Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN 2007

Seksyen 3

(2)

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama perbadanannya.

(3)

Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Kumpulan Wang

Persaraan (Diperbadankan), atas apa-apa terma yang disifatkannya patut, boleh—

(a)

membuat kontrak; dan

(b)

memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih; dan

(c)

memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hak

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 662

milik, atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan dalamnya yang terletak hak pada

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan).

Fungsi dan kuasa Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)