Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
(2)
Hendaklah dibayar atau dipindahkan dari semasa ke semasa ke dalam Kumpulan Wang —
(a)
wang yang diuntukkan daripada Kumpulan Wang
Disatukan kepada dan bagi maksud Kumpulan Wang;
(b)
apa-apa jumlah wang yang dibayar dari semasa ke semasa oleh Lembaga Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja kepada Kumpulan Wang di bawah seksyen 56
Kumpulan Wang Persaraan 21
Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 [Akta 452];
(c)
semua caruman bulanan yang dibuat oleh majikan dan pertubuhan kepada Kumpulan Wang di bawah seksyen 8
Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 [Akta 239];
(d)
wang dan apa-apa harta lain yang diperoleh atau terhasil daripada mana-mana pelaburan Kumpulan Wang;
(da) wang yang diterima oleh Kumpulan Wang Persaraan
(Diperbadankan) bagi perkhidmatan yang diberikan oleh
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadanan) kepada
Kerajaan Malaysia sebagai ejennya di bawah seksyen 4A; dan
(e)
caruman daripada pegawai berpencen sebagaimana yang ditetapkan dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pencen.
(3)
Wang dan harta yang disebut dalam perenggan (2)(d)
hendaklah termasuk—
(a)
wang yang diperoleh daripada pengendalian apa-apa projek, agensi, skim atau perusahaan yang diusahakan oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan);
(b)
apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, sewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh atau terletak hak pada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dan wang yang diperoleh atau terhasil daripadanya; dan
(c)
segala jumlah wang atau harta lain yang mengikut apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi, kuasa atau kewajipannya.
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 662
(4)
Walau apa pun subseksyen (2) dan (3), hendaklah dibayar ke dalam atau terletak hak pada Kumpulan Wang apa-apa wang dan harta daripada mana-mana sumber atau di bawah mana-mana undang-undang atau sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri.
(5)
Kumpulan Wang hendaklah digunakan bagi kos pembayaran apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan di bawah mana-mana undang-undang bertulis mengikut apa-apa cara dan pada bila-bila masa sebagaimana yang dibenarkan oleh Menteri.
(6)
Kumpulan Wang boleh digunakan bagi—
(a)
menjelaskan segala pembayaran yang dikehendaki dibuat di bawah Akta ini;
(b)
apa-apa pelaburan yang dibenarkan di bawah Akta ini;
(c)
pembayaran bagi memenuhi apa-apa penghakiman, keputusan atau award oleh mana-mana mahkamah atau tribunal terhadap
Kumpulan
Wang
Persaraan
(Diperbadankan);
(d)
membayar belanja, kos atau perbelanjaan yang dilakukan dengan sewajarnya dan perlu oleh Lembaga dalam melaksanakan kewajipannya;
(e)
kos dan belanja yang dilakukan bagi penubuhan, pemerbadanan atau pemerolehan sesuatu perbadanan atau syarikat di bawah perenggan 4(3)(b) atau (c);
(f)
saraan, faedah penamatan dan pemberian pinjaman dan pendahuluan kepada pekerja, pegawai atau pekhidmat
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) mengikut mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atau atas apa-apa terma sebagaimana yang diputuskan oleh
Lembaga; dan
Kumpulan Wang Persaraan 23
(g)
apa-apa kos pentadbiran, belanja, perbelanjaan atau pembayaran lain yang berpunca daripada atau bersampingan dengan atau berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan Kumpulan Wang dan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.
(7)
Mana-mana orang yang menyebabkan wang atau apa-apa harta yang kena dibayar atau dipindahkan daripada Kumpulan Wang dengan melanggar subseksyen (4), (5) dan (6) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Pelaburan Kumpulan Wang