yang mana hendaklah seorang yang layak untuk didaftarkan sebagai Jurutera Profesional berdaftar;
(b)
tidak lebih daripada empat belas orang anggota yang mana hendaklah orang-orang yang layak untuk didaftarkan sebagai Jurutera Profesional berdaftar, tujuh daripada mereka hendaklah daripada senarai penamaan yang dikemukakan oleh Majlis Institusi Jurutera (Malaysia);
(c)
seorang anggota yang mana hendaklah layak untuk dilantik ke Lembaga Arkitek; dan
(d)
seorang anggota yang mana hendaklah layak untuk dilantik ke Lembaga/Juru-Ukur.
(3)
Anggota-anggota Lembaga yang disebut dalam subseksyen (2) $ ( b ) $ hendaklah terdiri daripada yang berikut:
(a)
tidak lebih daripada lima orang Jurutera yang berada di dalam perkhidmatan awam Persekutuan;
(b)
tidak lebih daripada dua orang Jurutera yang berada di dalam perkhidmatan mana-mana pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun;
(c)
tidak lebih daripada lima orang Jurutera yang menjalankan amalan sendiri; dan
(d)
tidak lebih daripada dua orang Jurutera yang bekerja penuh masa dengan mana-mana orang atau kumpulan orang yang bukan dalam perkhidmatan awam Persekutuan atau dalam perkhidmatan pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun.
(4)
Seseorang anggota Lembaga, termasuk Yang Dipertua, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau perlantikannya terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah memegang jawatan bagi tempoh tidak lebih daripada tiga tahun dan tertakluk kepada subseksyen (5) adalah layak dilantik semula.
(5)
Seseorang anggota Lembaga, termasuk Yang Dipertua, tidak boleh dilantik bagi suatu tempoh berturut-turut lebih daripada lima tahun.
(6)
Jika mana-mana anggota Lembaga mati atau meletakkan jawatannya atau perlantikannya dibatalkan, seorang anggota baru hendaklah dilantik dengan seberapa segera yang praktik untuk menggantikannya dan anggota yang dilantik itu hendaklah memegang jawatan bagi baki tempoh perlantikan orang yang digantinya itu.
(7)
Peruntukan-peruntukan Jadual hendaklah dipakai bagi Lembaga.