Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat—
(a)
berkenaan dengan perkara kewangan dan perakaunan, termasuk penyimpanan, penutupan dan pengauditan akaun
Kumpulan Wang Persaraan 19
Kumpulan
Wang
Persaraan
(Diperbadankan)
dan pewujudan tatacara kewangan dan perakaunannya sendiri;
(b)
untuk menetapkan tanggungjawab pegawai dan pekhidmat
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) termasuk perkara berkenaan dengan saraan, terma dan syarat perkhidmatan, tempoh perkhidmatan dan cuti pegawai dan pekhidmatnya;
(c)
berkenaan dengan kelakuan dan tatatertib pegawai dan pekhidmat Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), penubuhan pihak berkuasa tatatertib yang sesuai bagi kategori pegawai dan pekhidmat yang berlainan.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan mengadakan peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian boleh meliputi pemecatan atau penurunan pangkat, dan boleh termasuk peruntukan bagi tahan kerja dengan pengurangan saraan atau penggantungan tanpa saraan pegawai atau pekhidmat itu semasa menunggu selesainya prosiding tatatertib terhadapnya;
(d)
berkenaan dengan penubuhan jawatankuasa dan tatacara jawatankuasa itu;
(e)
untuk mengawal selia tatacaranya sendiri termasuk tatacara yang berhubungan dengan perkara pengendalian;
(f)
untuk menetapkan cara dokumen, cek dan surat cara apa-apa perihalan hendaklah ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Kumpulan Wang Persaraan
(Diperbadankan);
(g)
untuk menetapkan hal keadaan kecemasan sebagaimana yang dijangkakan oleh subseksyen 7(3);
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 662
(h)
untuk mengawal selia tatacaranya sendiri berkenaan dengan wang tak dituntut tertakluk kepada seksyen 15; dan
(i)
untuk mengadakan peruntukan bagi segala perkara yang dikehendaki ditetapkan atau yang perlu atau suai manfaat untuk memberikan kuat kuasa kepada dan bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.
(3)
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini —
(a)
boleh memperuntukkan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar mana-mana peruntukan menjadi suatu kesalahan; dan
(b)
boleh mengadakan peruntukan bagi pengenaan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau tempoh pemenjaraan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.