PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2007/662
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN 2007 is Malaysia Act, cited as Act 662 2007, currently marked in force and first recorded in 2007.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“debentur” termasuklah stok debentur, bon, nota dan apa-apa sekuriti lain sesuatu syarikat atau perbadanan sama ada membentuk suatu gadaian atau tidak ke atas aset syarikat atau perbadanan itu;
“jawatankuasa” ertinya sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 8;
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 662
“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) yang dilantik di bawah seksyen 9;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Persaraan yang ditubuhkan di bawah seksyen 13;
“Kumpulan
Wang
Persaraan
(Diperbadankan)
ertinya
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Lembaga:
ertinya
Lembaga
Kumpulan
Wang
Persaraan
(Diperbadankan);
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“Panel Pelaburan” ertinya Panel Pelaburan yang ditubuhkan di bawah seksyen 7;
“saraan” termasuklah gaji atau upah, elaun, faedah perubatan, perumahan percuma atau diberikan subsidi dan keistimewaan lain yang boleh dinilai dalam wang;
“sekuriti” ertinya —
debentur, saham atau bon yang diterbitkan atau dicadangkan untuk diterbitkan oleh mana-mana kerajaan;
apa-apa sekuriti Islam, dan termasuklah apa-apa hak, opsyen atau kepentingan berkenaan dengannya;
Kumpulan Wang Persaraan 7
“syarikat” ertinya sesuatu syarikat yang diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 1965 [Akta 125], suatu syarikat amanah yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 [Akta 100] atau mana-mana syarikat yang diperbadankan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
“tahun kewangan” ertinya tempoh yang berakhir pada hari ketiga puluh satu Disember pada setiap tahun;
“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh mula berkuat kuasa Akta ini yang ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen 1(2).
Bahagian II
Penubuhan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama perbadanannya.
Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Kumpulan Wang
Persaraan (Diperbadankan), atas apa-apa terma yang disifatkannya patut, boleh—
memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih; dan
memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hak
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 662
milik, atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan dalamnya yang terletak hak pada
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan).
Fungsi dan kuasa Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) hendaklah mempunyai kuasa untuk melaksanakan mana-mana atau kesemua fungsinya, secara keseluruhan atau sebahagiannya, di dalam atau di luar Malaysia.
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dengan kelulusan
Menteri, boleh —
membuat apa-apa usaha sama, pengusahaan atau apa-apa bentuk kerjasama atau perkiraan lain bagi perkongsian untung atau menjalankan aktivitinya yang bersekutu dengan, atau selainnya, mana-mana pihak berkuasa awam atau badan kerajaan yang menjalankan atau terlibat dalam apa-apa aktiviti itu;
melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta, menubuhkan suatu perbadanan dengan apa-apa nama yang difikirkan patut oleh Kumpulan Wang Persaraan
(Diperbadankan), untuk menjalankan dan menguruskan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang telah dirancang atau diusahakan oleh Kumpulan Wang
Persaraan
(Diperbadankan)
bagi membantu melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini, dan perbadanan itu boleh berbuat demikian sama ada dengan
Kumpulan Wang Persaraan 9
sendiri atau dengan membuat perkongsian atau apa-apa perkiraan bagi perkongsian untung, kerjasama, usaha sama atau selainnya; dan
memperbadankan atau mengambil alih suatu syarikat atau perbadanan lain yang diperbadankan di bawah undang-undang yang berbidang kuasa asing, untuk menjalankan atau terlibat dalam mana-mana aktiviti yang diluluskan atau diusahakan oleh Kumpulan Wang
Persaraan (Diperbadankan).
Peruntukan Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi suatu perbadanan yang ditubuhkan di bawah perenggan (3)(b).
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) boleh bertindak sebagai ejen Kerajaan
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) boleh dibayar oleh Kerajaan Malaysia bagi perkhidmatan yang diberikan olehnya sebagai ejen Kerajaan Malaysia di bawah subseksyen (1).
Meterai perbadanan
Meterai perbadanan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
hendaklah mempunyai suatu tanda yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai perbadanan itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 662
Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan
Ketua Pegawai Eksekutif dan hendaklah disahkan sama ada oleh
Ketua Pegawai Eksekutif atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa sewajarnya oleh Lembaga secara bertulis.
Segala surat ikatan, dokumen, dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan disahkan mengikut subseksyen (2) hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.
Apa-apa surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan, boleh mengikut cara yang sama disempurnakan oleh seorang anggota Kumpulan
Wang Persaraan (Diperbadankan) atau mana-mana pegawai atau pekhidmat Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) yang diberi kuasa bagi pihaknya.
Meterai perbadanan
Kumpulan
Wang
Persaraan
(Diperbadankan)
hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Lembaga
Walau apa pun subseksyen (1), semua perkara mengenai pelaburan
Kumpulan
Wang hendaklah, tertakluk kepada subseksyen 7(4), diuruskan oleh Panel Pelaburan.
Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melaksanakan kewajipannya sebagaimana yang diberikan atau dikenakan oleh Akta ini dan melakukan segala tindakan yang boleh dijalankan atau dilakukan oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan).
Kumpulan Wang Persaraan 11
Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:
tiga orang lain daripada sektor swasta yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam perniagaan, pelaburan, perbankan atau kewangan; dan
seorang yang, pada pendapat Menteri, hendaklah secara adil mewakili pencarum kepada Kumpulan Wang itu selain wakil Kerajaan Malaysia.
Lembaga boleh —
melantik wakil atau ejen dan penasihat teknikal termasuk aktuari, peguam bela dan peguam cara, jurubank, pengurus dana, broker saham, juruukur, penilai atau mana-mana pakar atau profesional lain untuk menjalankan apa-apa urusan atau untuk melakukan apa-apa tindakan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan pada melaksanakan fungsinya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan lebih baik; dan
membayar daripada Kumpulan Wang segala caj dan perbelanjaan yang dilakukan.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 662
Atas permintaan Panel Pelaburan, Lembaga boleh melantik dan membayar mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (5), di dalam atau di luar Malaysia, sebagaimana yang dikehendaki oleh
Panel Pelaburan bagi maksud menjalankan kewajipan dan fungsinya di bawah Akta ini.
Menteri boleh mengeluarkan garis panduan am yang selaras dengan peruntukan Akta ini berkenaan dengan penjalanan fungsi
Lembaga dan Lembaga hendaklah melaksanakan semua garis panduan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.
Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi anggota
Lembaga.
Panel Pelaburan
Panel Pelaburan hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:
seorang Pengerusi yang hendaklah Pengerusi Lembaga atau mana-mana orang lain yang dilantik oleh Menteri;
empat orang daripada sektor awam atau swasta yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam perniagaan, pelaburan, perbankan atau kewangan.
Kumpulan Wang Persaraan 13
Panel Pelaburan boleh, dengan kelulusan Menteri terlebih dahulu, mewakilkan kepada Pengerusinya mana-mana kuasa yang dinyatakan dalam subseksyen 14(1), bagi maksud menjalankan fungsinya semasa kecemasan, sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Lembaga. Pengerusi hendaklah menjalankan kuasa itu mengikut arahan Panel Pelaburan.
Panel Pelaburan hendaklah tertakluk kepada apa-apa arahan mengenai dasar am yang dikeluarkan oleh Lembaga dan diluluskan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Panel Pelaburan hendaklah melaporkan aktivitinya kepada
Lembaga mengikut apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi anggota
Panel Pelaburan.
Jawatankuasa
Anggota sesuatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam terma pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.
Seseorang anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan suatu notis secara bertulis kepada pengerusi jawatankuasa itu.
Lembaga boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 662
Lembaga boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.
Sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri dan, pada menjalankan kuasanya di bawah subseksyen ini, jawatankuasa itu adalah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh Lembaga.
Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan mana-mana tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu, tertakluk kepada apa-apa arahan Lembaga di bawah subseksyen (6).
Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan supaya —
minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan
salinan minit semua mesyuaratnya hendaklah dikemukakan kepada Lembaga dengan secepat yang dapat dilaksanakan.
Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa bagi maksud menasihatinya mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mana-mana mesyuarat.
Anggota sesuatu jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (9) hendaklah dibayar apa-apa elaun dan belanja lain yang ditentukan oleh Lembaga.
Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga boleh melantik mana-mana anggota Lembaga untuk bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif jika —
terdapat kekosongan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di bawah subseksyen (1); atau
Ketua Pegawai Eksekutif tidak berupaya oleh sebab sakit, bercuti atau apa-apa sebab lain untuk melaksanakan tugas jawatannya.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai apa-apa kuasa dan kewajipan yang diberikan atau dikenakan ke atasnya oleh Akta ini yang diberikan atau dikenakan oleh Lembaga dari semasa ke semasa sebagai tambahan kepada apa-apa kuasa atau kewajipan sebagaimana yang dinyatakan dalam kontrak pelantikannya.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan hal ehwal hari ke hari Kumpulan Wang
Persaraan (Diperbadankan), termasuk bagi pelaksanaan keputusan yang dibuat oleh Lembaga dan keputusan pelaburan yang dibuat oleh
Panel Pelaburan mengikut seksyen 14 dan bagi kawalan pentadbiran pekerja, pegawai dan pekhidmat.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungan menjawab dan bertanggungan menerangkan kepada Lembaga bagi penjalanan kuasanya dan pelaksanaan kewajipannya.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah dibayar apa-apa saraan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, dengan kelulusan
Menteri.
Pelantikan pegawai, pekhidmat, wakil, ejen, dsb.
Kumpulan Wang Persaraan 15
Lembaga boleh mewakilkan kepada mana-mana anggota
Lembaga, anggota jawatankuasa atau pegawai, yang terdiri daripada anggota atau pegawai itu atau kedua-dua anggota dan pegawai itu, yang dilantik oleh Lembaga, mana-mana kuasanya di bawah subseksyen (1) dan anggota Lembaga, anggota jawatankuasa atau pegawai itu hendaklah menjalankan kuasa itu di bawah arahan dan kawalan Lembaga.
Pegawai dan pekhidmat
Kumpulan
Wang
Persaraan
(Diperbadankan) hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh, menerima apa-apa saraan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat perkhidmatan termasuk faedah persaraan sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Lembaga.
Lembaga boleh, melalui surat cara di bawah meterainya, melantik mana-mana orang di dalam atau di luar Malaysia untuk menjadi wakil atau ejen Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
bagi apa-apa maksud dan dengan apa-apa kuasa sebagaimana yang disifatkan patut oleh Lembaga untuk diberikan melalui surat cara itu.
Penzahiran kepentingan
Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Lembaga, Panel Pelaburan atau jawatankuasa
Kumpulan Wang Persaraan 17
itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu —
tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam mana-mana perbincangan atau keputusan Lembaga, Panel
Pelaburan atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai perkara itu; dan
tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum
Lembaga, Panel Pelaburan atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan.
Seseorang anggota
Lembaga,
Panel
Pelaburan atau jawatankuasa yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Tiada tindakan atau prosiding Lembaga, Panel Pelaburan atau jawatankuasa boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Lembaga, Panel Pelaburan atau jawatankuasa telah melanggar seksyen ini.
Bagi maksud seksyen ini—
“anggota keluarganya”, berhubung dengan seseorang anggota
Lembaga, Panel Pelaburan atau jawatankuasa, termasuklah—
anaknya (termasuk anak angkat atau anak tiri);
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 662
suami atau isteri anaknya atau adik-beradiknya;
“sekutu”, berhubung dengan seseorang anggota Lembaga, Panel
Pelaburan atau jawatankuasa, ertinya—
firma yang anggota itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsinya;
pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota itu atau seorang anggota keluarganya adalah seorang benefisiari; atau
mana-mana perbadanan mengikut pengertian Akta
Syarikat 1965, yang anggota itu atau mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya adalah seorang pengarah atau mempunyai pemegangan syer yang substansial dalam perbadanan itu.
Kuasa Lembaga untuk membuat peraturan-peraturan
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat—
berkenaan dengan perkara kewangan dan perakaunan, termasuk penyimpanan, penutupan dan pengauditan akaun
Kumpulan Wang Persaraan 19
Kumpulan
Wang
Persaraan
(Diperbadankan)
dan pewujudan tatacara kewangan dan perakaunannya sendiri;
untuk menetapkan tanggungjawab pegawai dan pekhidmat
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) termasuk perkara berkenaan dengan saraan, terma dan syarat perkhidmatan, tempoh perkhidmatan dan cuti pegawai dan pekhidmatnya;
berkenaan dengan kelakuan dan tatatertib pegawai dan pekhidmat Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), penubuhan pihak berkuasa tatatertib yang sesuai bagi kategori pegawai dan pekhidmat yang berlainan.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan mengadakan peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian boleh meliputi pemecatan atau penurunan pangkat, dan boleh termasuk peruntukan bagi tahan kerja dengan pengurangan saraan atau penggantungan tanpa saraan pegawai atau pekhidmat itu semasa menunggu selesainya prosiding tatatertib terhadapnya;
untuk mengawal selia tatacaranya sendiri termasuk tatacara yang berhubungan dengan perkara pengendalian;
untuk menetapkan cara dokumen, cek dan surat cara apa-apa perihalan hendaklah ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Kumpulan Wang Persaraan
(Diperbadankan);
untuk menetapkan hal keadaan kecemasan sebagaimana yang dijangkakan oleh subseksyen 7(3);
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 662
untuk mengawal selia tatacaranya sendiri berkenaan dengan wang tak dituntut tertakluk kepada seksyen 15; dan
untuk mengadakan peruntukan bagi segala perkara yang dikehendaki ditetapkan atau yang perlu atau suai manfaat untuk memberikan kuat kuasa kepada dan bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini —
boleh memperuntukkan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar mana-mana peruntukan menjadi suatu kesalahan; dan
boleh mengadakan peruntukan bagi pengenaan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau tempoh pemenjaraan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.
Bahagian III
Kumpulan Wang Persaraan
Hendaklah dibayar atau dipindahkan dari semasa ke semasa ke dalam Kumpulan Wang —
wang yang diuntukkan daripada Kumpulan Wang
Disatukan kepada dan bagi maksud Kumpulan Wang;
apa-apa jumlah wang yang dibayar dari semasa ke semasa oleh Lembaga Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja kepada Kumpulan Wang di bawah seksyen 56
Kumpulan Wang Persaraan 21
Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 [Akta 452];
semua caruman bulanan yang dibuat oleh majikan dan pertubuhan kepada Kumpulan Wang di bawah seksyen 8
Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 [Akta 239];
wang dan apa-apa harta lain yang diperoleh atau terhasil daripada mana-mana pelaburan Kumpulan Wang;
(da) wang yang diterima oleh Kumpulan Wang Persaraan
(Diperbadankan) bagi perkhidmatan yang diberikan oleh
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadanan) kepada
Kerajaan Malaysia sebagai ejennya di bawah seksyen 4A; dan
caruman daripada pegawai berpencen sebagaimana yang ditetapkan dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pencen.
Wang dan harta yang disebut dalam perenggan (2)(d)
hendaklah termasuk—
wang yang diperoleh daripada pengendalian apa-apa projek, agensi, skim atau perusahaan yang diusahakan oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan);
apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, sewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh atau terletak hak pada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dan wang yang diperoleh atau terhasil daripadanya; dan
segala jumlah wang atau harta lain yang mengikut apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi, kuasa atau kewajipannya.
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 662
Walau apa pun subseksyen (2) dan (3), hendaklah dibayar ke dalam atau terletak hak pada Kumpulan Wang apa-apa wang dan harta daripada mana-mana sumber atau di bawah mana-mana undang-undang atau sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri.
Kumpulan Wang hendaklah digunakan bagi kos pembayaran apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan di bawah mana-mana undang-undang bertulis mengikut apa-apa cara dan pada bila-bila masa sebagaimana yang dibenarkan oleh Menteri.
Kumpulan Wang boleh digunakan bagi—
pembayaran bagi memenuhi apa-apa penghakiman, keputusan atau award oleh mana-mana mahkamah atau tribunal terhadap
Kumpulan
Wang
Persaraan
(Diperbadankan);
membayar belanja, kos atau perbelanjaan yang dilakukan dengan sewajarnya dan perlu oleh Lembaga dalam melaksanakan kewajipannya;
kos dan belanja yang dilakukan bagi penubuhan, pemerbadanan atau pemerolehan sesuatu perbadanan atau syarikat di bawah perenggan 4(3)(b) atau (c);
saraan, faedah penamatan dan pemberian pinjaman dan pendahuluan kepada pekerja, pegawai atau pekhidmat
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) mengikut mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atau atas apa-apa terma sebagaimana yang diputuskan oleh
Lembaga; dan
Kumpulan Wang Persaraan 23
apa-apa kos pentadbiran, belanja, perbelanjaan atau pembayaran lain yang berpunca daripada atau bersampingan dengan atau berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan Kumpulan Wang dan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.
Mana-mana orang yang menyebabkan wang atau apa-apa harta yang kena dibayar atau dipindahkan daripada Kumpulan Wang dengan melanggar subseksyen (4), (5) dan (6) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Pelaburan Kumpulan Wang
Bank Negara Malaysia;
mana-mana institusi kewangan berlesen yang sewajarnya sebagaimana yang ditakrifkan di bawah
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758];
mana-mana institusi kewangan pembangunan sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Institusi
Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618];
mana-mana bank Islam di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013 [Akta 759]; atau 24 Undang-Undang Malaysia AKTA 662
mana-mana bank atau institusi kewangan berlesen yang sewajarnya di luar Malaysia;
dalam surat cara pasaran wang, termasuk bil perbendaharaan, penerimaan jurubank , perakuan deposit dan apa-apa surat cara yang diiktiraf oleh badan pengawal selia yang berkaitan dalam apa-apa mata wang termasuk ringgit;
dalam pinjaman, atas terma yang menguntungkan
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), kepada
Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri di
Malaysia tertakluk kepada Perkara 111 Perlembagaan
Persekutuan;
dalam pinjaman, atas terma yang menguntungkan
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dan dengan kriteria kredit yang boleh diterima, berkenaan dengan mana-mana pihak berkuasa awam atau perbadanan yang
Kerajaan
Persekutuan mempunyai kepentingan dalamnya;
dalam pinjaman, atas terma yang menguntungkan
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), berkenaan dengan mana-mana syarikat;
dalam bon, nota perdagangan, sekuriti hutang persendirian, nota janji hutang dan bil pertukaran mengikut pengertian Akta Bil Pertukaran 1949 [Akta 204] dan surat cara boleh niaga lain yang serupa jenis atas terma yang menguntungkan Kumpulan Wang
Persaraan (Diperbadankan), berkenaan dengan mana-mana syarikat atau perbadanan;
dalam bon, nota perdagangan, sekuriti hutang persendirian, nota janji hutang dan bil pertukaran mengikut pengertian Akta Bil Pertukaran 1949 dan surat
Kumpulan Wang Persaraan 25
cara boleh niaga lain yang serupa jenis atas terma yang menguntungkan
Kumpulan
Wang
Persaraan
(Diperbadankan), berkenaan dengan mana-mana pihak berkuasa awam atau perbadanan yang
Kerajaan
Persekutuan mempunyai kepentingan dalamnya;
dalam pemerolehan atau langganan syer atau debentur dalam mana-mana syarikat awam yang sekuritinya disenaraikan atau telah diluluskan untuk disenaraikan di bursa saham di Malaysia, terbitan atau jualan yang telah diluluskan di bawah
Akta
Pasaran
Modal dan
Perkhidmatan 2007 [Akta 671] atau sekuriti dalam suatu syarikat yang telah diluluskan untuk disenaraikan di mana-mana bursa saham di luar Malaysia tertakluk kepada penyenaraian sekuriti tersebut telah diluluskan oleh undang-undang dalam bidang kuasa asing;
dalam sekuriti syarikat atau perbadanan yang tidak disenaraikan dan disebut dalam mana-mana bursa saham yang ditubuhkan di Malaysia dengan syarat bahawa jumlah amaun wang yang dilaburkan sedemikian dalam mana-mana satu syarikat atau perbadanan tidak lebih daripada tiga puluh peratus daripada jumlah amaun dana pemegang syer bagi perusahaan itu pada masa pelaburan melainkan jika kelulusan bertulis terdahulu Menteri telah diperoleh untuk melabur dalam lebihan peratusan itu;
dalam pemerolehan harta alih atau harta tak alih dan kepentingan dalamnya;
(ja) dengan kelulusan Menteri —
dalam pembangunan bangunan, infrastruktur dan sumber asli, dan kepentingan dalamnya;
dalam sekuriti yang diterbitkan atau dijamin sepenuhnya oleh mana-mana kerajaan berdaulat, organisasi supranasional atau multilateral dan
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 662
termasuklah sekuriti yang penanggung obligasinya adalah mana-mana kerajaan berdaulat, organisasi supranasional atau multilateral;
dalam sekuriti yang diterbitkan atau dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia, dijamin oleh mana-mana kerajaan berdaulat, organisasi supranasional atau multilateral dan termasuklah sekuriti yang penanggung obligasinya adalah mana-mana kerajaan berdaulat, organisasi supranasional atau multilateral dan apa-apa surat cara yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia;
dalam membeli sekuriti atau melanggan apa-apa produk bagi maksud perlindungan nilai pelaburan
Kumpulan Wang;
mana-mana syarikat pengurusan dana yang didaftarkan dengan
Suruhanjaya
Sekuriti
Malaysia atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia;
mana-mana syarikat pengurusan dana yang didaftarkan oleh mana-mana badan pengawal selia di luar Malaysia; atau
mana-mana perkongsian liabiliti terhad yang didaftarkan oleh mana-mana badan pengawal selia di luar Malaysia; dan
Dalam memberikan apa-apa kelulusan di bawah perenggan (1)(i) dan (ja), Menteri boleh mengenakan apa-apa terma atau syarat yang difikirkannya perlu.
Kumpulan Wang Persaraan 27
Mana-mana orang yang menyebabkan wang atau apa-apa harta dilaburkan dengan melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Wang tak dituntut
Wang—
Walau apa pun undang-undang yang berlawanan, segala wang yang tak dituntut hendaklah dipegang di bawah Kumpulan Wang sehingga wang itu dibayar kepada orang yang berhak kepadanya, yang, berkenaan dengan seseorang individu, waris, wasi, wakil persendirian, pentadbir, penyerah hak, wakil yang sah atau ejen individu itu.
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980
Peruntukan Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan
Tahunan) 1980 [Akta 240] hendaklah terpakai bagi Kumpulan Wang
Persaraan (Diperbadankan).
Anggaran tahunan
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah, tidak lewat daripada satu bulan sebelum bermulanya setiap tahun kewangan, membentangkan di hadapan Lembaga suatu anggaran perbelanjaan Kumpulan Wang
Persaraan (Diperbadankan) termasuk perbelanjaan modal, bagi tahun yang berikutnya dengan apa-apa butir dan dalam bentuk yang ditentukan oleh Lembaga.
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 662
Bahagian IV
Jaminan Kerajaan bagi pembayaran
Apa-apa pembayaran daripada Kumpulan Wang Disatukan di bawah subseksyen (1) hendaklah secepat yang dapat dilaksanakan dibayar balik oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
kepada Kumpulan Wang Disatukan dan sehingga pembayaran balik itu telah dibuat, apa-apa jumlah wang yang belum dibayar hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan dan terjamin oleh gadaian pertama atas aset Kumpulan Wang.
Percubaan dan persubahatan yang boleh dihukum sebagai kesalahan
cuba untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan atau bagi membantu pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; atau
bersubahat atau terlibat dalam suatu konspirasi jenayah sebagaimana yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan
[Akta 574] untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah
Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah
Kumpulan Wang Persaraan 29
Akta ini, sama ada atau tidak kesalahan itu dilakukan berbangkit dengannya, melakukan kesalahan itu dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan penalti yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
Liabiliti pengurus, dsb.
Mana-mana orang yang —
Jika mana-mana prinsipal boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana pekhidmat atau ejennya jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu dilakukan oleh pekhidmat itu dalam penjalanan pekerjaannya atau oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak prinsipal itu.
Pekhidmat awam dan perlindungan
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 662
prosiding terhadap mana-mana anggota Lembaga, Panel Pelaburan, jawatankuasa, pegawai dan pekhidmat Kumpulan Wang Persaraan
(Diperbadankan) berkenaan dengan apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan olehnya atas sifat yang sedemikian itu.
Obligasi kerahsiaan
tiada anggota Lembaga, Panel Pelaburan, jawatankuasa, pegawai dan pekerja
Kumpulan
Wang
Persaraan
(Diperbadankan) atau mana-mana orang yang menghadiri apa-apa mesyuarat Lembaga, Panel Pelaburan atau mana-mana jawatankuasanya, sama ada dalam atau selepas tempoh jawatan atau pekerjaannya, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang didapatinya semasa melaksanakan tugasnya dan yang tidak disiarkan mengikut Akta ini; dan
tiada seorang lain pun yang melalui apa-apa cara mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Kumpulan
Wang Persaraan (Diperbadankan) boleh menzahirkan maklumat atau dokumen tersebut.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Kuasa untuk meminda Jadual
Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta meminda, membatalkan, menambah kepada atau mengubah mana-mana Jadual kepada Akta ini.
Kumpulan Wang Persaraan 31
Bahagian V
Pemansuhan Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen 1991
Pada tarikh yang ditetapkan—
Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen 1991 [Akta 454], yang disebut sebagai “Akta yang dimansuhkan” dalam
Akta ini, hendaklah terhenti berkuat kuasa dan hendaklah dimansuhkan; dan;
Kumpulan Wang Amanah Pencen, Majlis Kumpulan Wang
Amanah Pencen dan Panel Pelaburan yang ditubuhkan di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah terhenti wujud;
Penerusan undang-undang, dsb.
Apa-apa sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis mengenai Akta yang dimansuhkan, Majlis Kumpulan Wang Amanah
Pencen atau Kumpulan Wang Amanah Pencen hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai
Akta ini,
Kumpulan
Wang
Persaraan
(Diperbadankan) atau Kumpulan Wang, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan ungkapan yang mengandungi sebutan sedemikian hendaklah ditafsirkan sewajarnya.
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 662
Perpindahan kuasa, dsb.
Tertakluk kepada Akta ini, segala kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti atau obligasi yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan merupakan kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti atau obligasi Majlis Kumpulan Wang Amanah Pencen hendaklah mulai dari tarikh itu turun kepada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan).
Pemindahan hak milik tanah dan harta
Tertakluk kepada Akta ini dan apa-apa arahan Menteri, segala hak dalam tindakan, aset dan apa jua harta lain selain tanah yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan terletak hak pada Majlis
Kumpulan Wang Amanah Pencen atau mana-mana orang bagi pihak
Majlis Kumpulan Wang Amanah Pencen hendaklah pada tarikh itu terletak hak pada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan).
Kontrak sedia ada
Tertakluk kepada Akta ini, segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan dan menyentuh mana-mana harta yang dipindah hak milik di bawah seksyen 26 hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya terhadap atau memihak kepada Kumpulan Wang Persaraan
(Diperbadankan) dan boleh dikuatkuasakan sepenuhnya dan berkesan seolah-olah Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dan bukannya
Majlis Kumpulan Wang Amanah Pencen telah dinamakan dalamnya atau telah menjadi pihak kepadanya.
Kumpulan Wang Persaraan 33
Penerusan prosiding sivil dan jenayah
Tertakluk kepada Akta ini, apa-apa prosiding sama ada sivil atau jenayah, atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan oleh atau terhadap
Majlis Kumpulan Wang Amanah Pencen atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Majlis itu boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap
Kumpulan
Wang
Persaraan
(Diperbadankan)
sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap
Majlis Kumpulan Wang Amanah Pencen atau orang itu seolah-olah
Akta ini tidak diperbuat.
Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran merayu yang dipohon pada atau selepas tarikh yang ditetapkan terhadap suatu keputusan yang diberikan dalam mana-mana prosiding undang-undang sebelum tarikh itu yang kepadanya Majlis Kumpulan Wang
Amanah Pencen menjadi pihak bolehlah dibawa oleh atau terhadap
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan).
Pemindahan Kumpulan Wang
Tertakluk kepada Akta ini, segala wang yang berada dalam dan kena dibayar kepada Kumpulan Wang Amanah Pencen yang ditubuhkan di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah pada tarikh yang ditetapkan dipindahkan kepada Kumpulan Wang.
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 662
JADUAL PERTAMA
[Perenggan 4(3)(b)]
Peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan
1. Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) hendaklah, pada atau sebelum tarikh apa-apa perbadanan ditubuhkan di bawah perenggan 4(3)(b), membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan itu yang memperuntukkan bagi—
maksud dan tujuan perbadanan itu ditubuhkan;
hak, kuasa, kewajipan dan fungsi perbadanan itu;
sistem pengurusan perbadanan itu;
prosiding dan mesyuarat perbadanan, termasuk kuorum yang dikehendaki, dan cara mengundi di mesyuarat;
kewangan perbadanan, akaun yang hendak disimpan dan pengauditan akaun;
terma dan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat perbadanan;
hubungan antara perbadanan itu dengan Kumpulan Wang Persaraan
(Diperbadankan) dan hak pengawalannya atas perbadanan itu; dan
apa-apa perkara yang berhubungan dengan penggulungan dan pembubaran perbadanan itu.
Kuat kuasa peraturan-peraturan
2. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan perintah yang dibuat di bawah perenggan 4(3)(b), mana-mana peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1
hendaklah mengikat perbadanan yang berkenaan dengannya peraturan-peraturan itu dibuat dan hendaklah mempunyai kuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah peraturan-peraturan itu telah diperbuat dalam Akta ini.
Pindaan peraturan-peraturan
3. Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) boleh, pada bila-bila masa dengan kelulusan Menteri, meminda, membatalkan, menambah kepada atau mengubah
Kumpulan Wang Persaraan 35
mana-mana peraturan yang dibuat berkenaan dengan mana-mana perbadanan di bawah perenggan 1.
Penggulungan
4. (1)
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) boleh, dengan kelulusan
Menteri, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengarahkan mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya digulung dan dibubarkan.
Takat liabiliti perbadanan kepada pemiutangnya hendaklah terhad kepada nilai asetnya pada masa perintah penggulungan dan pembubaran itu berkuat kuasa.
Apabila mana-mana perbadanan dibubarkan di bawah perenggan ini, aset perbadanan itu selepas dilepaskan segala liabilitinya hendaklah dipindahkan kepada dan terletak hak pada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan).
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) tidak boleh dipanggil pada bila-bila masa untuk menjelaskan liabiliti perbadanan sekiranya aset perbadanan itu tidak mencukupi untuk menjelaskan liabilitinya.
Taraf perbadanan
5. Tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan di bawah perenggan 4(3)(b) hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan apa-apa nama yang diberikan kepadanya oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan). Perbadanan itu hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan boleh membawa guaman atau dibawa guaman atas nama itu, dan boleh membuat kontrak dan memegang dan membuat urusan dengan apa-apa harta alih atau harta tak alih dan boleh melakukan segala perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan selaras dengan peruntukan
Akta ini dan hendaklah tertakluk kepada apa-apa sekatan atau batasan sebagaimana yang ditetapkan oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dalam setiap hal.
Meterai perbadanan
6. (1)
Tiap-tiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan, yang mengandungi apa-apa tanda yang perbadanan, dengan kelulusan Kumpulan
Wang Persaraan (Diperbadankan), boleh luluskan dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu oleh perbadanan sebagaimana yang difikirkan patut oleh perbadanan itu.
Sehingga suatu meterai diadakan oleh perbadanan di bawah perenggan ini, suatu cap yang mengandungi nama perbadanan yang mengelilingi perkataan
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 662
“Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)” boleh digunakan sebagai meterai perbadanan.
Meterai perbadanan atau cap yang disebut dalam subperenggan (2)
hendaklah disimpan dalam jagaan mana-mana orang sebagaimana yang diarahkan oleh perbadanan dan hendaklah disahkan oleh orang itu.
Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan atau dicapkan, yang disahkan sebagaimana yang diperuntukkan dalam subperenggan (3), hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya.
Apa-apa surat ikatan, dokumen atau surat cara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan, boleh mengikut cara yang sama disempurnakan oleh perbadanan itu atau mana-mana pegawai atau pekhidmat perbadanan yang diberi kuasa bagi pihaknya.
Meterai perbadanan bagi tiap-tiap perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
JADUAL KEDUA
[Subseksyen 6(8) dan 7(6)]
Pelantikan, pembatalan dan peletakan jawatan
1. (1) Seseorang anggota Lembaga atau Panel Pelaburan hendaklah, tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan setelah tamat tempoh itu, layak untuk dilantik semula.
(2)
Pelantikan mana-mana anggota boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh
Menteri tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.
(3)
Seseorang anggota boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberi surat yang ditujukan kepada Menteri.
(4)
Tiap-tiap anggota hendaklah menumpukan masa kepada urusan Lembaga dan Panel Pelaburan masing-masing, sebanyak yang perlu bagi menunaikan kewajipannya dengan berkesan.
Kumpulan Wang Persaraan 37
Pengosongan jawatan
2. (1) Jawatan anggota Lembaga atau Panel Pelaburan hendaklah menjadi kosong jika—
dia mati;
telah dibuktikan terhadapnya atau jika dia telah disabitkan atas sesuatu pertuduhan berkenaan dengan—
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
dia menjadi bankrap;
dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;
dia gagal menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi Lembaga atau Pengerusi Panel Pelaburan, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
peletakan jawatannya diterima oleh Menteri.
(2)
Jika mana-mana orang terhenti menjadi anggota oleh sebab mana-mana peruntukan lain Akta ini, orang lain hendaklah dilantik untuk menggantikannya.
Saraan
3. Tertakluk kepada kelulusan Menteri, anggota Lembaga dan Panel Pelaburan hendaklah dibayar apa-apa saraan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 662
Mesyuarat
4. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tiap-tiap tiga bulan.
(2)
Panel Pelaburan hendaklah bermesyuarat sebagaimana dan apabila dikehendaki.
(3)
Pengerusi dan dua anggota lain Lembaga atau Panel Pelaburan hendaklah membentuk suatu kuorum pada mana-mana mesyuarat Lembaga dan Panel
Pelaburan masing-masing.
(4)
Pengerusi atau, jika ketiadaannya, anggota yang dipilih oleh anggota yang hadir hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.
(5)
Jika atas apa-apa persoalan terdapat persamaan undi, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi asalnya.
(6)
Apa-apa minit mesyuarat Lembaga dan Panel Pelaburan hendaklah, jika ditandatangani sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam semua prosiding undang-undang tanpa dibuktikan selanjutnya dan tiap-tiap mesyuarat yang berkenaan dengannya minit telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
(7)
Tertakluk kepada subperenggan (1), (2), (3), (4) dan (5), Lembaga dan
Panel Pelaburan boleh menentukan tatacaranya sendiri.
Panel Pelaburan boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat
5. Panel Pelaburan boleh mengundang mana-mana orang yang bukan anggota
Panel Pelaburan untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau perbincangan bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat atau perbincangan itu.
Minit
6. Lembaga dan Panel Pelaburan hendaklah menyebabkan minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
39
Akta 662
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta A1496
Akta Kumpulan Wang Persaraan
(Pindaan) 2015 21-10-2015
40
Akta 662
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 2
Akta A1496 21-10-2015 4A
Akta A1496 21-10-2015 6
Akta A1496 21-10-2015 7
Akta A1496 21-10-2015 13
Akta A1496 21-10-2015 14
Akta A1496 21-10-2015 21A
Akta A1496 21-10-2015