Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(2)
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) hendaklah mempunyai kuasa untuk melaksanakan mana-mana atau kesemua fungsinya, secara keseluruhan atau sebahagiannya, di dalam atau di luar Malaysia.
(3)
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dengan kelulusan
Menteri, boleh —
(a)
membuat apa-apa usaha sama, pengusahaan atau apa-apa bentuk kerjasama atau perkiraan lain bagi perkongsian untung atau menjalankan aktivitinya yang bersekutu dengan, atau selainnya, mana-mana pihak berkuasa awam atau badan kerajaan yang menjalankan atau terlibat dalam apa-apa aktiviti itu;
(b)
melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta, menubuhkan suatu perbadanan dengan apa-apa nama yang difikirkan patut oleh Kumpulan Wang Persaraan
(Diperbadankan), untuk menjalankan dan menguruskan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang telah dirancang atau diusahakan oleh Kumpulan Wang
Persaraan
(Diperbadankan)
bagi membantu melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini, dan perbadanan itu boleh berbuat demikian sama ada dengan
Kumpulan Wang Persaraan 9
sendiri atau dengan membuat perkongsian atau apa-apa perkiraan bagi perkongsian untung, kerjasama, usaha sama atau selainnya; dan
(c)
memperbadankan atau mengambil alih suatu syarikat atau perbadanan lain yang diperbadankan di bawah undang-undang yang berbidang kuasa asing, untuk menjalankan atau terlibat dalam mana-mana aktiviti yang diluluskan atau diusahakan oleh Kumpulan Wang
Persaraan (Diperbadankan).
(4)
Peruntukan Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi suatu perbadanan yang ditubuhkan di bawah perenggan (3)(b).
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) boleh bertindak sebagai ejen Kerajaan