Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
(2)
Syarat-syarat yang tersebut dalam subseksyen
(1)
adalah yang berikut:
(a)
di setiap satu premis di mana perniagaan itu dijalankan, perniagaan mestilah dijalankan secara bona fide oleh seorang ahli farmasi berdaftar;
(b)
nama dan perakuan pendaftaran orang yang menjalankan perniagaan itu di mana-mana premis hendaklah dipamerkan dengan terang dalam premis tersebut.
(3)
Jika mana-mana wasi, pentadbir atau pemegang amanah sedemikian atau mana-mana orang dalam penggajiannya—
(a)
telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undangundang bertulis yang sedang berkuatkuasa di Malaysia berhubungan dengan bahan terapeutik, atau dadah berbahaya atau racun; atau
(b)
telah disabitkan atas apa-apa kesalahan jenayah lain, atau telah melakukan apa-apa salah laku, yang, pada pendapat Lembaga, menjadikannya, atau akan jika dia seorang ahli farmasi berdaftar menjadikannya, taklayak berada dalam daftar,
Lembaga boleh menyiasat hal itu dan boleh, melainkan jika dalam hal sesuatu perbuatan atau peninggalan oleh seseorang dalam penggajiannya, wasi, pentadbir atau pemegang amanah itu memuaskan hati Lembaga bahawa perbuatan atau peninggalan yang berkenaan bukanlah dibiarkan atau dihasutkan olehnya, mengarahkan bahawa dia hendaklah terhenti daripada mempunyai hak untuk menggunakan apa-apa gelaran atau perihalan yang mungkin telah digunakan oleh ahli farmasi yang mati itu.