Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“debentur” termasuklah stok debentur, bon, nota dan apa-apa sekuriti lain sesuatu syarikat atau perbadanan sama ada membentuk suatu gadaian atau tidak ke atas aset syarikat atau perbadanan itu;
“jawatankuasa” ertinya sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 8;
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 662
“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) yang dilantik di bawah seksyen 9;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Persaraan yang ditubuhkan di bawah seksyen 13;
“Kumpulan
Wang
Persaraan
(Diperbadankan)
ertinya
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Lembaga:
ertinya
Lembaga
Kumpulan
Wang
Persaraan
(Diperbadankan);
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“Panel Pelaburan” ertinya Panel Pelaburan yang ditubuhkan di bawah seksyen 7;
“saraan” termasuklah gaji atau upah, elaun, faedah perubatan, perumahan percuma atau diberikan subsidi dan keistimewaan lain yang boleh dinilai dalam wang;
“sekuriti” ertinya —
(a)
debentur, saham atau bon yang diterbitkan atau dicadangkan untuk diterbitkan oleh mana-mana kerajaan;
(b)
syer dalam atau debentur pertubuhan perbadanan;
(c)
amanah saham, dana dagangan bursa atau surat cara yang ditetapkan; dan
(d)
apa-apa sekuriti Islam, dan termasuklah apa-apa hak, opsyen atau kepentingan berkenaan dengannya;
Kumpulan Wang Persaraan 7
“syarikat” ertinya sesuatu syarikat yang diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 1965 [Akta 125], suatu syarikat amanah yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 [Akta 100] atau mana-mana syarikat yang diperbadankan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
“tahun kewangan” ertinya tempoh yang berakhir pada hari ketiga puluh satu Disember pada setiap tahun;
“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh mula berkuat kuasa Akta ini yang ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen 1(2).