Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
(a)
sebagai deposit dalam apa-apa mata wang termasuk ringgit dalam —
(i)
Bank Negara Malaysia;
(ii)
mana-mana institusi kewangan berlesen yang sewajarnya sebagaimana yang ditakrifkan di bawah
Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758];
(iii)
mana-mana institusi kewangan pembangunan sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Institusi
Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618];
(iv)
mana-mana bank Islam di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013 [Akta 759]; atau 24 Undang-Undang Malaysia AKTA 662
(v)
mana-mana bank atau institusi kewangan berlesen yang sewajarnya di luar Malaysia;
(b)
dalam surat cara pasaran wang, termasuk bil perbendaharaan, penerimaan jurubank , perakuan deposit dan apa-apa surat cara yang diiktiraf oleh badan pengawal selia yang berkaitan dalam apa-apa mata wang termasuk ringgit;
(c)
dalam pinjaman, atas terma yang menguntungkan
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), kepada
Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri di
Malaysia tertakluk kepada Perkara 111 Perlembagaan
Persekutuan;
(d)
dalam pinjaman, atas terma yang menguntungkan
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dan dengan kriteria kredit yang boleh diterima, berkenaan dengan mana-mana pihak berkuasa awam atau perbadanan yang
Kerajaan
Persekutuan mempunyai kepentingan dalamnya;
(e)
dalam pinjaman, atas terma yang menguntungkan
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan), berkenaan dengan mana-mana syarikat;
(f)
dalam bon, nota perdagangan, sekuriti hutang persendirian, nota janji hutang dan bil pertukaran mengikut pengertian Akta Bil Pertukaran 1949 [Akta 204] dan surat cara boleh niaga lain yang serupa jenis atas terma yang menguntungkan Kumpulan Wang
Persaraan (Diperbadankan), berkenaan dengan mana-mana syarikat atau perbadanan;
(g)
dalam bon, nota perdagangan, sekuriti hutang persendirian, nota janji hutang dan bil pertukaran mengikut pengertian Akta Bil Pertukaran 1949 dan surat
Kumpulan Wang Persaraan 25
cara boleh niaga lain yang serupa jenis atas terma yang menguntungkan
Kumpulan
Wang
Persaraan
(Diperbadankan), berkenaan dengan mana-mana pihak berkuasa awam atau perbadanan yang
Kerajaan
Persekutuan mempunyai kepentingan dalamnya;
(h)
dalam pemerolehan atau langganan syer atau debentur dalam mana-mana syarikat awam yang sekuritinya disenaraikan atau telah diluluskan untuk disenaraikan di bursa saham di Malaysia, terbitan atau jualan yang telah diluluskan di bawah
Akta
Pasaran
Modal dan
Perkhidmatan 2007 [Akta 671] atau sekuriti dalam suatu syarikat yang telah diluluskan untuk disenaraikan di mana-mana bursa saham di luar Malaysia tertakluk kepada penyenaraian sekuriti tersebut telah diluluskan oleh undang-undang dalam bidang kuasa asing;
(i)
dalam sekuriti syarikat atau perbadanan yang tidak disenaraikan dan disebut dalam mana-mana bursa saham yang ditubuhkan di Malaysia dengan syarat bahawa jumlah amaun wang yang dilaburkan sedemikian dalam mana-mana satu syarikat atau perbadanan tidak lebih daripada tiga puluh peratus daripada jumlah amaun dana pemegang syer bagi perusahaan itu pada masa pelaburan melainkan jika kelulusan bertulis terdahulu Menteri telah diperoleh untuk melabur dalam lebihan peratusan itu;
(j)
dalam pemerolehan harta alih atau harta tak alih dan kepentingan dalamnya;
(ja) dengan kelulusan Menteri —
(i)
dalam pembangunan bangunan, infrastruktur dan sumber asli, dan kepentingan dalamnya;
(ii)
dalam sekuriti yang diterbitkan atau dijamin sepenuhnya oleh mana-mana kerajaan berdaulat, organisasi supranasional atau multilateral dan
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 662
termasuklah sekuriti yang penanggung obligasinya adalah mana-mana kerajaan berdaulat, organisasi supranasional atau multilateral;
(iii)
dalam sekuriti yang diterbitkan atau dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia, dijamin oleh mana-mana kerajaan berdaulat, organisasi supranasional atau multilateral dan termasuklah sekuriti yang penanggung obligasinya adalah mana-mana kerajaan berdaulat, organisasi supranasional atau multilateral dan apa-apa surat cara yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia;
(iv)
dalam membeli sekuriti atau melanggan apa-apa produk bagi maksud perlindungan nilai pelaburan
Kumpulan Wang;
(v)
dalam dana ekuiti persendirian yang diuruskan oleh —
(A)
mana-mana syarikat pengurusan dana yang didaftarkan dengan
Suruhanjaya
Sekuriti
Malaysia atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia;
(B)
mana-mana syarikat pengurusan dana yang didaftarkan oleh mana-mana badan pengawal selia di luar Malaysia; atau
(C)
mana-mana perkongsian liabiliti terhad yang didaftarkan oleh mana-mana badan pengawal selia di luar Malaysia; dan
(k)
dalam apa-apa pelaburan lain dengan kelulusan Menteri.
(2)
Dalam memberikan apa-apa kelulusan di bawah perenggan (1)(i) dan (ja), Menteri boleh mengenakan apa-apa terma atau syarat yang difikirkannya perlu.
Kumpulan Wang Persaraan 27
(3)
Mana-mana orang yang menyebabkan wang atau apa-apa harta dilaburkan dengan melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Wang tak dituntut