Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Kumpulan Wang Persaraan 15
(2)
Lembaga boleh mewakilkan kepada mana-mana anggota
Lembaga, anggota jawatankuasa atau pegawai, yang terdiri daripada anggota atau pegawai itu atau kedua-dua anggota dan pegawai itu, yang dilantik oleh Lembaga, mana-mana kuasanya di bawah subseksyen (1) dan anggota Lembaga, anggota jawatankuasa atau pegawai itu hendaklah menjalankan kuasa itu di bawah arahan dan kawalan Lembaga.
(3)
Pegawai dan pekhidmat
Kumpulan
Wang
Persaraan
(Diperbadankan) hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh, menerima apa-apa saraan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat perkhidmatan termasuk faedah persaraan sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Lembaga.
(4)
Lembaga boleh, melalui surat cara di bawah meterainya, melantik mana-mana orang di dalam atau di luar Malaysia untuk menjadi wakil atau ejen Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
bagi apa-apa maksud dan dengan apa-apa kuasa sebagaimana yang disifatkan patut oleh Lembaga untuk diberikan melalui surat cara itu.
Penzahiran kepentingan