Malaysia legislation

Section 17

of AKTA PENDAFTARAN AHLI FARMASI 1951

Seksyen 17

(a)

telah mendapatkan pendaftaran melalui suatu pernyataan fraud atau tak betul; atau

(b)

telah disabitkan atas apa-apa kesalahan yang, pada pendapat Lembaga, menjadikannya tak layak berada dalam daftar atau telah disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia berhubungan dengan racun, dadah berbahaya atau bahan terapeutik; atau

(c)

telah bersalah kerana kelakuan yang memalukan atau keji dalam suatu aspek profesional; atau

(d)

telah mati; atau

(e)

telah meninggalkan dengan tetap Malaysia; atau

(f)

adalah tak sempurna akal atau oleh sebab sesuatu kelemahan lain, pada pendapat Lembaga, tak berupaya menjalankan amalan sebagai seorang ahli farmasi.

(1A)

...

(2)

Jika difikirkan patut oleh Lembaga dalam apa-apa hal untuk berbuat demikian, ia boleh, sama ada atas usulnya sendiri atau atas permohonan orang berkenaan, mengarahkan pemasukan semula ke dalam daftar apa-apa nama yang telah dikeluarkan daripada daftar.

(3)

Jika seseorang didaftarkan menurut seksyen 6 (2) (a) (i) dan pendaftarannya tertakluk kepada apaapa had dan syarat yang dikenakan oleh Menteri menurut perenggan (c) seksyen yang disebut terdahulu itu, nama ahli farmasi berdaftar sedemikian boleh juga dikeluarkan daripada daftar oleh Lembaga—

(a)

jika ahli farmasi berdaftar sedemikian melakukan suatu perlanggaran mana-mana had dan syarat yang di bawahnya dia didaftarkan; atau

(b)

jika had dan syarat yang dikenakan demikian adalah berhubungan dengan pendaftaran terhad bagi ahli farmasi berdaftar sedemikian sebagaimana yang diperihalkan dalam seksyen 6 (2) (d) dan tempoh dalam masa pendaftaran terhad itu hendak berkuatkuasa telah tamat.

(4)

Jika nama seseorang ahli farmasi berdaftar telah dikeluarkan oleh Lembaga di bawah subseksyen terdahulu, maka perakuan tahunannya hendaklah terhenti berkuatkuasa.

Section 17 — REGISTRATION OF PHARMACISTS ACT 1951 | mylaw.my