Malaysia legislation

Section 11

of *AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN 2007

Seksyen 11

(2)

Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Lembaga, Panel Pelaburan atau jawatankuasa

Kumpulan Wang Persaraan 17

itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu —

(a)

tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam mana-mana perbincangan atau keputusan Lembaga, Panel

Pelaburan atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai perkara itu; dan

(b)

tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum

Lembaga, Panel Pelaburan atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan.

(3)

Seseorang anggota

Lembaga,

Panel

Pelaburan atau jawatankuasa yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(4)

Tiada tindakan atau prosiding Lembaga, Panel Pelaburan atau jawatankuasa boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Lembaga, Panel Pelaburan atau jawatankuasa telah melanggar seksyen ini.

(5)

Bagi maksud seksyen ini—

“anggota keluarganya”, berhubung dengan seseorang anggota

Lembaga, Panel Pelaburan atau jawatankuasa, termasuklah—

(a)

suami atau isterinya;

(b)

ibu atau bapanya (termasuk ibu atau bapa suami atau isterinya);

(c)

anaknya (termasuk anak angkat atau anak tiri);

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 662

(d)

adik-beradiknya (termasuk adik-beradik suami atau isterinya); dan

(e)

suami atau isteri anaknya atau adik-beradiknya;

“sekutu”, berhubung dengan seseorang anggota Lembaga, Panel

Pelaburan atau jawatankuasa, ertinya—

(a)

seorang yang merupakan penama atau pekerja anggota itu;

(b)

firma yang anggota itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsinya;

(c)

pekongsi anggota itu;

(d)

pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota itu atau seorang anggota keluarganya adalah seorang benefisiari; atau

(e)

mana-mana perbadanan mengikut pengertian Akta

Syarikat 1965, yang anggota itu atau mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya adalah seorang pengarah atau mempunyai pemegangan syer yang substansial dalam perbadanan itu.

Kuasa Lembaga untuk membuat peraturan-peraturan