Malaysia legislation

Section 16

of AKTA PENDAFTARAN AHLI FARMASI 1951

Seksyen 16

(2)

Atas permohonan dan pembayaran sedemikian, pemohon hendaklah, tertakluk kepada Akta ini, menjadi berhak kepada suatu perakuan (kemudian daripada ini disebut "perakuan tahunan") bahawa dia atau ia didaftarkan di bawah Akta ini.

(3)

Perakuan tahunan hendaklah dikeluarkan oleh Pendaftar dan hendaklah, melainkan jika dikenselkan di bawah seksyen 17, berkuatkuasa dari tarikh pengeluarannya sehingga akhir tahun itu.

(4)

Nama mana-mana ahli farmasi atau pertubuhan perbadanan berdaftar yang gagal untuk mendapatkan suatu perakuan tahunan sebelum bermulanya manamana tahun hendaklah dikeluarkan daripada daftar.

(5)

Mana-mana ahli farmasi atau pertubuhan perbadanan berdaftar yang telah gagal mendapatkan suatu perakuan tahunan sebelum bermulanya manamana tahun, tetapi yang kemudiannya membuat permohonan mengikut apa-apa cara dan membayar apa-apa fee tambahan sebagaimana yang ditetapkan, boleh diberi suatu perakuan tahunan bagi baki tahun itu, dan namanya bolehlah dicatatkan semula dalam daftar.

Section 16 — REGISTRATION OF PHARMACISTS ACT 1951 | mylaw.my